Alamat blog

Sebentar tadi baru diumumkan bahawa teksi menggunakan petrol akan mendapat subsidi (mungkin pada harga RM 1.43)


-Senarai kenderaan yang layak untuk menerima diesel subsidi akan diperluaskan, meliputi bas pekerja dan teksi yang menggunakan petrol.

-Senarai kenderaan yang layak untuk menerima diesel subsidi akan diperluaskan, meliputi bas pekerja dan teksi yang menggunakan petrol
Telah saya nyatakan dahulu beberapa perkara yang perlu dikaji sebelum perlaksanaan Pengstrukturan subsidi

Selagi Tuntutan Subsidi Makanan tidak dipenuhi, selagi itu akan ada lompong-lompong sektor atau individu teraniaya akibat kenaikan harga minyak.

Aku percaya banyak lagi lompongan yang terlupa diambil kira sebelum pengstrukturan subsidi.

Yang paling ketara sekali ialah orang yang tak mampu berkenderaan.

--

Sebentar tadi saya berborak dengan seorang pemandu teksi yang menggunakan petrol, dia mengatakan bahawa Persatuan telah lama memohon supaya teksi berpetrol mendapat subsidi namun tidak berjaya.

Sedangkan SKDS, telah lama ada untuk teksi yang menggunakan disel.

Begitu juga halnya dengan Nelayan menggunakan petrol. Nelayan menggunakan disel dapat dahulu, Nelayan bot sangkut yang menggunakan petrol hanya mendapat subsidi lebih kurang setahun selepas Nelayan disel memperolehinya.




Berpusing!!!!!!

3 komen

  1. Letting the time pass me by // 9 Jun 2008 pada 11:49 PTG  

    Ini kali memang teruk ekonomi dunia kena attack...

    Tetapi siapa yang bakal mengaut keuntungan???

    Boleh percaya ke harga-harga nie diniagakan pada asas yang kukuh dan bukan dipengaruhi oleh spekulasi???

  2. Hasbullah Pit // 10 Jun 2008 pada 12:20 PG  

    Saudara "Letting the time pass me by"

    Tadi di Al Jazera ada menunjukkan bahawa banyak sharikat minyak untung berlipat kali ganda.

    paling tertinggi ialah exxon mobil.

    Saya bukan pakar teori konspirasi, tetapi dipendekkan cerita, saya tak nafikan ada pihak memanipulasi harga supaya mereka untung.

    Pasti Syarikat minyak dan negara pengeluar minyak akan untung.

    Amerika ada syarikat minyak Exxon mobil, dan juga negara yang mengeluarkan minyak iaitu iraq yang saya kira bawah jajahannya.

    dulu masa dia tak kawal 100% negara ada minyak, dia murahkan minyak.
    bila dia dah ada negara ada minyak, dia spekulasikan supaya harga tinggi.

    kalau exxon mobil korek minyak diiraq, kira dia sapu bersih.

    tu teori konsirasi je la. bukan fakta,

  3. Tanpa Nama // 11 Jun 2008 pada 1:14 PTG  

    Perlukan subsidi untuk minyak petrol. Kalau tak, ku ni tak paya guna kereta lagi. Sedih betul... Guna NGV macamane? Kerajaan akan naik harga NGV ke?