Lagi gambar Jalur Gemilang. dari asalnya nak jadikan dia buruk, buat 1 gerombolan, alih-alih ada yang sambungkan jadi 3 gerombolan. Rajin sungguh RNK ku ini.
Jadi kuberikan nama teknik gerombolan jalur gemilang yang melayut seperti bilik pengantin ini sebagai "Teknik Cikgu Suraya"Jadi anda boleh menghias tempat anda dengan Teknik Cikgu Suraya ini.
Selain itu, ada juga Jalur Gemilang diluar, disebabkan angin kawasan itu kuat, umpama berada di dalam Terowong angin (Wind Tunnel) BMW Sauber, maka aku kibarkan jenis biasa. tapi saiz kecil sikit dari biasa. 6"x4".
Adakah aku cuba menunjukkan kepatriotisme aku dengan mengibar jalur gemilang?
Jawapannya "TIDAK".
Aku kibarkan kerana Kerajaan sendiri mengizinkan pihak swasta mempergunakan Jalur Gemilang untuk menarik pelanggan.
"Pride for sale"
Cuba lihat kotak donut ini.
Apa kaitan dengan Merdeka?
Disebabkan budaya mempergunakan "Patriotisme" untuk tujuan melariskan jualan. Maka beria-ria mereka meletak bendera atau logo kemerdekaan pada produk. Adakalanya produk itu adalah daripada syarikat asing (syarikat asing = syarikat negara luar). Sekiranya sesebuah syarikat, tak mempunyai produk berunsurkan merdeka, ia dikira ketinggalan berbanding pesaing.
Buat masa ini, ketika hangat "Merdeka", Pelanggan berasa "Merdeka" adalah kool.
kool adalah sesuatu yang dikejar oleh pengguna/pelanggan.
Tetapi, oleh kerana donut itu diberi percuma oleh nabora,
maka dalam kes ini ia adalah "Pride for free".
Cikgu Suraya
8/08/2007 10:13:00 PG | BMW, Cikgu Suraya, Jalur Gemilang, kool, Merdeka, peruncitan, PETRONASBerpusing!!!!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Haha. Banyak la ko punyer 'teknik' cikgu suraya. Nanti aku try guna kat kedai aku plak. Wakaka.
padan le arini nye komen sume nama cikgu suraya
sok2 apa lak?
Ms Lim plak aaa
oo..aku ingat teknik cikgu suraya bermain forex :p ok la ni..mari tenggelamkan blog cikgu suraya ngan budak skolah tu..ayuh ayuh
Macam pernah 'wget -r -l3 http://alamat-url-itu' sahaja.
hehehe...
cikgu suraya lagi. hihi
nk tanya sikit,adakah nabora itu lecturer di mmu?
Test
sape sebenarnya cikgu suraya?
sapa cikgu suraya tu..? sepupu ko ke? ;p
@Ida
Ya.
@Kay+TedungS
errr.
Cikgu Suraya tu kan nama Teknik Menghias bendera.
bendera cikgu suraya
nabora tu lecturer saya masa saya amek foundation dulu. huhu.
oh betul..sekarang baru aku terfikir...bendera pada bulan 8 adalah satu strategi perniagaan kerana ianya adalah trend semasa.
dikotak tisu ada bendera, dikotak kasut ada bendera..ditin sardin pun ada kartun merdeka.semua orang berlumba-lumba mahu menampakkan diri mereka patriotik di bulan 8..
Buat masa ini, ketika hangat "Merdeka", Pelanggan berasa "Merdeka" adalah kool.
kool adalah sesuatu yang dikejar oleh pengguna/pelanggan.
Btw Big Apple Donuts is opened, owned, and operated by a Malaysian. Mike lived in USA for many years, then came back to Malaysia to open his own business. How is that not patriotism? :)
Sometimes things are not what they seem to be mah :)
@suanie,
Any supporting URL telling story about mike?
(other than your blog)
nak baca...
Macam mana pun, bila bendera atau logo kemerdekaan, apa pada pembungkus, saya tetap anggap ia agak melambau. Kerana sudah pasti pembungkus akan dibuang.
Tapi kalau dalam kes Ambi Pur, ia hanya casing yang boleh digunakan semula, berulang kali.
seboL: no supporting URL lah. i interviewed him in person :) if you free, can go to his shop and bual with him. nice friendly dude.
i guess the issue of the flag on packaging is a personal thing lor. some ppl think its ok, some ppl don't, but i feel as long as they can justify what they feel about it, and not wait for authorities to tell them, then ok la.
ok sambung kerja...