Alamat blog

Ulasan saya di blog Kekanda Husam

Bahasa: Sekadar Bertanya


(belum diluluskan ketika ini)

-------


Kekanda Husam.

Yang saya kuatiri ialah apabila wujudnya papan tanda yang bukan BM, akan wujud golongan yang tidak merasa perlunya untuk memahami BM, akhirnya pepecahan akan berlaku.

Ianya tidak semestinya merujuk papantanda Bahasa Cina, akan tetapi merujuk kepada papan tanda kedai-kedai yang banyak menggunakan Bahasa Inggeris.

Sekiranya sekelompok rakyat Malaysia sudah boleh hidup tanpa merasa perlu memahami Bahasa Melayu, boleh sekolah tanpa BM, masuk IPTS tanpa BM, maka matlamat Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan tidak akan tercapai.

Bagaimana golongan ini hendak bergaul dengan orang kampung?

Perpaduan kaum di kawasan kampung lebih baik berbanding di bandar kerana mahu tidak mahu bukan melayu terpaksa berbahasa melayu untuk beli pisang goreng atau roti canai.



20 sen.




Berpusing!!!!!!

4 komen

  1. tangansotong // 6 November 2008 1:39 PTG  

    Tak faham sungguh...Kenapa isu papan tanda masih lagi nak diperbesar-besarkan? Apa nak jadi dengan perpaduan rakyat Malaysia sekarang ni kalau dek kerana papan tanda pun, boleh jadi isu besar yang susah nak selesaikan... Bila agaknya isu-isu remeh ni nak berhenti dari berlegar-legar di ruang lingkup Malaysia ni agaknya?

  2. Tanpa Nama // 6 November 2008 2:27 PTG  

    utk pembacaaan santai...

    http://kawat.blogspot.com/2008/10/papan-tanda-jalan-yab-kid-siang.html

    pakdi
    http://pakdi.my

  3. jusuh // 6 November 2008 6:08 PTG  

    Perkaumanlah namanya kalau tidak berjuang atas dasar kebangsaan. Kalau tidak perkauman tentunya kita guna dan utamakan bahasa kebangsaan. Perjuangan demi menegakkan bahasa kaum tertentu pula tentulah perkauman. Sentimen perkauman sempit patut dikeji walau dihujah pelbagai alasan.

  4. Tanpa Nama // 7 November 2008 2:50 PTG  

    Maharaja Shih Huang Ti (Qin Shi Huang) telah menyatukan kaum China yang berpecah belah melalui arahan penggunaan satu bahasa.

    Penggunaan bahasa yang selaras pada papan tanda bukanlah perkara yang patut di perkecilkan. Kenapa ingin meletakkan berbagai bahasa sedangkan bahasa nasional ialah bahasa Melayu manakala bahasa Inggeris telah menjadi bahasa komunikasi.