Alamat blog

Ini adalah gelang emas, adakalanya di panggil "Bangle"?



Terlalu banyak permintaan di blog wawa meminta supaya diberitahu kaedah membida Barang Kemas yang di'lelong' di Bank Rakyat.

Apabila Ahmad gadaikan emas, tak mampu bayar maka bank akan 'lelong'.

Akan tetapi lelong itu bukanlah jenis lelong di Ebay atau lelongan fizikal yang Husin Lempoyang gunakan untuk mendapatkan tukang urutnya.

Ianya lebih kepada 'tender', umpama tender terbuka, siapa letak harga tinggi dia dapat.

Jumaat lepas, saya singgah di Bank Rakyat Melaka untuk menggadaikan sesuatu, kerana nak mencuba apa rasanya menggadai emas. Kalau tidak cuba maka tidak tahu.

Di bahagian luar bilik, terdapat pameran emas yang dinyatakan beberapa makluman.

Ketulenan: 21K atau 22K   
berat: cth 12.91g
no akaun barangan itu.
Harga minimum. contoh RM 1079.00


Maka saya agak mushkil, adakah dia mahu menjual emas itu pada harga itu?

Kelihatan harga di situ agak murah berbanding kedai emas.
1079/12.91 = RM 83 per gram.

Oleh kerana saya biasa melihat harga emas di kedai emas , di Public Bank, maka nampak jelas ianya murah.

Akan tetapi dengan berbekalkan RM 1079 anda tidak boleh dapat emas itu.

Maka saya bertanyalah pada 'Pak Guard' yang ada di situ.
Ini apa?
"Lelong"
"Ohhh"
"Bagaimana nak masuk"
"kena isi borang"
"Siapa paling tinggi dia dapat"

Namun kita tidak boleh sesuka hati mengisi borang, kerana ia menggunakan konsep tender.
1 borang RM 5, perlu di bayar di kaunter.

Isi borang, ambil nombor, bayar, isi dalam kotak.

Maka, pilih dulu gelang kah rantai kah, lihat harga minimumnya, markup sedikit dan masuk tender.

Bahagi harga minimum dengan berat emas itu.

Berdasarkan kemampuan, maka letaklah harga yang agak sesuai dengan keadaan semasa.

Kalau emas itu harga minimumnya RM 83 pergram, kalau letak harga RM 84 per gram maka mungkin harga akan dipintas oleh orang lain.

Saya mengambil kira, kalau letak harga RM 100 per gram sekalipun, ia tetap lebih murah daripada kedai emas (walaupun ia agak tinggi berbanding harga emas public bank)


Maka terpulanglah nak letak berapa. Risiko yang ada ialah, kalau kalah, hilang RM 5.
Kalau memang, MESTI beli.

Ikut hukum Islam, wajib beli kalau sudah letak harga.

Namun Bank Rakyat meletakkan syarat 7 hari , bagi pemenang untuk membeli barang kemas itu.

Terima Kasih kepada Pak Guard Bank Rakyat Melaka Jalan Hang Tuah kerana telah memberikan maklumat yang berguna.

---

Ketika saya membelek harga emas itu minggu lepas, kedengaran juga akak yang berkata, "Kalau beli di kedai emas, boleh minta kurang".

Di sini konsepnya terbalik, ianya rendah, kemudian kena lawan siapa tinggi supaya dapat. Hasilnya akan jadi lebih murah daripada beli di kedai emas yang siap ditawar.

Di kedai emas, tauke biasanya akan turunkan upah, jarang pula turunkan harga.

--

Lelongan Bank Rakyat bukan setiap hari, ianya ada beberapa hari dalam sebulan sahaja, bergantung kepada ada barang yang hendak dilelong atau tidak.




Berpusing!!!!!!

5 komen

  1. Rausyanfikir // 28 November 2008 11:51 PTG  

    Betul jugak. Bida lebih murah dari mintak discount. Kalau orang tak ramai la kot.

    Menarik aktiviti bidaan sebegini.

  2. albanjari // 29 November 2008 10:06 PG  

    salam tuan blog. Waras..wagas? harap mcmtulah. Hari ni teman bawak sikit beras dan jarum sebatang.Nak mandrem ker? tak..bukan-bukan! Tapi teman bawak hajat pada tuan..hehehhe..

    mintak tulung tuan masukkan link blog baru teman ABOdaily@Bloggers Perak yang baru dalam enjin Beras Padu.

    alamat blog baru teman tu :
    http://abodaily.blogspot.com

    Harap dapat tuan meng'konsider'kan hajat teman ni. Tuan, teman bawak beras sekati ajer...buleh terima kaa ? kalau tak buleh nanti teman gantikan dgn 'garam', yalah tuan kan tokeh beras..hehehe!

    Banjar dan garam tak buleh berpisah..hehehhe..!

  3. cencurut // 29 November 2008 6:15 PTG  

    Bhai...

    gua ngan wife dah pernah beli lelongan nie... Alhamdulillah... cepat dan murah... Berbaloi... gua cakap lu...

  4. jutawanemas // 30 November 2008 5:11 PG  

    Salam,
    Ini adalah satu artikel yang menarik :)
    Ramai yang tak tahu pasal nie. Thanks En. Sebul.

  5. Abu Abdullah Anas Al Banji // 30 November 2008 10:06 PG  

    Assalamu alaikum Hasbullah

    Sememangnya membeli emas dengan cara ini adalah langkah yang bijak.

    Cumanya jika tidak dipakai hendaklah kita sentiasa beringat untuk men'cuci'nya.

    http://www.zakat.com.my/kalkulator/emas.html

    Wassalam
    AAAA
    http://muslim-melayu-malaysia.blogspot.com/