Alamat blog

Pagi tadi saya berborak dengan seorang staff Maybank Melaka Main, yang masih ingat lagi muka saya yang pernah beli kijang emas 2 tahun lepas. Ramai orang mendepositkan wang ke bank tempatan berbanding dahulu kerana kurang yaking kepada bank asing. merujuk kepada HSBC.

Saya tanya stok, hanya 1/4 aun kijang emas sahaja yang tinggal.

Chedet telah menulis tentang Dinar Emas hari ini. Tidak pasti pula, tulisan tentang Dinar Emas oleh CheDet "kebudak-budakan" atau tidak.



1. Ramai juga yang bertanya berkenaan Dinar Emas termasuk juga BBC yang mengadakan wawancara dengan saya baru-baru ini.

Belum ada sesiapa nak wawancara saya lagi. Rausyanfikir ada juga masuk siasah



2. Apa yang sudah jadi kenyataan yang tidak lagi dapat dinafi oleh negara-negara di dunia ialah sistem kewangan yang ada sekarang sudah gagal untuk diguna dalam ekonomi dan dagangan baik dalam negeri atau antarabangsa.

setuju

3. Keputusan Bretton-Woods selepas Perang Dunia Kedua ialah semua matawang negara di dunia ditentukan nilainya mengikut nilai tukaran dengan matawang Amerika Syarikat.

Ketika itu, wujudnya sistem tukaran matawang dengan Amerika, tetapi emas masih boleh ditebus dengan pada kadar 35 USD 1 aun. Bretton Wood, masih boleh dikira sebagai "Gold Standard" juga.


4. Tetapi di tentukan juga yang nilai Dolar Amerika ialah sebanyak 35 Dollar untuk satu ouns emas. Ini bermakna secara tidak langsung semua matawang dinilai mengikut sekian banyak emas.

Ketika itu nilai emas sebenarnya bukan 35 USD, namum boleh ditebus dengan 35 USD 1 aun.


Paul Van Eeden menulis:


By 1968, when the London Gold Pool croaked, US gold reserves had declined more than fifty two percent from their 1957 levels. In 1971 US gold reserves were 9,070 tonnes, only seventy-two tonnes more than they had been in 1935. It was clear that thirty-five dollars were no longer worth an ounce of gold. But what should the gold price have been?

5. Di masa itu semua matawang adalah kukuh. Tetapi Britain, pada tahun 1966 telah turunkan nilai Pound British. Malaysia telah rugi banyak kerana simpanan (reserve) kita adalah dalam matawang Pound. Pada satu masa Pound yang bernilai Ringgit Malaysia 8.30 telah turun kepada Ringgit Malaysia 3.60.

British adalah negara yang lambat sertai Bretton Wood. Ketika perang dunia ke dua, British telah membelanjakan emasnya untuk membeli senjata dari Amerika.

British juga lambat kembali ke Gold Standard selepas perang dunia pertama.

6. Kemudian Presiden Richard Nixon membuat keputusan bahawa Dollar Amerika tidak lagi terikat dengan emas. Amerika telah tolak apa yang dipanggil sebagai "Gold Standard". Amerika juga memutuskan bahawa pasaran akan tentukan nilai Dolar Amerika.


Ini adalah punca segala malapetaka. Amerika cetak duit lebih untuk perang Vietnam, kemudia tidak mampu lagi nak sediakan emas kalau negara lain tebus.

7. Tetapi negara-negara lain masih percaya akan kekuatan ekonomi Amerika dan meneruskan ikatan nilai matawang mereka dengan Dollar.
Termasuklah negara kita.



8. Satu lagi keputusan dunia antarabangsa ialah nilai dagangan antarabangsa ditentukan dengan nilai Dollar Amerika dan bayaran juga dibuat dengan Dollar Amerika. Ini menyebabkan permintaan bagi Dollar Amerika menjadi kuat dan sekali gus menjamin nilai Dollar Amerika tidak jatuh walaupun tidak lagi diukur dengan sekian banyak emas.
Tambahan: Nilai emas ditekan dengan meminjamkan emas daripada simpanan Bank Pusat untuk mencukupkan bekalan emas sehingga emas jatuh. Apabila emas jatuh, USD naik.



9. Pada satu masa dahulu bank besar dibenarkan mencetak dan mengeluarkan "Bank Notes" sebagai wang yang sah dipergunakan. Kemudian pemerintah mengambil alih pengeluaran matawang.

Amerika guna "Federel Reserve Notes", British yang guna "Bank Notes".
Kedua-dua asalnya menggambarkan emas yang kononnya wujud. Tapi kini Bank Notes dan Federel Reserve Notes tidak boleh tebus emas.

10. Bank mengeluarkan pinjaman daripada modal dan deposit oleh pelanggan. Kadang-kadang jumlah pinjaman melebihi wang yang ada dalam bank. Tetapi ini dihadkan. Walaupun demikian pinjaman yang dikeluarkan kerap kali jauh lebih banyak dari had yang ditentukan.

Apa kurangnya Malaysia.
Siapa yang banyak meminjam, dia yang hidup mewah, kereta besar, rumah besar, bini besar.

11. Apabila pendeposit mengeluarkan simpanan mereka beramai-ramai maka bank tidak mampu untuk membayar balik kepada pendeposit kerana semua wang telah diberi pinjam bahkan lebih daripada itu. Dalam keadaan ini bank mesti di selamatkan (bail-out) oleh Kerajaan.

Malaysia juga telah menjamin deposit bank sehingga 2010, bailout dari "atas angin"?

12. Melihat bahawa bank boleh mengeluarkan pinjaman hampir tanpa had (unlimited) maka penyangak pun merancang untuk guna duit bank yang tidak terhad ini untuk meraih keuntungan atas angin. Maka berlakulah dagangan matawang, pinjaman kepada peminjam yang keupayaan membayar tidak terjamin, penjualan pinjaman yang dikeluarkan oleh bank kepada syarikat insurans dan syarikat gadaian (mortgage company) dan lain-lain. Jumlah semua transaksi ini amat besar, bernilai berbilion dolar. Apabila ramai peminjam tidak dapat bayar hutang atau servis hutang, maka mereka yang membeli pinjaman bank dapati mereka akan rugi berbilion dolar.

Siapa ya yang menggalakkan pinjaman kereta, sehingga boleh bayar 9 tahun dan kadar faedah amat rendah?
(Pasca 1998)

13. Dan banyak lagilah penyalahgunaan sistem bank Barat yang dilakukan. Demikian Amerika dengan kekayaannya yang besar sekalipun tidak dapat menampung berbilion dolar kerugian oleh bank, syarikat, insuran, syarikat mortgage, hedge funds, merchant dan investment bank dan lain-lain.
Teringat pada catatan Pakdi yang mengatakan, Insurans juga melabur pada saham dan guna matawang kertas.

14. Sesungguhnya sistem bank dan matawang Barat sudah gagal. Dunia harus kaji untuk menggantinya dengan sistem lain termasuk perbankan Islam dan dagangan dengan matawang khusus seperti Dinar Emas.

Mungkin perlu kepada Perjanjian Ala Bretton Wood dahulu kemudian Gold Standard kemudian barulah emas fizikal.

15. Tidak seperti duit kertas emas tetap mempunyai nilai dimana-mana dalam dunia. Dinar Emas dicadang hanya untuk menyelesaikan bayaran dagangan antarabangsa.
Dinar emas juga sepatutnya boleh digunakan untuk urusan jual beli benda besar seperti Kambing,Lembu dan Kibas. Itupun kalau ada pesefahaman antara tauke kambing dengan tauke Emas, atau tauke kambing adalah juga tauke emas.

16. Apakah ada cukup emas dalam dunia untuk dijadikan wang antrabangsa? Sudah tentu tidak.
Sebenarnya cukup. Tetapi nilai emas itu akan melonjak berbanding kertas supaya menjadikan ianya cukup.
17. Tetapi kita tidak perlu bayar dengan dinar emas sepenuhnya. Memadai jika kita bayar cuma lebihan antara import-eksport antara dua buah negara.
Ya.
18. Jika sebuah negara mengeksport 100 juta Dinar kepada sebuah negara lain dan negara itu pula mengeksport kepada negara pertama barangan atau khidmat yang bernilai 110 juta Dinar, maka bayaran yang harus dibuat oleh Bank Negara negara yang pertama hanyalah 10 juta Dinar emas. Jika tidak ada Dinar Emas yang mencukupi maka bayaran boleh dibuat kemudian dengan eksport bernilai 10 juta Dinar.
Ya.
Mari kita kira berapa banyak 10 juta dinar itu.

10 000 000 * 4.25g
=  425000000
= 425000 kg
= 425 tan

Tapi rizab emas BNM hanya 36 tan.


19. Kita bukan sahaja boleh ada dagangan antara dua buah negara tetapi antara beberapa buah negara. Sebenarnya bank-bank mengguna cara ini untuk menyelesaikan bayaran cheque kepada beberapa bank yang telah terima dan mengeluarkan bayaran berasas kepada cheque lain-lain bank.

no komen

20. Sudah tentu akan ada banyak masalah pada permulaan. Tetapi pakar-pakar boleh cari jalan untuk selesaikan atau atasi kelemahan sistem Dinar Emas ini.

Permintaan terhadap emas perlulah realistik, dan bukannya pembohongan terhadap permintaan emas.
Langkah awal yang saya kenal pasti untuk mencari bahan dagangan yang boleh dijual beli dengan emas, seperti Kambing Husam Musa.

21. Bank Negara Malaysia pernah runding dengan sebuah negara lain dan penggunaan Dinar Emas memang boleh dilaksanakan. Tetapi entah kenapa Bank Negara Malaysia tidak dapat menjayakan sistem ini.

Che Det ketika bersara dulukan Menteri Kewangan I, tidak tahukah rizab emas Bank Negara hanya 36 tan? Emas telah digunakan untuk selamatkan krisis kewangan 1998, tanpa diganti.




Berpusing!!!!!!

7 komen

  1. Tanpa Nama // 4 November 2008 pada 9:26 PTG  

    dah lama che det sebut hal dinar emas ini. ;)
    more stable but "value" is a very subjective thing, even with gold, why is it worth so much really.
    why is it such a great precious commodity?... ;)

  2. Hasbullah Pit // 4 November 2008 pada 9:53 PTG  

    why is it worth so much really.
    why is it such a great precious commodity?


    For Christian and Muslim, it's easier to answer ...

    "Because its written there"

    I dont know this suitable for you or not.
    http://www.bibleprophesy.org/goldsilver.htm

  3. Tanpa Nama // 4 November 2008 pada 10:38 PTG  

    Bila cakap pasal dinar emas ini, sumer orang nak tunjuk pandai..Tapi tak seorang pun pernah terpikir kenapa dunia taknak tukar sistem matawang sedia ada sekarang ?? Adakah sbb US terlalu berkuasa ?

    Salah.Sebenanya negara G7 + 1seperti China, Jepun dan Russia mempunyai reserve US dollar yang terlalu besar,negara ini takkan sesekali membenarkan USD simpanan mereka hanya menjadi kertas kosong saja.Bahkan negara arab sendiri pun mempunyai simpanan USD yang terlalu besar.Adakah Malaysia nak tunjuk hero sorang2 jual segala reserve USD mereka diganti dengan beli emas,biarkan MYR jatuh berbanding mata wang lain.Takpa mata wang jatuh,kita ada emas,tetapi kalau harga emas pun jatuh mendadak di pasaran dunia,nampaknya rakyat Malaysia makan emas sajalah.Dan kalaupun kita beriya-iya nak eksport barangan ke China dengan dapatkan emas,saya yakin 100% negara China tak berminat.Tetapi kalau negara2 Arab,semua bersatu dan sanggup korbankan USD mereka untuk berniaga dalam dinar emas,mungkin dinar emas bukan sesuatu angan-angan kosong.

  4. Tanpa Nama // 5 November 2008 pada 1:03 PG  

    sekarang dah lebih faham tentang dinar emas... tapi hari ni harga emas turun lagi....

  5. Tanpa Nama // 5 November 2008 pada 4:20 PG  

    Tks. Reading it. ;)

  6. Tanpa Nama // 5 November 2008 pada 9:57 PG  

    Bhai..

    apa pandangan lu ngan E-Gold, E-Dinar, Liberty Reserve, Pecunix dan lain-lainnya...

  7. Tanpa Nama // 5 November 2008 pada 10:33 PG  

    My friend said, "Ever since Rothschild left the gold market in 2006, never ever looked at the gold value to be determined by the USD. The gold market has been fictitious since then. Price thats been stipulated in LBMA thens on are all merely a game show to continue fool the greed. What is the price of 1 aukiya of gold solidus?"