Alamat blog

Sejak berlakunya perubahan harga minyak dari rendah kepada tinggi dan kemudiannya rendah semula. Ramai yang lebih menyukai harga minyak yang rendah tanpa lupa polisi "harga minyak stabil".

Mahu rendah, mahu rendah, mahu rendah.

Rupanya masih ada lagi manusia yang inginkan harga minyak stabil sambil mencadangkan satu dana khas ditubuhkan. Ianya seolah-olah mengembalikan situasi seperti awal 2000. Dan tidak semestinya krisis turun naik tidak berulang.

Kalau ada dana sekali pun, pasti apabila berbezaan harga semasa dengan harga subsidi yang ketara akan menyebabkan berulangnya kenaikan harga minyak.

Rakyat Malaysia perlu pilih antara 2

1. Polisi harga minyak stabil
2. Polisi harga minyak berubah-ubah

Bukannya polisi harga minyak murah atau mahal.




Berpusing!!!!!!

5 komen

  1. Zubli Zainordin // 9 Disember 2008 12:40 PTG  

    Kerajaan membuat dasar.

    Dalam pos ini, usul, ini atau itu. Begini atau begitu. Sekadar membuka opsyen yang terhad.

    Masih luas kemungkinan dan kebarangkalian yang lebih menarik.

    Kita kembali kepada niat. Niat pemimpin mencari jalan terbaik yang total untuk memanfaatkan Rakyat Malaysia pimpinannya.

    Bukan, Rakyat memilih di kalangannya untuk menjadi pemimpin, kemudian pemimpin itu membuat keputusan untuk menganiaya Rakyat pimpinannya.

    Win-win bukan win-lose atau lose-lose.

    Dengan mekanisme yang ikhlas, harga minyak boleh distabilkan dan dibuat adjustment dari masa ke semasa, mengikut wajar dan sesuai, yang tidak menjejas hak sesiapa yang berkenaan perihal harga bahan ini.

    Murah dan mahal perlu diambil kira struktur sosyel di Malaysia.

    Tidaklah kelak seperti Aiman, dia tak kisah kalau harga minyak petrol RM 18.92 seliter.

    Apa dasarnya dalam penentuan harga minyak di Malaysia, yang memanfaatkan kita sebagai Rakyat di negara ini.

    Rakyat yang umumnya tidak bising, kerana pertimbangan harga purata sesuai.

    Sejak 5 Jun 2008, Rakyat umumnya bising, kerana kesilapan yang ketara dalam penentuan harga bahan ini.

  2. suka_aman // 9 Disember 2008 4:47 PTG  

    benar kata saudara.rakyat kena pilih mahu samada harga yang berubah-ubah atau harga stabil.tapi kalau harga stabil,terpaksa lah terima hakikat jika harga yang ditentukan lebih mahal dari sekarang.namun saya akui harga minyak kini lebih selesa sekarang.

    kalau harga berubah-ubah kira ok juga.cuma kita terpaksa buat kira-kira semula setiap harga minyak berubah.

  3. youth attack // 9 Disember 2008 5:45 PTG  

    senang cerita jangan la harga minyak naik macam roket lepas ni.pada harga sekarang ni dah kira best sangat.waktu balik kampung baru-baru ini pun tak banyak sangat pakai duit untuk minyak.

  4. Nasirudin Anjud // 10 Disember 2008 9:58 PG  

    Ah saya ada buat pautan khas mengenai artikel saudara ini dalam posting terbaru blog saya, http://nasirudinanjud.blogspot.com/2008/12/traffic-jam-di-kota-kinabalu.html.

    Harap saudara beri perhatian.....

  5. Haris Fadzilah // 10 Disember 2008 3:45 PTG  

    Harga minyak sekarang rasanya ok sebab tak terlalu tinggi macam dulu, rm2.70 seliter. RM1.90 kira tak membebankan sangat. Kalau dapat kurang lagi sekurang-kurangnya RM1.50, Alhamdulillah. Jangan naik lagi dah lah...