Alamat blog

Yet Another Kenduri?

8/20/2007 01:30:00 PG | , ,

Yet Another Kenduri?
NO!

Bila tiba musim cuti sekolah, maka banyaklah kenduri kahwin, Entah mengapa mereka suka buat kenduri semasa cuti sekolah, lepas tu konflik dengan 4,5 kenduri yang lain. Kalau orang yang jenis rasa terpaksa pergi kenduri, mungkin ada yang boleh pergi salam-salam sehingga 8 buah rumah.

Jadi, untuk mengurangkan bilangan kenduri, sila tiru macam Ustaz Umar.

Ada tiga warna baju pengantin. Kuning, Hijau, Oren.
(Kenapa tiada merah? Harap maaf, encik tersalah blog..)
Kalau pakai baju yang sama warna, takut tersalah isteri.

Kalau ada 8 kenduri kahwin dalam radius 5 km, sudah tentu orang kampung akan mengutamakan yang ini, kerana dia kahwinkan 3 orang anak serentak.

Namun terdapat sedikit maslaha kecil, apabila beranak, nak seiring jalan 3 pasangan & pengapit-pengapitnya sekali tak muat jalan raya.

Mungkin kena sewa Lebuhraya supaya muat.




Berpusing!!!!!!

5 komen

  1. Tanpa Nama // 20 Ogos 2007 pada 7:43 PG  

    pengantin yang depan sekali la paling untung..
    sebab kemera focus kat paling depan.. yang belakang terlindung..

    pengantin depan tu yg sulong kot? :D

  2. Myalycia // 20 Ogos 2007 pada 9:29 PG  

    yes yes yes... kalau I nak jalan depan sekali.. baru glamer hik hik...

  3. Azurah Anuar // 20 Ogos 2007 pada 12:03 PTG  

    menyesal aku tido, terlepas tengok perarakan 3 pasang pengantin itu.

    btw, hari yang sama ada juga perarakan pengantin beramai2 kat dataran jasin.

    eheh.

  4. milla // 21 Ogos 2007 pada 12:08 PG  

    hahahahahahahah!!!

    datuk k tak bleh tahan!!

    lawak lawak!!

  5. Hasbullah Pit // 21 Ogos 2007 pada 12:12 PG  

    @milla (sebut macam hattan)

    Errr
    "Datuk K" tu topik lagi satu...