Alamat blog

Apa yang saya sedia maklum, Ceupac hanya menyatakan kerisauannya tentang nasib 50,000 pekerja kontrak kerajaan yang MUNGKIN berhenti apabila berlaku krisis kewangan. Ini adalah lanjutan kepada isu mengapa mereka tidak diserap sebagai kakitangan awam.

Namun ramai blogawan yang membuat catatan seolah-olahnya kerajaan telah mengumumkan pemberhentian kerja 50000 orang pekerja tersebut.

Masih ingatkah lagi suatu ketika dulu AAM mencadangkan supaya kenderaan diberikan had umur. Mengapa cukup ramai orang yang komen seolah-olah kerajaan yang mencadangkannya?

Ceupac tiada kuasa untuk memberhentikan pekerja kontrak, begitu juga AAM tiada kuasa untuk mengubah undang-undang.




Berpusing!!!!!!

6 komen

  1. Tanpa Nama // 26 Oktober 2008 pada 9:04 PG  

    Bhai....

    Lu bayangkan lambakan 50000 orang yang tak bekerja nie dalam pasaran penganggur di Malaysia. Dan bayangkan juga 50000 nie kebanyakkannyer dah berkeluarga (paling cikai anak ader 3 orang)...

    so 5 x 50000 orang dah berapa tue bhai (250000 orang)... tak ker banyak tue... masalah negara la tue...

  2. Tanpa Nama // 26 Oktober 2008 pada 11:28 PG  

    Kitorang tulis bukan bermakna perkara tu jadi..
    Cuma berharap ianya sekadar gosip dari CEUPACS saja...
    Mungkin ada kenyataan dari orang-orang atas,.. Buat masa ni baru Kementerian Luar Bandar menafikan.. Yang lain masih senyap je lagi..

    Walaupun aku tetap tapi kesian gak ngan member se'jabatan'

  3. Tanpa Nama // 26 Oktober 2008 pada 12:25 PTG  

    Salam tuan besbol,

    Pengalaman 27 tahun dalam kerajaan dan GLC.
    Seandainya pemimpin CEUPAC,MTUC,NUBE,NUTE,...............
    memperjuangkan nasib pekerja, saya rasa dah lama mereka dihumban kedalam jail.
    Lihat sahaja Zainal Rompak,Shafie Mammal(mamak)dan lain-lain.........
    Kerajaan akan memberikan mereka satu jawatan yang cukup tinggi untuk menutup mulut.
    Hasil kerja tangan siapa yang membisukan union ?
    Kitul,Madey...........
    Selagi Revolusi mental tidak ada pada rakyat keseluruhannya,maka selama itu pekerja(buruh) diMalaysia akan ditindas oleh BN.
    Rata-rata pemimpin kesatuan memikirkan perut sendiri.

    Solution ?



    Yamaha Y80

  4. aizam // 26 Oktober 2008 pada 5:04 PTG  

    buang pekerja kontrak yang berpengalaman, ambik pekerja tetap yg baru sehari-dua bekerja.. lingkup.

    Apa salah serapkan saja yg kontrak tu ke jawatan tetap..?

  5. Tanpa Nama // 26 Oktober 2008 pada 8:19 PTG  

    kesian. tapi ada ke antara blogwan yang menulis seolah macam tu?

    aku rasa tiada. lagipun kesian gak tengok yang 50,000 org tu. nak bagi anak bini makan. hutang lagi. sewa lagi.

    aku pasti mesti kadar masalah sosial semakin meningkat.

    semoga ini tidak berlaku. diharap-harapnya tidak.

  6. Hasbullah Pit // 26 Oktober 2008 pada 10:27 PTG  

    Terabai:

    Memang ada, kalau disiarkan sebagai contoh, ia hanya sekadar mengaibkan seseorang.

    jadi tidak disiarkan.