Alamat blog

Tahniah kepada Astro kerana mengkategorikan salurannya tidak berterabur seperti sebelum ini. Namun terdapat beberapa masalah.

Kanak-kanak amat sukar untuk menekan "612" pada alat kawalan jauh.
Kanak-kanak yang selama ini sering tekan sendiri "61", "63" kini bermasalah untuk menukar siaran. Namun kanak-kanak yang cepat belajar, boleh belajar "612" dan kemudiannya guna (+) & (-). Ketidak pandaian kanak-kanak bukan alasan untuk astro tidak mempertingkatkan kebolehgunaan.


Bagi bagi saya sendiri, biasanya akan ke 50 untuk navigasi saluran-saluran informatif, tekan 90 untuk navigasi siaran siaran berita, tekan 40 dan kemudian (+)(-) untuk navigasi saluran cereka.



Namun dengan penomboran baru. Ia amat sukar, bukan salah untuk guna nombor ratus ratus, tetapi sistem penomboran bagi setiap kategori tidak bermula dari nombor yang seragam.

sebagai contoh, Siaran 1xx, tidak bermula dari 100, tetapi dia bermula dari 101.
siaran kartun pula bermula dari 611, tidak 601 atau 600.

Siaran berita atau yang bermaklumat (5xx) bermula 501

Sukan pula bermula dari 811, bukannya 801.

Jadi kalau pengguna cuba untuk tekan x01, pada siaran kartun dia tak jumpa.

Jadi saya cadangkan supaya wujudkan menu bagi setiap kategori pada 800, 500, 600.

ATAU, wajibkan semua saluran bermula dengan x01, seperti 601, 501, 801, 701,401




Berpusing!!!!!!

13 komen

  1. Tanpa Nama // 2 Oktober 2007 pada 10:15 PTG  

    yee ien dtg dah niee.. :)

    kene tekan remote selalu lew supaya dpt lekat dlm otak.. hehe :D

  2. Acaii Jawe // 3 Oktober 2007 pada 12:03 PG  

    stuju sangat..alasan diaorg buat numbering barupun cam tak kukuh je..lelagila nonya berterabut..huhu..nasib ada fav tu..huhu..

  3. sherrina // 3 Oktober 2007 pada 2:25 PG  

    nasib baik aku tak langgan Astro. Membayar untuk pening kepala...huhu...

  4. adi // 3 Oktober 2007 pada 10:26 PG  

    nak jadikkan cerita.. semalam lepak kat office lepas terawih .pak cik jaga cakap kat aku . remote control astro dah rosak dah.bebudak main guane dok tau .. . tak leh tekan nombor 1,2,3 . seperti sekala lah.. kena tekan + -..baru ada channel..

    datang le kawan aku, dia cakap . channel dah tukar nombor la skrg nih .. maka terngaga la aku ngan pak cik jaga tu, adeh .informationt tak sampai ..

  5. Tanpa Nama // 3 Oktober 2007 pada 11:57 PG  

    apa kata set favourite pada setiap channel yang selalu dikunjungi. amat mudah dengan 5 cara berikut

    1.tekan butang menu
    2.pilih 3.List Of Services
    3.pilih channel dan tekan butang Fav
    4.masukkan pin selalunya (0000)
    5.dah abis set tekan balik menu.

    tekan butang Fav(0) sampai berwarna putih. kemudian navigate +/- jek

  6. Orked // 3 Oktober 2007 pada 2:27 PTG  

    kak jie tak pakai remote tekan2..picit2...pakai remote suara!

    along....buka axn!
    angah ...buka tb2

    power tak suara kakjie?

  7. sd. // 3 Oktober 2007 pada 4:22 PTG  

    my sis kt umah complains the same thing. nape derg change ek?

    adik adiks pun sume duk pening cr duk mana chanel ria, ceria and 64 bagai.

    tp bagus gak. last2 derg fedup dn tido je. x la gaduh ngn org tua nk tgk tv. haha.

  8. MOLY // 3 Oktober 2007 pada 4:35 PTG  

    saya benci nombor baru ..
    susah nak hapal
    ibu saya hapal mana dia nak tgk jer

    i het u astro !!
    *buwekkkkkkk*

  9. Hasbullah Pit // 3 Oktober 2007 pada 4:42 PTG  

    @faisal, sicksand

    aku memang jarang guna 'fav' tu.
    tapi fav tu boleh multiple user ke?
    kalau ada 3 org dalam rumah, 3 org tu leh ada fav sendiri?


    @kakjie,
    untung la boleh main order je. saya nak order siapa.

    @adi
    hehehe, tak sangka lak smapai ke tahap tu.

    @ien
    esok dtg lagi ok?

  10. echah_syed // 3 Oktober 2007 pada 10:04 PTG  

    1st oct tatau nk tekan ape..sume not available cr buku astro tgk kt dlm xde..rupenyer ade flyer sekeping tuk chnl baru hehehh>ps ni entry sini jer :D

  11. Mr Saharman // 4 Oktober 2007 pada 12:13 PTG  

    Aku pun pening la jugak..tak jumpa cari TV8 alih alih pergi 708 la pulak. macam mana tak masuk dalam 108 , Zee tv pulak masuk 108. pening pening.... tapi 611 tu kena hafal pasal Hariz suka Astro ceria

  12. lankapo // 5 Oktober 2007 pada 10:33 PG  

    ahaha yang lawaknya, dlm flyers yang dia bagi dalam bil tentang chanel baru nih pun salah tak sama.

    angin aku nak cari chanel bola pun susah..lsat2 aku campak jer flyers tuh..(hehe bukan remote)

    pada aku amik masa lah menda nih, lama-lama ok lah

    take it slow

  13. Unknown // 21 Jun 2021 pada 11:32 PTG  

    Tv8 memang saluran bahasa inggeris dan cina disebabkan diletak di 708. Saluran inggeris astro saluran 700