Terdapat satu catatan blog Ali Rustam di Blognya sendiri bertajuk "SAGUHATI UNTUK PERNIAGA MELAYU BAZAR MARA"
Wajarkah pampasan hanya RM 5000 kepada peniaga Melayu dipanggil "Sagu Hati" olehnya?
Murah benar harga penutupan punca rezeki peniaga tersebut.
Inikah "MARA" dan "DEB" yang tidak adil kepada bukan bumiputra?
Sebelum ini, banyak kes dimana peniaga kecil sering dipindahkan dan diletakkan di kawasan yang "tiada market".
Memanglah bagi orang Melayu berpendapatan rendah, duit RM 5,000 "sedepuk" itu sesuatu yang indah bagi mereka, akan tetapi ianya terlalu sedikit kalau dia dipindahkan ke kawasan yang "tiada market".
Saya pun tak faham, kalau di Negeri Melaka, pihak berkuasa cukup gemar mengharamkan peniaga kecil yang bersepah dan kemudian melonggokkan mereka di kawasan baru yang "tiada market" atas alasan lebih cantik.
Berpusing!!!!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Boleh saudara periksa dan pastikan berapa banyak sumbangan cukai kerajaan negeri Melaka kepada kerajaan persekutuan. Mengikut YB Ali Rustam kerajaan Melaka menyumbang sebanyak RM 1.9 bilion, iaitu tertinggi sekali di Malaysia.
Mengikut laman Utusan Malaysia http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1104&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm sebanyak RM 1.5 bilion, manakala sebuah lagi laman web menyatakan sebanyak RM 1.6 bilion.
Mana satu yang betul?
Terima Kasih.
Lupa untuk berikan URL laman yang satu lagi http://www.mykhilafah.com/modules.php?name=News&file=article&sid=171
ala sebol.. tempat lain pun camtu gak.. letak kat tempat kurang value... lelama biz mati camtu je... town planningnye hampeh