Ini ada lagi satu interviu Paul Van Eeden.
Untuk Makluman, Paul Van Eeden dulu pernah berkata dalam tahun 2006, harga emas beberapa tahun lepas adalah sepatutnya USD 850. Kenyataan itu berdasarkan berapa banyak USD dalam pasaran, berbanding dengan ketika USD ditambat dengan emas suatu ketika dahulu.
Sila tonton :
Paul mengatakan bahawa harga minyak sebenarnya mengejar bilangan USD dalam pasaran untuk mendapatkan harga sebenar. Dia mengatakan bahawa harga minyak sebelum ini memang terlalu rendah. Dan mengatakan bahawa seolah-olah harga minyak sebenar sekarang ialah nilai sebenar.
Mari kita ramai-ramai termenung seketika kalau hakikat harga minyak ialah USD 135 setong.
Negara lain yang kena tipu, simpan USD sebagai rizab kerana urusniaga minyak, Amerika sewenang-wenangnya mencetak duit. Inflasi USD dikenakan kepada sesiapa yang menyimpan USD tak kira siapa, tetapi duit yang dicetak itu milik mereka, bukan diagihkan kepada semua yang simpan USD.
Harga minyak dalam USD meningkat sehingga USD 140 itu hanya sekadar pembetulan kepada harga minyak yang rendah dalam USD akibat daripada USD atau "Greenback" yang dicetak ikut suka mereka.
Amerika menginflasikan matawangnya, 1 dunia kena kesan, tapi dia tetap ada duit.
Ada negara lain yang bodoh menambat matawang sendiri kepada USD, kemudian USD diinflasikan oleh Amerika, tetapi negara itu tidak mencetak matawangnya pada kadar yang sama dengan kadar Amerika mencetak duitnya.
Maksudnya negara itu secara menginflasikan matawangnya sendiri tanpa ada duit baru yang dicetak.
Negara Amerika, walaupun inflasi tetapi dia cetak duit dan ada duit.
Negara bodoh itu menerima kesan inflasi akibat tambatan dengan Amerika tetapi tak cetak duit dan menyebabkan bergaduh sesama sendiri.
"Syarikat minyak membazirlah"
"Pekerja Syarikat Minyak gaji kecil lah"
"CEO Syarikat Minyak gaji besar lah"
"Harga Minyak boleh diturunkan lah"
"Kenaikan harga minyak global lah"
"Subsidi patut diagihkan kepada sektor terntentulah"
.... (Sila senaraikan)
Bagi saya, alang-alang sudah mengalami inflasi sejak 1998, adalah lagi baik kita cetak ringgit lebih sikit dan agih kepada rakyat.
Adalah lebih baik inflasi dalam keadaan ada duit berbanding inflasi dalam keadaan tiada duit.
Penyembunyian inflasi dengan mengsubsidikan harga supaya ia murah satu langkah menipu diri sendiri.
Adalah lebih baik kita menerima hakikat inflasi tetapi dalam keadaan ada duit.
Cadangan Lim Guan Eng untuk beri RM 6000 setiap orang itu ada juga kebenarannya.
Walaupun kalau setiap kepala dapat RM 6000, kos keseluruhan bagi 27 juta penduduk adalah RM 162 bilion. Tiada duit? Cetak!
Bank Negara patut mencetak duit pada kadar yang sama dengan Amerika mencetak USD pada tahun 1998 hingga sekarang.
Memang kita akan kena inflasi tetapi kita ada duit. Daripada kena inflasi tetapi tiada duit.
Inflasi Dollar Amerika, Rakyat Malaysia yang Tanggung
6/26/2008 03:42:00 PTG | Ekonomi, Matawang, MinyakBerpusing!!!!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Assalamu alaikum Hasbullah
Kalau difikirkan memang mudah mencetak wang bagi membiayai aktiviti pertumbuhan negara.
Cuma halangannya di sini adalah tahap keyakinan dunia terhadap Ringgit sebagai tender dagangan yang sah.
Sebenarnya, kekuatan sesebuah matawang itu terletak kepada tahap keyakinan penggunanya. Maka kita lihat di antara banyak2 negara, Amerika Syarikatlah yang paling berkuasa kerana matawangnya diyakini ramai dan lebih2 lagi digunakan masyarakat dunia di dalam perdagangan petroleum.
Maka dengan sebab itulah Tun Dr Mahathir menyarankan penggunaan Dinar Emas sebagai alternatif untuk membendung kebergantungan ekonomi dunia terhadap Dolar AS. Pilihan lain adalah seperti dagangan barter yang seperti kita amalkan dengan negara Pakistan dan India.
Oleh kerana kebanyakan negara di dunia ini menyimpan rizab Dolar AS dengan banyaknya, maka sukar untuk kita melihat negara ini tersungkur, melainkan jika institusi kewangan dunia mula syak akan kredibiliti ekonomi negara ini. Dengan sebab itulah krisis pembiayaan sub-prima dilihat sebagai risiko pencetus besar kepada kemelesetan ekonomi dunia.
Jihad menentang ketidakseimbangan ekonomi ini perlu digemblengkan oleh kerajaan dan rakyat secara bersama-sama. Sebagai rakyat, kita harus mula mengelak daripada membeli barang buatan atau milik syarikat AS. Kerajaan pula haruslah mengurangkan kebergantungan dagangan dengan AS yang sejak zaman TDM merupakan salah satu rakan dagang terbesar Malaysia. Tamparan utama kepada AS adalah jika negara2 OPEC dapat menggantikan penggunaan Dolar dengan matawang lain seperti Euro ataupun Dinar Emas.
Namun demikian, semua maklum bahawa sekutu Amerika Syarikat iaitu Arab Saudi sudah jelas menjadi tunjang negara OPEC dan oleh yang demikian sukar untuk melihat perubahan pada dasar ini.
Apa lagi yang kita boleh lakukan? Wallahu alam.
http://muslim-melayu-malaysia.blogspot.com/
Abu Abdullah Anas Al Banji :
Dunia sedang beralih kepada Emas, itu sesuatu yang tidak boleh dinafikan.
20 tahun 30 tahun. mungkin lebih awal.
Sementara nak tunggu peralihan itu, kita akan tersungkur kerana Malaysia yang terlalu mementingkan penjagaan inflasi, akan tetapi bergantung kepada inflasi yang dijana oleh negara lain.
Kemudian mengawal harga barang dengan pengsubsidian.
Itu sesuatu yang tak masuk akal.
Sampai bila nak guna skim subsidi, sampai bila?
Malaysia tiada kuasa untuk menghalang Amerika mencetak duitnya.
Makin banyak Amerika cetak, makin banyak kita akan terpaksa subsidikan "barangan kawalan" kita. Walhal duit yang dia cetak itu dia yang dapat.
Banyak negara menyimpan rizab USD, itulah satu sebab mengapa mereka suka mencetak USD, kesai inflasinya akan kena pada semua negara.
Tun Dr Mahathi hanya bercakap tentang dinar emas. Melancarkan "Islamic dinar".
Akan tetapi dialah juga punca:
1. Ringgit di bawah nilai dan mengalami inflasi setiap kali Amerika mencetak duit
2. Rizab Emas Bank Negara tidak bertambah. 36 tan sahaja.
Untuk makluman Rizab Emas Bank negara hanya 1% drpd keseluruhan rizab. Berbanding negara lain ada yang 10%.
Bagaimana negara kita nak bersedia menggunakan emas kalau rakyat tak mampu nak simpan emas?
Masalah matawang ringgit ialah terkurang cetak dan bukannya terlebih cetak.
Apa guna tak cetak kalau nilainya bergantung kepada bernanke dan bukan Zetty?
Transaksi perdagangan global patut kembali pada dinar emas. Semakin kuat spekulasi mata wang, secara semula jadi tentu nilai emas semakin kukuh/tinggi sbb emas adalah 'single currency'. Sekadar pandangan...
Sebenanya kekuatan ringgit adalah bergantung kepada kekuatan domestik ekonomi kita.Eksport dan import hanya perisa saja yg dapat menambahkan kekuatan mata wang sesebuah negara.Saya sokong,Bank negara boleh mencetak wang yg lebih dalam pasaran di Malaysia untuk mengatasi masalah inflasi,tetapi dalam masa yg sama pemantauan yg berterusan perlu dilakukan.Ringgit perlu dipastikan dapat diputarkan dengan baik,bukan hanya sekelompok golongan saja yg kaya,tetapi secara menyeluruh sehingga memastikan tahap pengangguran di Malaysia ini menghampiri sifar.
Kesannya ialah rakyat akan mampu berbelanja,dan sebgai balasan rakyat juga perlu kuat bekerja bagi memastikan kadar produk dan servis dalam Malaysia juga bertambah dan berdaya saing.Akhir sekali pelabur luar sudah pasti terus yakin melabur di Malaysia.
Lihat saja Jepun,interest rate hanya 0.5%,sungguh pelik macammana ekonomi diorang tetap maju.Sepatutnya kalau interest rate 0.5% masalah inflasi mereka pasti lebih teruk kerana setiap rakyat mampu meminjam wang dari bank dan apabila duit byk sangat dalam pasaran sudah pasti YEN akan susut nilai dan ekonomi mereka akan menjadi lemah.Tetapi kenapa tidak..Jawapannya ialah,keluarkanla apa2 teori,adam smith,atau alan smith ker,US dollar yahudi ker,semua ini hanya teori manusia saja,yg penting sebenarnya adalah sikap rakyat Malaysia dan kerajaan yg cekap dalam membelanjakan wang,itu saja..
Tetapi sebaliknya apa yg terjadi sekarang ????? Adakah Rakyat Malaysia mungkin malas tak seperti orang Jepun, ataupun sikap ahli politik kita yg gila kuasa menyebabkan kerajaan lemah? Kenapa perlu berebut kuasa dalam keadaan genting ini,kenapa tidak boleh bertolak ansur,kenapa harga minyak yg terang2 dimanupulasikan bangsa yahudi didebatkan dan tidak dibiarkan saja naik supaya yahudi ini tidak terus tersenyum lebar.Kenapa simpanan minyak untuk generasi akan datang perlu diloterikan sebgai tiket untuk menjadi PM? Kenapa BN dan BA tidak boleh berkompromi dalam saat yg amat memerlukan kerjasama antara mereka?? Adakah ahli politik ini sedar,setiap tindak tanduk mereka diperhatikan dunia luar,kalau saya adalah pelabur asing,sudah pasti saya tidak berminat langsung melabur di Malaysia.
Untuk cerita US Dollar pula nantilah ceritakan sbb US dollar nih pelik sedikit,dan kaitan die dengan Ringgit juga adalah pada jumlah reserve Bank Negara untuk US dollar ini.Apabila US dollar banyak dipasaran di Malaysia ini,Ringgit akan menjadi kuat,USD against MYR akan menjadi lemah kerana orang jual US dollar beli(demand) ringgit menyebabkan USD banyak dipasaran.Itu saja,dan Bank negara juga boleh saja bermain-main dan menambah supply US dollar dari reserve mereka ke dalam pasaran,tetapi buat apa,kerajaan lemah sekarang,reserve terpaksa di jaga untuk saat2 genting.Kalau berminat nak tau pasal currency nih boleh la tanya,kalau ada masa saya explain nanti.
Bila baca komen Blogger Abu Abdullah Anas Al Banji dan Tanpa Nama ... Rasanya macam berada dalam forum Ekomoni pulak.....
Kurang kecekapan dalam BNM menangani krisis kewangan atau campur tangan politik dlm sistem pentadbiran mereka, tidak saya pasti. Tetapi ianya salah satu sebab tidak telus kerajaan memberi maklumat kepada Rakyat. Mengambil contoh sekiranya 600 Barrel minyak diperlukan mengapa perlu menbeli 400 barrel sedangkan malaysia mempunyai sumber Alternetif seperti NGV kenapa ianya tidak dibangunkan sepenuhnya??
maka kadar rakyat bergantung pada subsidi minyak dapat dikurangkan
Dan Perlu diingat untuk menukar dagangan dari Dolar ke Dinar Emas seharusnya memerlukan persetujuan dari semua Negara dan Penukaran ini pula mampu menjadi ancaman yang besar kepada US dan Yahudi. Mahukah Sekutu US & Yahudi berdiam diri dan bersetuju ?
Kembali kepada Kelantan telah mempopularkan kembali Dinar Emas ini tetapi Kerajaan Pusat seolah olah tidak setuju dengan kerajaan kelantan hanya kerana berlainan fahaman politik
Sekadar Pendapat dari saya yang kurang cerdik. Wallahu Alam
Assalamu alaikum Hasbullah
Saya setuju bahawa antara langkah yang boleh menguatkan ekonomi negara ialah dengan mempromosikan dagangan bermediumkan emas. Kerajaan juga boleh menggalakkan rakyat Malaysia menyimpan emas. Ini kerana emas masih lagi menjadi komoditi yang diguna pakai oleh kebanyakan bank pusat bagi mempertahankan matawang mereka.
Namun Hasbullah, kita harus realistik. Peralihan daripada fiat kepada emas jika tidak mustahil, membawa natijah yang besar. Jumlah aliran Dolar AS yang amat banyak adalah lebih daripada stok simpanan emas dunia. Itu hakikatnya. Maka penarikan balik Dolar AS sebagai matawang antarabangsa bakal membawa padah kepada masyarakat dunia: harga petrol dan emas akan melonjak; ekonomi negara berasaskan eksport kepada AS (seperti Malaysia) akan runtuh; pembangunan negara dunia ketiga lain akan terbantut; dsb.
Itulah risiko besar yang harus dihadapi. Namun demikian, saya tetap menyokong jihad ini. Cuma saranan saya adalah supaya kita semua bersiap sedia. Lebihkan simpanan emas. Kurangkan penggantungan kepada petroleum. Dan seperti yang saudara ulas tadi: Hentikan subsidi.
Wallahu alam
Abu Abdullah Anas Al Banji :
Apabila menyebut tentang langkah menggalakkan penyimpanan emas, sila baca Pengeluaran KWSP untuk Membeli Emas
DAN
Rizab Emas Bank Negara
Petrol dan Emas yang melonjak, kalau ikut pendapat Paul Van Eeden yang dipersetujui saya ialah, Nilai emas dan petroleum bukan naik, tetapi berada di tahap yang sepatutnya.
Yang dijadikan persoalan ialah bukan kenapa harga emas dan petroleum sekarang yang tinggi, tetapi mengapa pada 20 tahun kebelakangan ini harga emas dan petrol terlalu rendah (dibandingkan bekalan USD yang dikeluarkan)
pada 20 tahun kebelakangan ini, nilai USD terlalu tinggi berbanding komoditi menyebabkan, mereka banyak dollar dan terlalu murah untuk memperolehi emas dan petrol.
Dalam erti kata lain, bukan soal minyak mahal sekarang, tetapi soal kenapa minyak murah 20 tahun kebelakangan ini? dan membuatkan amerika mudah mendapatkan minyak.
Pak Arab kena tipu 20 tahun.
Assalamu alaikum
Sipu bukan sebarang sipu
Sipu Dara sua di baruh
Tipu bukan sebarang tipu
Tipu rela dek nakkan pengaruh
Rumusan 'Blood and Oil' oleh Michael T. Klare
http://muslim-melayu-malaysia.blogspot.com
Slm bro,
Kalau malaysia cetak duit maka nilai RM akan lemah dan jatuh..dan inflasi makin teruk dan tak terkawal..dalam pasaran terbuka camni dengan ekonomi kita bergantung kepada US mmg benda tu tak bleh elak sblm ni..hampir semua kilang perindustrian di malaysia mengimport barangan mereka ke US terutamanya elektronik, kertas dsb..
Mmg bleh sandarkan kepada emas yang lebih stabil dan tinggi harganya tetapi, pasti harga emas jadi tak terkawal dan melonjak bila negara beralih kepada emas..dan urusan perdagangan berasaskan matawang akan mengalami kesukaran menyesuaikan perubahan harga tersebut..pelabur juga akan ambil sikap tunggu dan lihat perkembangan tersebut yg sedikit sebanyak merugikan negara utk lebih berkembang....
Apa yang Paul Van Eden ni cakap, ada betulnya, tapi tak semuanya betul.Sekiranya inflasi dollar sudah lama naik,kenapa harga dollar tidak jatuh,dan harga barang di US tidak naik seperti kenaikan harga minyak.Jawapannya adalah sbb hampir semua negara menyimpan dollar dalam laci,jadi demand kepada US dollar masih lagi tinggi wlaupun US sudah banyak mencetak duit.Dengan bahasa yg lebih mudah,supply US dollar tinggi(US banyak cetak duit) tapi demand untuk USD juga masih lagi tinggi,jadi dah offset kat situ.Namun apabila ekonomi US mula goyah,negara yg simpan USD dalam laci tadi mula kecut perut,masing2mula jual USD dalam laci mereka itu tadi ke dalam pasaran sikit-sikit.Menyebabkan supply untuk USD di pasaran bertambah baru-baru ini,dan USD mula merudum sejak kebelakangan ini..
Kepada sape yg tak paham,susah sangat pikir camni sajer,antara batu dengan berlian,kenape berlian lagi mahal ?? sbb batu berlambak,tepi jalan pun boleh dapat,tapi berlian nak jumpa susah sbb tu harga berlian mahal.Jadi sepatutnya,US dollar sudah lame tak bernilai,sbb die dah mencetak banyak,dekat pasaran dunia sepatutnya dah berlambak,tetapi kenape US dollar masih lagi bernilai??Jawapannya sbb demand untuk US dollar masih lagi tinggi hampir sama dengan jumlah supply nya,ialah nak beli minyak semua pakai US dollar,nasib baik beli minyak masak tak pakai US dollar,klau tak makin kaya yahudi ni..
Malaysia tidak boleh ikut macam US,kita cetak banyak2,mat salleh kat luar sana pun tak hingin kat ringgit.diorang cuma nak invest kat Malaysia,sbb ineterest rate tinggi,lepas tuh bila da dapat untung diorang jual balik ringgit beli currency lain.Apabila diorang jual balik ringgit banyak2 secara mengejut,menyebabkan supply untuk ringgit bertambah dalam pasaran tiba2,jatuhla nilai ringgit.Sama la macam cerita atas tadi,bila supply banyak,tak da demand maka ringgit susut nilai,sbb tuh kita gawat dulu tahun 1998.Sampai sekarang disebabkan fobia,ringgit masih lagi di ban,tidak diniagakan di luar Malaysia.Jadi kerajaan mudah mengawal ringgit,dalam pasaran Malaysia saja.
Untuk idea emas tuh,memang idea yg baik,dan sebenanya bank negara memang dah lama ada pun rizab emas diorang.Cuma tak boleh banyak2,sbb emas nih tak likuid,time memerlukan duit satu hal plak nak cari buyer.Untuk idea dinar emas,bukan kuasa Malaysia,sebenarnya kuasa negara2 arab lebih besar,kalau diorang nak buat anytime jer.Sbb dinar emas nih takde perbezaan interest,jadi tidak memberi ruang kepada spekulator mata wang.Tapi Pak Arab macam tak berminat,sbb diorang tak kisah.sebenanya lagi harga minyak naik makin diorang kaya,kalau minyak diniagakan dengan dinar emas,mungkin keuntungan mereka akan merosot.Dan yahudi mengambil peluang dari ketamakan negara arab ini,dengan membeli minyak banyak2dan simpan dalam setor,kasik harga minyak naik,dan bila harga minyak naik diorang jual balik dengan harga yg lebih mahal.
Walaumacammapun,sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh ke tanah juga,seperti yang saya kata atas tadi,ekonomi ini hanya teori saja.Akhirnya yg menentukannya ialah mutu/nilai produk dan servis sesebuah negara.Apabila terlalu tamak,mutu/nilai produk servis US mula merosot,sub prime kejadah haram aper tah namanya,dan ekonomi US mula merudum.Untuk Malaysia,hal ini perlu dijadikan iktibar,daripada ahli politik bercakaran sesama sendiri berebut harta dan pangkat,baik kita fikir macammana nak naikkan nilai produk dan servis buatan Malaysia setaraf dengan Jepun mahupun Jerman.
Dan tambah lagi sedikit, cerita pasal dinar emas ini, bayangkanlah kalau negara arab bermesyuarat untuk menjual minyak dan berurus niaga dalam emas,negara2 Islam yg majoritinya banyak minyak selain canada yg akan untung.Negara barat tidak dapat menangguk di air yg keruh lagi dengan menspekulate(mintak maaf yer bro sebol sekali sekala rosakkan bahasa,heh)minyak dan mata wang lagi akan mula tertekan.Negara Islam juga akan dapat berniaga tanpa sebarang trade barrier,sbb menggunakan satu mata wang dengan nilai yg sama.Bayangkan keuntungan ini tadi dishare dan dipoolkan dalam satu fund zakat,untuk membangunkan ekonomi Islam semula,alamatnya negara Islam akan menang..Kesimpulannya,wlaupun hal ini tidak terjadi sekarang,maksudnya kita ada lagi masa untuk beribadat,heh..
Brilliant to you ame,
Ur idea is the idea i thought about it long time ago.A biq question here: Who's capable to change Arab's mind?
dzaiuddin:
Anwar?
Tapi Anwar bukan pro dinar seperti Husam.
Maka Baton berada di tangan Husam untuk meracuni Anwar, dan kemudian meracuni Pak Arab