Alamat blog

"Aku Pun Boleh Potong Elaun Juga"

Ini apa cerita?
Kerajaan Persekutuan, kalau Menterinya dipotong elaun keraian, maka wang kerajaan persekutuan boleh dijimatkan, kerana Wang persekutuan yang boleh digunakan untuk subsidi minyak atau subsidi lain.

Kalau Ali Rustam potong elaun dia , Exco dan Adun, duit kerajaan Negeri yang dijimatkan. Pada waktu yang sama wang kerajaan negeri Melaka yang banyak dibazirkan.

Lagi baik elaun itu tidak payah dipotong.

Jika 5 ADUN DAP Melaka dipotong elaun sebanyak RM 250 seorang, maksudnya RM 1250 dipindahkan daripada kawalan pembangkang kepada Kerajaan Negeri kawalan BN.

Err ADUN DAP dapat elaun keraian juga RM 2500 sebulan?

Kalau benar ADUN dan menteri berjiwa rakyat, mereka sepatutnya mendapat lebih peruntukan supaya mereka boleh bantu rakyat susah secara peribadi.

Adakalanya tanggungjawap ADUN melebihi jangkauan politik.




Berpusing!!!!!!

2 komen

  1. Tanpa Nama // 12 Jun 2008 pada 6:39 PTG  

    Kalu batalkan Eye's of melaka lagi jimat berjuta juta tu.

  2. Hasbullah Pit // 12 Jun 2008 pada 10:00 PTG  

    Saudara hashim

    Eyes of Melaka sebenarnya sudah lama ada.

    "Eyes" baru ini ialah "Eyes" yang di Tasik Titiwangsa dibawa ke Melaka.

    Maksudnya akan ada 2 "Eyes"

    Slogan bagi Perlancongan Melaka boleh ditukar menjadi "More than meets the eye"

    Sesuai dengan Transformers