Alamat blog

Padi tadi di Berita Harian, saya terbaca akan Ar-Rahnu PAS dibuka di Jalan Raja Laut hari ini. Maka bolehlah orang Melaka membeli emas dengan kadar upah yang paling minimum (Dinar Emas Kelantan) di Kuala Lumpur, tidak perlu pergi ke Kelantan.

Pada Surat Khabar yang sama ada menceritakan ura-ura nak kurangkan caruman pekerja untuk meringankan poket rakyat. Sekarang ini pekerja perlu mencarum 11%, suatu ketika dulu zaman gawat ianya pernah turun sehingga 9%.

Perbezaan 2 peratus itu sebenarnya besar untuk merancakkan ekonomi ATAU membezakan antara "bulan ini cukup makan atau tidak".


Menteri Kewangan II mengatakan kononnya ianya tiada beza, kerana ia akan mengurangkan simpanan hari tua.

Eh tunggu sekejap.
Kalau inflasi bulan ini 5%, dan dividennya 5%, ianya tiada beza.

Akan tetapi kadar inflasi negara ini bukanlah menunjukkan perbelanjaan sebenar kerana ia hanya menggambarkan sebakul barangan, maka kenaikan yang pengguna rasakan ialah lebih dari 5%.

Jikalau gaji seseorang itu RM 1000, pengurangan caruman 2% ialah RM 20.
RM 20 cukup bermakna bagi orang yang bergaji RM 1000 ketika ini.

RM 20 itu juga, kalau dilaburkan di KWSP, dividennya akan menyebabkan nilainya naik, andai kata menjadi RM 30 ketika pengeluaran dilakukan.

Dapatkah RM 30 ketika pengeluaran itu untuk membeli barangan bernilai RM 20 pada hari ini?
(bergantung pada kadar inflasi , nilai ringgit dan dividen pelaburan)

Apa ertinya simpan lebih RM 20, kalau nilainya tak dapat membeli barangan bernilai RM 20 hari ini?

Apa terjadi kalau nilai ringgit runtuh, seperti 1998? sehingga sekarang merangkak naik?

Jadi apa langkah KWSP menstabilkan caruman pencarum?

Maka timbul idea gila dari kepala otak saya.

Sila benarkan pencarum KWSP untuk membuat pengeluaran untuk membeli emas, ala pengeluaran untuk membeli Unit amanah, dimana ketika pengeluaran selepas 55 tahun nanti barulah emas itu boleh diperolehi.

Bertujuan, sebagai pertahanan pencarum jika berlakunya krisis matawang.




Berpusing!!!!!!

8 komen

  1. Tanpa Nama // 23 Jun 2008 pada 12:53 PTG  

    Bro, aku sangatlah bersetuju dengan cadangan ini. In fact, kami dah mula menyediakan sedikit komitmen bulanan untuk mula membeli dinar emas Kelantan.

  2. adi // 23 Jun 2008 pada 2:29 PTG  

    sangat sangat bersetuju dengan cadangan di atas..

  3. tasatra // 23 Jun 2008 pada 4:10 PTG  

    kau tengok komen aku di ranauborneo.blogspot.com

  4. rastom // 23 Jun 2008 pada 7:03 PTG  

    Cadangan yang sungguh geliga! Saya sejak sekian lama menganjurkan jika ada lebih lebihan wang simpanan eloklah ditukarkan kepada apa apa jenis metal, kalau dinar emas sudah ada silakan.....kalau ada yang kreatif, sila ciptakan satu logo sebagai promosi. Sebol boleh minta sikitlah ongkos daripada dinar emas untuk projek promosi web.

  5. Cik Lee // 24 Jun 2008 pada 11:40 PG  

    Ya betul... Nilai matawang sebenar akan merosot tak lama lagi. Yahudi sendiri sedang sibuk menukarkan mata wang yang ada pada mereka dengan nilai emas.

    Dalam Al-Quran pun nilai sebenar duit itu pada emas dan perak. Dunia ini sedang berputar.

  6. Tanpa Nama // 24 Jun 2008 pada 3:06 PTG  

    ya bernas sekali komen Tuan Sebol,
    KWSP for GOLD

  7. Tanpa Nama // 24 Jun 2008 pada 9:25 PTG  

    Sokong!

  8. Rausyanfikir // 25 Jun 2008 pada 10:50 PG  

    Salam kpd encik Sebol.Saya pun xpasti tapi yg betul2 bawa isu ni rasanya brother Umar Ibrahim Vadillo.Dia ada rumah di TTDI.Saya cadangkan encik sebol google nama dia dan cuba cari link.Dia ni pun xda website tp selalu la ke sana ke mari jumpa Husam, tuan guru dan mahathir dulu.Di UIA ada lecturer yg perjuang isu ni.Nama dia Kamal Mydin Meera.Buku2 pun dah bnyk.