Alamat blog

Diberitakan bahawa seolah-olah Najib yang mencadangkan supaya diadakan Bretton Wood II

Diberita yang sama, kelihatan seperti Bretton Wood masih lagi dipakai, tetapi perlu dirombak.

However, this is the first time Malaysia is calling for new agreements to replace those signed 64 years ago.
“Whatever we do, we must be fair to the G20 developed nations and also to developing economies like Malaysia,” 


 Di utusan pula...

 Malaysia mahu prasarana kewangan global yang selama ini diasaskan kepada sistem Bretton Woods yang telah berusia enam dekad direka bentuk semula bagi menangani cabaran baru ekonomi dan krisis kewangan dunia.

Memang Bretton Wood dulu telah membuatkan tertubuhnya IMF dan Bank DUnia, akan tetapi unsur penting ketika Bretton Wood ialah penebusan emas.

Emas tidak boleh ditebus oleh USD pada 1970
Amerika sudah tidak ada duit, tetapi mahu berperang, maka mereka menukar permainan kepada bentuk permainan yang mereka sentiasa menang.

Walaupun matawang dunia disandarkan pada USD ketika Bretton Wood, akan tetapi masih lagi boleh menebus emas, Akan tetapi selepas 1970, tidak lagi boleh menebus emas.

Tebuslah USD itu dengan kereta ford kalau mahu.

Apa yang berlaku sekarang, Bretton Wood II tidak langsung bercakap tentang emas, melainkan golongan subversif seperti GATA yang bercakap tentang perlunya memautkan USD dengan emas.

100USD = 1 Dinar?

Bretton Wood II lebih berkisar soalah pertumbuhan ekonomi, bagaimana nak mengelakkan kemelesetan. Atan tetapi didak bercakap tentang bagaimana menentukan matawang.

Kalau pertumbuhan adalah penting bagi negara maju, maka memang patut mereka kekal pada permainan ekonomi yang sentiasa memenangkan Amerika.

Negara-negara di dunia ini gembira menjual 1001 barangan kepada Amerika kerana Amerika boleh cetak duit.

Bayangkan situasi dimana seorang penjual Nasi Lemak, menjadi kaya, kerana pembuat wang palsu membeli Nasi Lemaknya setiap hari, dan setiap hari pelanggannya mencetak duit untuk menbeli nasi lemak.

Penjual Nasi lemak itu boleh diumpamakan sebagai negara kaya dengan komoditi seperti Malaysia.

Apabila pelanggannya yang sering mencetak duit palsu itu kegawatan, penjual nasi lemak pula yang risau dan berkata "Kita mesti ada Bretton Wood II supaya pelanggan saya ini masih boleh membeli nasi lemak dari saya."

Yang menghairankan tentang Bretton Wood II ialah mereka lebih berkisar soal menyelamatkan Amerika yang dilanda krisis. Sepatutnya Amerika dibuatkan muflis, dan dikuasai oleh negara Asing.

Apa yang berlaku ialah Citi Bank di bailout, apa salahnya Citi dibiarkan muflis, mungkin Bank "K" akan membelinya.

Kalau setiap kali nak kalah, mereka tukar permainan, sampai bila pun mereka memang.




Berpusing!!!!!!

3 komen

  1. Tanpa Nama // 25 November 2008 pada 10:21 PG  

    Serupa macam bila nak buat tendangan gol, tiang gol diperbesarkan.. hehehe...

    memang bengong...

  2. rastom // 25 November 2008 pada 11:13 PG  

    Melihat daripada rangkabesar, untuk memufliskan Bank Siti dan Bank K, bukan saja dari segi ekonomi kewangan, tetapi kekuatan militer US Army mestilah dikalahkan di setiap penjuru kehadirannya. Maka realpolitik USA masih menekankan kehadirannya di Iraq, pengaruh di Israel ialah semata mata suatu PR job untuk menampakkan gahnya kuasa USA.

  3. Tanpa Nama // 25 November 2008 pada 12:13 PTG  

    sebenarnya diorang risau kalau CT Bank muflis. dan bisnes lainnya juga.

    sebab tu diorang tgh kaji islamic financial system.

    sebab nak kutip duit untung minyak atuk "K" dari timur tengah.

    Pakdi
    http://pakdi.my