Alamat blog

Memang jarangku temu blog wanita yang ada "Awanan Tag", tapi kini kutemui jua.
Kebiasaannya, apabila sesuatu blog itu terlalu informatif, maka tak ramai yang datang. Hanya peminat topik tertentu sahaja yang datang. Apabila ia terlampau politik, maka orang politik sahaja yang datang.

Laman blog Irtiyah, menggambungkan dua ciri iaitu informatif dan diari. Hampir keseluruhan kiriman blog ditagkan/dilabelkan samada tag 'Pengetahuan Am' atau 'Diari' , manakala kandungan informatif dalam Bahasa Ingegeris dilabelkan sebagai 'General Knowledge'.

Ia amat memudahkan pengunjung yang lebih gemar pada kandungan Informatif, untuk klik pada 'General Knowlegde' atau 'Pengetahuan Am', peminat Matematik boleh terus ke 'Mathematics'. (Tiada istilah Matematik subversif disitu kerana dia menggunakan istilah Inggeris).


Selain dari itu, terdapat lagi satu ciri yang menarik iaitu Kiriman Blog terkini yang disertakan dengan sedikit keterangan kandungan kiriman blog. Ianya boleh dilakukan dengan Javascript yang berasaskan JSON seperti "Komentar Terkini".


Laman blog Ibnu Yahya pun pun Infomatif juga, tapi belum ada Awanan Tag.




Berpusing!!!!!!

5 komen

  1. Irtiyah // 8 September 2007 pada 9:21 PTG  

    salam sebol...

    tq sebab jengah blog saya. tq juga atas komentar untuk awanan tag di blog saya.

    memang benar, ia untuk memudahkan pembaca dan juga menarik perhatian pembaca. (Memang kita menulis untuk dibaca)

    Sebenarnya terdapat kelemahan di sana, namun saya tidak terlalu memberatkannya sebab bagi saya blogging satu hobi, jika diberatkan mahu pening kepala ini. Mungkin akan datang boleh diperbaiki.

    terima kasih sekali lagi :)

  2. Irtiyah // 8 September 2007 pada 9:22 PTG  

    Kredit untuk blog sebol di blog saya ;)

  3. Suara Perindu // 9 September 2007 pada 11:59 PG  

    Sebol,

    Widget untuk recent post dah jumpa. Tapi bagaimana nak ubah content. (edit content). Tolong bikin entri pasal ni kalau boleh.

  4. Tanpa Nama // 9 September 2007 pada 5:02 PTG  

    @Bang Din

    cuba kasi URL recent post yg dijumpai itu, supaya boleh saya tengok-tengokkan.

  5. Tanpa Nama // 9 September 2007 pada 5:04 PTG  

    @Irtiyah

    Terima kasih kerana reaksi blog anda.