Alamat blog

Pagi tadi saya menemui satu laman blog tempatan yang agak informatif, memang bertujuan untuk dikongsi bersama, namun tidak mendapat sambutan daripada pembaca blog.

Ketika itu saya meng'blogsearch' perkataan 'Malaysia Label Cloud'.

Saya nampak satu perbezaan nyata antara blog yang mempunyai Awanan Tag (atau 'Label Cloud' atau 'Tag Cloud') ialah mempunyai pengetahuan asas tentang Web 2.0.


Di atas adalah Awanan Tag milik Jason, Pemuda Kuantan Kedah, di Laman Blog 'My Inspiration Sharing Land'. Nama blog sudah cukup untuk menggambarkan betapa dia ingin mengongsi Maklumat/pendapat. Ia terbukti benar, apabila saya membaca arkibnya, Kandungannya memang bermaklumat dan asli. Asli dalam konteks ini adalah bukan diceduk bulat-bulat dari sumber luar.

Melihat akan Tema blognya, teringat saya pada tema saya yang lalu. Awanan Tag kelihatan cantik bila digunakan dengan tema itu. Cadangan Saya ialah tukar warna Awanan Tag daripada 'Hitam ke biru' kepada 'Kelabu ke Biru, kerana warna hitam lebih mudah dibaca daripada biru.

Saya memang pernah bercadang untuk meletakkan butang Digg pada kiriman blog. Tetapi mungkin tak berapa sesuai kerana pengunjung blog di Malaysia tidak memahami Digg.

Merujuk Technorati, authoritinya baru 1. Bagi saya blog sebegitu patut dapat authoriti yang lebih dan komen pengunjung yang lebih banyak.




Berpusing!!!!!!

6 komen

  1. MOLY // 11 September 2007 pada 12:13 PG  

    femes jugak ye rupenya tag awan nih ...

    :)

    tapi saya masih belom punya masa nak mencuba ..

    nanti kot
    :D

  2. Orked // 11 September 2007 pada 11:44 PG  

    kadang2 dah terlampau byg sgt pilihan...mau sengah pala otak...sbb tu dr dulu kakjie cuma guna Technorati je

  3. Hasbullah Pit // 11 September 2007 pada 11:52 PG  

    Oleh kerana kakjie dan guna TOC, rasanya kakjie sesuai guna Awanan tag,
    kalau takmo serabut, buat style wawa, bila ada 3 entry ke atas baru appear.

  4. Jason // 24 September 2007 pada 6:12 PTG  

    Hello sebol, Sorry for late Reply.
    I am actually from Kedah. my cousin is staying at Kuantan. So, I always hang up at Kuantan.
    I hope will write more about Kedah soon.

  5. Hasbullah Pit // 24 September 2007 pada 8:55 PTG  

    @jason

    OK fixed,

    dont worry i have a very long 'Komentar Terkini' to keep track comment on old article.

    anywya i've dugg some of your article

  6. Jason // 24 September 2007 pada 9:54 PTG  

    Thanx for tagged me and also dugg some of my Article.
    I will keep track on comment of my my old post.