Alamat blog

Pengundi Hantu, Hukum DM

4/29/2007 02:58:00 PG | ,

Sejak berlakunya Pilihanraya Kecil DUN Ijok,timbul isu pengundi hantu,
ada pihak yang mengatakan wujud pengundi hantu pada pilihanraya kecil itu,
ada pihak yang menafikan wujudnya pengundi hantu.
Akan tetapi, pihak yang sepatutnya jadi orang tengah, mendakwa

cara nak mengenalpasti pengundi hantu, tengok pada kakinya, sekiranya kakinya boleh memijak tanah maka bukan pengundi hantu

kalau begitulah cara pihak yang sepatutnya menjadi orang tengah untuk mengenalpasti pengundi hantu, memang patutlah mereka kata tiada pengundi hantu.
Memang patutlah menteri-menteri itu mengatakan tiada pengundi hantu.


istilah "pengundi hantu" dalam Bahasa Melayu merujuk kepada 'pengundi', bukannya pada 'hantu', sekiranya dia ingin mencari hantu, maka istilah yang patut dia pakai ialah "hantu undi"

Hukuman D-M ialah peraturan menyusun kata nama majmuk dan ayat yang mendahulukan unsur yang diterangkan (diringkaskan sebagai D) dan mengemudiankan kata sifat yang menerangkan (diringkaskan sebagai M)

Bukankah mereka tergolong dalam golongan yang abaikan hukum D-M, untuk mempromosi kesesatan "Islam Hadhari" dengan mengatakan "goreng pisang" dan "pisang goreng" sama?




Berpusing!!!!!!

0 komen