Alamat blog

Sungguh tidak kusangka secara tiba-tiba Pasukan BMW Sauber kini di tangga ke dua dalam Kategori Pengeluar Formula Satu, selepas selesainya GP Belgium.

Sebelum ini saya ambil acuh tidak acuh sahaja tentang isu McLaren. pasukan McLaren telah dijatuhkan hukuman agak berat iaitu denda (lupa berapa juta). Rupanya satu denda lagi yang dikenakan kepada McLaren ialah, mereka terkeluar dari cabaran kategori pengeluar musim ini.

Jadi selepas GP Belgium, Kategori pengeluar


  1. Ferarri : 161 mata
  2. BMW Sauber :90 mata
  3. Renault : 39
  4. Williams : 28
  5. Red Bulls :18

Pada GP Belgium, nampak akan peningkatan ketara jentera Williams, bangkit semula selepas kejatuhan akibat perceraian dengan BMW. Williams yang berkahwin dengan Toyota, jauh meninggalkan Toyota. Agak kelakar juga.

Ralf Schumacher, pemandu Toyota akan berakhir kariernya sebagai pemandu F1 setelah kontrak tidak disambung.

Berbalik kepada cerita GP belgium, dengan mudah Nick Heidfeld memintas H. Kovalainen, tetapi Robert Kubica, sehingga hujung perlawanan pun masih lagi tidak dapat memintasnya.




Berpusing!!!!!!

10 komen

  1. Tanpa Nama // 17 September 2007 pada 8:56 PG  

    Mclaren telah didenda oleh FIA sebanyak $100 juta. Tahu tak yang pengasas McLeren, Bruce McLaren telah pun meninggal dunia lebih dari 37 tahun yg lalu. Baca lagi di sini:
    http://en.wikipedia.org/wiki/McLaren

  2. Hasbullah Pit // 17 September 2007 pada 11:41 PG  

    dia dah meninggal lama dah, pasal tu boss mclaren ron dennis
    bukan keluarga McLaren.

    tapi. untuk Williams, Frank William hidup lagi, berkerusi roda.

  3. Tanpa Nama // 17 September 2007 pada 12:37 PTG  

    errr tu teh tarik ke neskepe tarik tu.. hehehehe

  4. Hasbullah Pit // 17 September 2007 pada 12:43 PTG  

    Nescafe tarik.

  5. ILA // 17 September 2007 pada 2:36 PTG  

    perhhhhh!!!bulan2 pose..fikir pasai lumba keta..fenin okeyyy:p
    lambang terus terngiang2!!bunyi keta yg binggiiiiitttt gituu..hehe:p

  6. Tanpa Nama // 17 September 2007 pada 4:55 PTG  

    Berita sedih untuk peminat Colin Mcrae... diberitakan beliau terkorban dlm nahas helikopter yg dipandunya (bukan dlm kemalangan jalanraya :P) bersama anak lelaki berusia 5 tahun.

    Lagi berita digoogle:
    http://news.google.com.my/news?hl=en&ned=us&q=colin+mcrae&btnG=Search+News

  7. Hasbullah Pit // 17 September 2007 pada 5:16 PTG  

    Ha ah, baru lagi kemalangan tu.

  8. Tanpa Nama // 18 September 2007 pada 11:23 PTG  

    hmmm..
    tengok GP kat Spa, belgium last week pun best..
    first laps, Alonso dah himpit2 Lewis.. heheh

    Apapun, Aku tak sokong Alonso, Lewis mahupun Ferrari..
    Dihatiku cuma Mclaran & Kimi :D

  9. Hasbullah Pit // 18 September 2007 pada 11:33 PTG  

    Dulu-dulu masa zaman Williams BMW tengah kuat, ada sekali Ralf dengan Montoya langgar sesama sendiri.

    hehehe

    Kalau jadi la alonso & lewis langgar sesama sendiri hari tu, mesti lagi best.

  10. Tanpa Nama // 25 Oktober 2007 pada 4:12 PTG  

    Their seo services are top notch. We have been using them for about 5 years now but they just showed us their new viral marketing packages that are state of the art mass marketing techniques becuase it's not just about seo
    anymore.
    Website Promotion from Atomic Seo was definitly a wise investment so yeah I would recommend their services.