Alamat blog

Politik Bohong Membohong

6/09/2008 04:45:00 PTG |

Lihatlah senarai "Kekayaan" Kroni yang disimpan di Israel.

Name : Ms Siti Hasmah Bte Mohamed Ali
Post : Wife of Prime Minister
Passport No. : D 173596 (M)
Bank : Israeli National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
3 years
Account No : AGF-2192-2442-722-(X)
Amount : USD 4,000,000.00
Date of opening account : 25/06/95
Date of Maturity : 25/06/98
(Maturity continued to 25/06/2001)
Setelah saya mencari laman web "Israeli National Bank", tidak dijumpai.

Yang jumpa hanyalah "Bank of Israel", iatu bank pusat bagi kerajaan haram mereka.
Melihat akan senarai bank yang ada di Wilayah Palestine yang dirampas Israel, hanyalah:

Tidak ketemupun "Bank of Israel".

Kalau media perdana sering berbohong, ia akan menyebabkan "total rejection" oleh sesetengah orang.

Kalau blog berbohong, akan terjadi nanti "total rejection" oleh sesetengah orang.

Sindrom "Jangan Percaya Internet" , "Jangan Percaya blog" berpunca daripada benda-benda sebegini.




Berpusing!!!!!!

4 komen

  1. Tanpa Nama // 9 Jun 2008 pada 9:24 PTG  

    Salam Sebol

    Apa nak kata Sebol, orang kita memang suka betul percaya benda bod*h macam ni.

    Sensasi yang membazirkan sel otak dibuat oleh orang yang takde otak.

  2. Tanpa Nama // 10 Jun 2008 pada 3:03 PTG  

    Alahai...

    Biar laknat orang yang mencipta benda fitnah macam tu. Dan juga orang2 yang menyebarkan sama je. Di mana perginya istilah berblog secara berhemah? Katanya pembaca akhbar mainstream bukan bodoh, kami pembaca blog pun bukan orang bodoh.

  3. Tanpa Nama // 10 Jun 2008 pada 3:28 PTG  

    kalau kita fikir secara logik pun, dari manakah mereka mendapat maklumat seperti itu. saya tidak fikir yang pihak bank tersebut sendiri akan mendedahkan maklumat sebegitu. sudah pasti mereka akan melindungi segala maklumat tentang pelanggan mereka daripada public. ini adalah soal kepercayaan pelanggan mereka kepada mereka, jika mereka melakukan perkara sebegitu, mereka memperjudikan perniagaan mereka sendiri. dan dari sudut lain pula, apakah kepentingan mereka dalam hal ini dengan mendedahkan segala maklumat tersebut?

  4. rastom // 11 Jun 2008 pada 1:05 PG  

    Ini satu kelebihan blog dan internet. Saya kata kelebihan bukan untuk menyokong suruh orang berbohong, tetapi para pengguna internet akan terlatih untuk berfikir ketika menemui fakta fakta begini dan sekaligus (multitasking) berfikir akan logika kebenaran fakta tersebut.
    Blog sebol salah satu daripada blog yang menolak kesahihan data tersebut dan akan diikuti dengan blog blog lain.Jangan samakan blog/internet dengan media MSM (arus perdana) kerana blog ada satu suara (satu unit)dan suara ramai atau aggregation of blogs bakal menepis ketidakbenaran mana mana blog yang berbohong. Secara natural blog blog yang berbohong akan hilang kredibiliti. Begitu juga blog blog propaganda dan yang sarat dengan iklan (blog buat duit)..Sikit sikit iklan boleh diterima.

    Saya tertanya juga apakah blog baru Pemuda Umno akan mengimport budaya media MSM ke alam siber? Jika ya, nampaknya tidak perlulah berblog kerana tu hanya satu duplikasi kepada MSM.