Amat menyedihkan apabila Anwar memilih Kulim sebagai tempat bertanding, walhal mahkamah belum memutuskan lagi bahawa Zulkifly Nordin kalah atau tidak.
Amat menyedihkan lagi apabila Anwar tidak memilih Kelana Jaya? Atas sebab apa? Takut ditampar oleh pembantu Nik Nazmi?
Sebelum bergiat politik, Zulkifly Nordin sudah berjuang menegakkan Islam melalui mahkamah. Tak dapat saya nak balas jasanya dengan wang ringgit mahupun emas.
Zulkifly Nordin juga seorang Ahli Parlimen yang rendah diri, naik motosikal, naik basikal dan naik bas. Naik bas macam khairul Faizi.
Beberapa hari lepas saya baru sahaja kirim soalan untuk sesi Parlimen, melalui Zulkifly Nordin, alih-alih sudah mahu letak jawatan.
Fudzail, rakan lama saya dengan berani mengatakan bahawa Zulkifly Nordin tidak harus dikorbankan.
Anwar Tidak Patut Bertanding di Kulim-Bandar Baharu
Bila Bang Bakaq kata, Ninja Turtle... , saya kata "Cowabunga!!!!"
Nampaknya Anwar tidak peduli siapa yang dia akan korban asalkan 'cita-cita' dan kepuasan beliau tercapai.
Nampak sangat 'kerakusan' Anwar.
nanti esok-esok, kalau betul Anwar jadi PM takut nanti, adakah perkara seperti ini akan menjadi sesuatu yang 'regular basis'?
i think i agree with you Sebol, YB Burne ini belum matang lagilah nak jadi YB. In fact Anwar should have thought about Kelana Jaya. On the other hand, tunggu lah Mahkamah putuskan. Semua kenyataan-kenyataan ini sub judice.
Yo yo yo...
Ini politik dik....
Dengan menggertak nak bertanding kat situ, kemungkinan besar kerusi MP YB Zul selamat, tak perlu bertanding semula.
Inilah preemptive namamya.
Buat apa nak letak jawatan untuk bagi laluan pada Anwar, tunggulah panggilan Ilahi untuk mana2 MP. Membazir duit rakyat untuk sengaja election pun tak baik juga...
Salam sebol..
Terima datang melawat blog saya.
Ya! Saya stuju gak. Kadang2 dlm 'pulitik' kn fikir agak pening2 lalat skit.
Tapi kalau buleh, bawalah cara politik Islam yg matang spy kita sentiasa dihormati kawan dan lawan..
wallahu a'lam.. :-)
Betul kata cikli, ini politik dan cakap-cakap Anwar itu mesti dilihat sebagai usaha preemptive. Proses mahkamah kita nantikan (ingat, mahkamah masih belum pulih) dan usaha membawa petisyen itu adalah usaha UMNO - satu usaha yang bakal menikam diri. YB Zul tidak dinafikan profailnya sementara dari segi strategi eloklah berlapang dada.