Alamat blog

Transkripsi lagi...

4/29/2007 12:41:00 PTG | , , , ,

Cuba rip lagu-lagu daripada CD Transkripsi ke format yang lebih kecil, supaya sesuai dengan Sony Ericsson K800i.

Mula-mula enkod sebagai AAC 256kbps. tapi kaji punya kaji, rupanya iTunes tak enkod dia sebagai VBR, walaupun dah tanda VBR. memang ada isu.


Teringin pula nak dengar apa output dia, jadi, buat sambungan analog drpd macmini ke amp.

lepas tu rip lagi sebagai Apple Lossless., bila dengar pada B&W, rupanya sedap.
memang patut boleh memang Album of The Year. yang menariknya, ada banyak bunyi yang tak kedengaran boleh didengar pada B&W. Yang paling jelas ialah pada lagi Intrig Cinta, guna B&W baru dengar percussion yang Steve buatkan untuk Siti.


Tapi, bila fikir balik, kalau AAC tak boleh VBR, rasanya buang karan. Jadi saya rip balik semua CD tu menjadi MP3 256kbps VBR.

jadi saya rip semula untuk jadikan 256kbp3 mp3 vbr

Rasanya, untuk penyelesaian portable audio, saya nak guna AAC 256kbps VBR, oleh kerana iTunes tak boleh jadikan VBR, oleh itu guna MP3 dulu.

Kenapa belum cuba lagi SE disc2phone? mungkin boleh rip terus ke aac 256kbps vbr?

mungkin EAC+Faad2 penyelesaian terbaik?

bila dah banyak kali pindahkan fail guna bluetooth, terasa bodoh pula, kenapa tak guna kabel USB?

jadi saya cuba guna kabel USB, yang hairannya, bila sambung USB ke SEk800i, dalam mod pemindahan fail, hanya satu pemacu dijumpai, kad SD 2Gb tak dijumpai.

oleh itu, kembali pindah fail guna bluetooth, lambat sikit.




Berpusing!!!!!!

3 komen

  1. Wawa // 30 April 2007 9:25 PG  

    bila boleh dengar guna b&w?

  2. sebol // 1 Mei 2007 10:10 PTG  

    mac mini sambung kat Yamaha,
    kena tetapkan sebagai MD,
    lepas tu mainkan di iTunes mac mini.
    cari "intrig" lepas tu dwiklik pada lagu intrig yang paling banyak bitrate dia.

  3. NSX // 28 Jun 2007 1:09 PTG  

    sebol, aku ada terjumpa dlm katalog sonystyle. a2dp for non-bluetooth device HWS-BTA2W rega RM319.

    kat website sonystyle m'sia tak jumpa lak bende nih. review pon tak jumpa lagik.