Oleh kerana diriku ini jenis katak bawah tempurung, maka ketika membuat kad ATM yang lalu, saya dengan sengajanya tidak mendaftarkan nombor telefon untuk mengambil TAC. Atas sebab keselamatan kononnya.
Mungkin Ya, kerana telefon juga boleh dicuri.
Akan tetapi seringkali rasa susah juga, bila nak buat pemindahan wang, ke pihak ke 3, terpaksa ke ATM.
ATM Maybank di Merlimau dulunya, ada 2 mesin, itupun di Maybank Merlimau. Kalau musim gaji, orang beratur sampai ke tengah jalan.
Baru sebentar tadi , saya ingin memaybank2ukan RM 15 ke Rjuna. buka Maybank2u, kemudian tepuk dahi "Alamak, dia nak TAC".
Kemudian saya terfikir sejenak.
Saya di Stesyen,
kini dah ada ATM,
apa susahnya.
cucuk sahaja.
Hehe.
Jadi saya tetap tak perlukan telefon untuk TAC.
Alamak! Maybank2u memerlukan TAC
9/30/2007 04:06:00 PTG | Maybank, Merlimau, Peraduan, Rjuna, TAC, Telur GorengBerpusing!!!!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
TAC ni bagus jugak bro, untuk keselamatan, kalau orang curi henfon kita pun tak guna gak, pencuri perlukan id n password maybank2u kita, so masih safety.
dan TAC maybank2u ni antara yang pantas memberi respond bila kita minta kod TAC
terharu aku, ko terpaksa pergi ke ATM nak transfer duit seperti dijanjikan argh syahdunya
@rjuna
Kau tak faham cerita rupanya.
Begini. Dulu memang susah kerana kena pergi ATM yang agak jauh dan sesak.
Tapi kini, ketika daku dalam Stesyen Minyak PETRONAS Merlimau, nak maybank2u, terus melangkah ke mesin ATM yang dalam bangunan tu juga. Jadi tak susah macam dulu.
Semlm kul 5 nak pergi ATM, org meremut mcm hurung gula, 3 yang out of service, 3 lagi tak sanggup nak hampiri..akhirnya buang masa sejam secara sia-sia...sesenpun tak dpt!!!
kakjie tgh pokai ni, hulurlah derma skit...bersedekah di bulan puasa ni banyak ganjarannya sebol....:)
TAG - Register je dgn favourite 3rd party accounts.
setakat nih oke je guna ..
xde masalah
gunakan aje kemudahan yang sudah diberikan
sekian. mekasut !
tac amat penting utk aku berurusniaga di internet, dan ingat berdasarkan pengalaman aku satu kod tac itu hanya bertahan utk 2 jam shj kalau tak salah..kau kira ok la maybank dekat..aku dalam kem nie..huhu susah nak cari atm..maka aku register siap2 guna hp..:D
hahaha senang byk la ATM machine dalam opis.. sak sak
@mypapit
ATM dalam opis tak semestinya tak terlupa nak cucuk duit.
begitu juga dengan minyak kereta, banyak kali aku lupa tuang minyak.
heh
@vangardx,
pernah dulu aku gi ATM request TAC, balik rumah lupa nak guna TAC, sampai expire.