Alamat blog

Teguran Seorang Kawan

10/30/2008 08:01:00 PG | ,

Semalam saya berborak dengan Perisik Rakyat tentang satu perkara, tiba-tiba saya rasa bersyukur kerana saya ada kawan dalam dunia nyata yang menegur saya jika terdapatnya kesalahan saya.

Sebelum ini saya pernah menegur kawan saya, kerana rumahnya mempunyai patung arnab, tak perlu dinyatakan siapa, akan tetapi dia menerima teguran itu dengan baik. Dia kawan saya.

Dia kawan saya, kalau semua orang "kawan" segan nak tegur, siapa lagi yang nak beritahu?

Di dalam dunia blog juga ada kawan yang tegur kawan.
Ada yang tak boleh terima teguran.
Ada yang boleh terima, ada yang cukup "berterima kasih".

Apabila tidak menerima teguran, akan mengakibatkan kawan sudah tidak mahu menegur lagi.
Maka jadikan "No Komen".

Di negeri Perak pula , Setiausaha politik Ir Nizar, Saudara Misbahul Munir cukup berterima kasih kerana kawannya menegurnya.

Kawan saya pun ambil gambar. Jadi maafkanlah saya ye. Tak payah padam pun tak apa. Saya bukan hipokrit. Cerita apa yang sebenarnya. Terima kasih kerana menegur

Saya bersyukur kerana saya masih lagi ada kawan yang boleh menegur saya.

Tatkala umur meningkat, kalau tiada siapa yang menegur, siapa lagi yang menegur?
Kalau berjawatan tinggi, makin ramai orang akan segan untuk tegur.

Cuba ingat balik, bilakah kali terakhir kawan anda menegur anda demi kebaikan?




Berpusing!!!!!!

12 komen

  1. Tanpa Nama // 30 Oktober 2008 pada 9:38 PG  

    hehe....ape yg pojie tegur sbnrnya? nak tahu jugak...

  2. Tanpa Nama // 30 Oktober 2008 pada 9:58 PG  

    kadang-kadang tue... ader gak rasa nak tegur.. tapi...(aah.. terlalu banyak tapi-tapi)...

  3. Hasbullah Pit // 30 Oktober 2008 pada 10:15 PG  

    |1f34|-|1r3 :

    no komen.
    hehehe


    cencurut:
    kalau kau ni jenis appreciate bila org tegur kau, maka kau tegur lah kawan kau.
    Tak semestinya dia kena ikut cakap kau bulat-bulat. Sekadar maklumat perkara sebegitu salah cukuplah.

    Kalau tak berapa berani, pass baton.

    Aku pernah terima baton untuk dari 1 kawan supaya tegur 1 kawan yang lain.
    "Kau rapat dengan dia kau tegurlah dia".

  4. Tanpa Nama // 30 Oktober 2008 pada 11:39 PG  

    Kawan yang boleh menerima teguran walaupun teguran itu agak pahit, itulah kawan yang sebenarnya. Apa gunanya bila kita berkawan dengan orang yang tidak boleh menerima teguran dan akhirnya bermasam muka dengan kita hanya kerana teguran tersebut...

  5. Tanpa Nama // 30 Oktober 2008 pada 12:41 PTG  

    Bukan tak berani tegur la bhai.... cuma... hehehe... gua pon kekadang tue dua kali lima ngan dier gak... hahaha

    tue yang nak insaf tue.. hehehe

  6. al-brangi Online // 30 Oktober 2008 pada 2:19 PTG  

    untuk kita tau kat mana keterlanjuran dan kesilapan kita, tegur menegur memang patut.

    sy berterima kasih kalau ditegur terutama dari otai2 blogger yg byk pengalaman

  7. Hasbullah Pit // 30 Oktober 2008 pada 2:40 PTG  

    cencurut:

    kalau macam tu, senang sahaja.
    bila nak tegur kawan mengenai X, dan X dilakukan oleh diri anda.

    maka buat situasi dimana anda menyelesali perbuatan x yang laku, dan cuba mengadu pada kawan.

    "Aku menyesallah kerana lakukan X, bertahun2"

    "Kita ni sampai bila nak XXXX "

  8. Tanpa Nama // 30 Oktober 2008 pada 6:36 PTG  

    Salam,
    Terpaut pada catatan ini.

  9. Tanpa Nama // 31 Oktober 2008 pada 1:18 PG  

    saya suka kena tegur... baru dapat buat improvement and belajar...

  10. Tanpa Nama // 31 Oktober 2008 pada 1:52 PG  

    Aku kalau nak tegur, aku tegur jer. Tapi lepas tu, aku buat'lah lawak.

    Yang tak bestnya, bila kawan aku tegur aku, dia tak buat lawak. Tu yang rasa semacam jer.

    Kali terakhir aku ditegur sebab aku kata "perempuan zaman skang ni sama jer". Dan akak aku yang tegur aku... wahahaha.

  11. Tanpa Nama // 31 Oktober 2008 pada 12:19 PTG  

    Terima kasih bhai.... cadangan lu tue agak "best" gak..

  12. mat4nira // 1 November 2008 pada 2:04 PTG  

    Hehehe....tegur menegur biar le beralas.....adat kehidupan mmg begitu.....kalo menegur bior berkias....idup aman bahagia selalu...