Alamat blog

Di Pasar Ramadhan ketika bulan puasa, memang banyak dijual pelbagai jenis makanan, lauk pauk yang tak pernah dilihat ketika hari biasa pun ada, kuih muih pelbagai jenis, minuman pelbagai jenis.

Namun kebiasaannya peniaga kurang memikirkan apa yang pelanggan mahu. Mungkin pasar ramadhan itu berdekatan dengan penempatan pelajar, maka telur goreng amat perlu. Memanglah kita boleh goreng telur di rumah, namun bagi pelajar duduk di rumah bujang, asrama, tiada kuali untuk menggoreng telur. Namun oleh kerana ia adalah lauk yang ringkas, maka adakalanya, pasar ramadhan yang besar dipenuhi puluhan gerai, tidak ada satu pun yang menjual telur goreng.

Selain telur goreng, hampir tiada gerai yang menjual sos dan kicap. walaupun itu jenis makanan kedai runcit, mungkin ia perlu bagi pelanggan, terutamas ekali apabila pasar ramadhan itu berjauhan dengan kedai runcit.

Oleh itu saya ingin melancarkan satu peraduan blog, bernama "Peraduan Telur Goreng di Pasar Ramadhan". Hadiah ialah

  • Tempat pertama =>RM 50
  • Tempat ke 2 => RM 20
  • Tempat ke => RM 15
Apa yang anda perlu lakukan ialah, tangkap gambar telur goreng yang dijual di Pasar Ramadhan dan masukkan gambar itu sebagai kiriman blog di blog anda.

Kemudian masukkan tag berikut, berserta pautannya sekali.

- - - - - - - - - - -8< - - - - -mula - - - - -

sebol dah tak berapa betul, dia nak hadiahkan RM 50 kepada sesiapa yang tangkap gambar telur goreng di Pasar Ramadhan.

- - - - - - - - - - 8< - - - - - -tamat - - -


Kemudian, sila maklumkan dengan mengkomen pada kiriman blog ini. Tarikh tamat peraduan ialah 4 Oktober 2007.


kemaskini 17 sep :

Seandainya hanya ada 1 orang sahaja yang menyertai Peraduan Telur Goreng di Pasar Ramadhan,

Maka, dia akan membolot hadiah bagi tempat kedua dan tempat ketiga sekali, menjadikannya RM 85.




Kemaskini 22 September:

Senarai Peserta yang telah menyiarkan gambar telur goreng di blog mereka ialah.

Sishoney : http://sishoney.blogspot.com/2007/09/kerana-telur-goreng.html
Rjuna : http://rjuna.net/2007/09/20/gila-telur-goreng.html
Ida : http://zliah.blogspot.com/2007/09/telur-gorengbkn-ultraman-telurokep.html




Berpusing!!!!!!

30 komen

  1. Tanpa Nama // 15 September 2007 pada 5:48 PG  

    ni pertandingan ni keluarga boleh masuk kan?

    hehe

  2. MOLY // 15 September 2007 pada 8:42 PG  

    keluarga x leh masok laa kak wawa. tak aci !! :P

    awat lambat bebeno tarikh tutupnya tuh ???

  3. Tanpa Nama // 15 September 2007 pada 10:30 PG  

    muakaakak.. peraduan yg unik... sapa nak duit raya mintak jeek kat sebol nieeh.. kayo kayo! weekekekeke :D

  4. Tanpa Nama // 15 September 2007 pada 11:10 PG  

    telur apa ni? ayam ke itik ke burung ke?

  5. Suara Perindu // 15 September 2007 pada 11:36 PG  

    Sebol,

    Di Sri Aman ada juga bazar Ramadan tapi mula pukul 2 habis pukul 6 ptg.
    Akibatnya, pukul 5 makanan dah habis. Tinggal sisa. Siapa beli? Tahu sendirilah.

  6. Hasbullah Pit // 15 September 2007 pada 1:18 PTG  

    @ashamril
    Telur ayam
    Telur goreng yang bersambal sikit pun dikira jugak.

    @nordin sulaiman
    bang din beli?

  7. Orked // 15 September 2007 pada 2:39 PTG  

    kakjie tak pergi pasar ramadhan..leh tak kakjie tangkap gambo dlm kuala kakjie?


    entry tu kakjie save draft la..lupa sbb masih ada perjanjian dgn nuffnang sampai 16/9

  8. zliah // 15 September 2007 pada 3:22 PTG  

    misi mencarik telur goreng.
    mcm payah je nk cari~

  9. Pike-chan // 15 September 2007 pada 3:28 PTG  

    hahahahaa... this is the funniest and easiest contest to win money.. great idea though

  10. Hasbullah Pit // 15 September 2007 pada 4:28 PTG  

    @lily

    lambat habis kerana nak pastikan RM 50 aku tu dapat diperuntukan gambar yang terbaik.

    @ida
    Ada kalanya permintaan menyebabkan penawaran, kalau tiada jual telur goreng di pasar ramadhan. Tapi bila ramai orang tanya 'Ada telur goreng tak', mungkin esok lusa akan dijual telur goreng.

    @pikey
    Looking forward for your telur goreng pix.

    Hari sudah petang,
    pasar ramadhan sudah dibuka.



    bayangkan satu dialog sebegini


    "Dik, Termasuk engkau, dah 8 orang tangkap gambar telur goreng akak oetang ini."

  11. sd. // 15 September 2007 pada 9:39 PTG  

    x aci sebab kt sini xde bazar ramadhan. bleh postpone to nx year leh? hehe.. tp kalu ada cane? nnt we all bukak gerai sendiri kt sini. n i;l get the photos for u.haha.


    tp tanak la rm50. $nz50 please.hehe.

  12. milla // 15 September 2007 pada 11:29 PTG  

    ni kes terlebih kaye hape wat pertandingan camni? amek gmba murtabak bleh? sbb dlm murtabak ade telur gak

  13. Hasbullah Pit // 15 September 2007 pada 11:29 PTG  

    @saodah

    ni baru first contest, lagi 2,3 bulan lagi mungkin ada next contest, hadiah naik sikit, tapi depend la dengan sambutan contest ni dulu.

  14. Hasbullah Pit // 15 September 2007 pada 11:46 PTG  

    @miLLa... (nada macam hattan)
    Kalau ambil gambar murtabak, tak boleh.
    Tapi kalau pasar ramadhan tu takde jual Telur goreng, (actually memang susah pun nak cari telur goreng di pasar ramadhan.
    Dulu saya pernah request pada peniaga roti canai atau murtabak, untuk gorengkan telur.

    kalau gambar telur goreng yang digoreng oleh peniaga murtabak/roti canai, maka ia layak untuk dipertandingkan.

    bukan terlebih kaya, tapi "investment"

  15. Tanpa Nama // 18 September 2007 pada 9:37 PG  

    k akan aku sahut cabaran mu ini...

  16. Tanpa Nama // 18 September 2007 pada 10:30 PG  

    @chot

    OK good luck

  17. SisHoney // 18 September 2007 pada 2:00 PTG  

    sebol,apa2 telur pun boleh ker??atau hanya telur goreng sahaja

  18. Hasbullah Pit // 18 September 2007 pada 2:05 PTG  

    Telur goreng sahaja.

    Tapi kalau telur goreng bersambal atau berkicap atau ada kuah sweetsour, dibolehkan.

  19. Tanpa Nama // 18 September 2007 pada 3:25 PTG  

    aku pun nak try la...

    telur goreng kat bazar ramadhan..hehe

  20. Tanpa Nama // 18 September 2007 pada 8:58 PTG  

    insyaallah... mesti boleh la... mai pakat ramai2 kita pi snap2 gambar kat pasar ramadan... tapi kan tempat am... orang ramai gile...sesak!! agak2 senang tak nak ambik gambar dalam keadaan camtu..

  21. SisHoney // 19 September 2007 pada 8:10 PG  

    aku dah sahut cabaran ko sebol :D

  22. Marliza Radzi // 19 September 2007 pada 10:07 PG  

    sukar juga tu. tapi aku percaya pasti ada. contohnya di kedai menjual nasik lomak dan kueyteow goreng dan nasik campo.

  23. Tanpa Nama // 20 September 2007 pada 7:03 PG  

    Ok aku dah join peraduan ko ni sila ke blog ku untuk maklumat lanjut,

    salam perkenalan sebol

  24. Tanpa Nama // 21 September 2007 pada 9:18 PG  

    miahahahahaaa... kalo telur goreng masak pedas rasanya ada laa. itupun kalo ada yang menjualnya...

    telur goreng masak cili api. telur goreng apa lagi heh?

  25. zliah // 22 September 2007 pada 1:47 PG  

    gambar telur goreng di pasar ramadhan telah berjaya kutangkap! :D

  26. Orked // 22 September 2007 pada 5:00 PTG  

    * Tempat pertama =>RM 50
    * Tempat ke 2 => RM 20
    * Tempat ke => RM 15


    ko tak perasan ke apa yang salah ?

  27. Tanpa Nama // 23 September 2007 pada 2:02 PTG  

    telur ayam ke telur puyuh?

  28. echah_syed // 24 September 2007 pada 1:04 PG  

    sebol.. telur goreng combi tue bole menang ker?kalo menang combi kena share ngn jie nie..hehehh.jie kempen la sket kt sebol psl telur combi tue ekk..tima kasih

  29. Hasbullah Pit // 24 September 2007 pada 3:04 PG  

    Banyak pula saya nak kena jawap

    sorang sorang ye,

    @Chombi/echah
    Gambar telur OK, tapi tag tak berapa betul pasal takde link.

    @Nieziee
    Telur ayam, ada ke orang jual telur puyuh goreng?

    @Kekanda Jie
    OK nanti saya betulkan.

    @Ida
    Walaupun ada link, tapi tag tak sama

    @Abd fatah
    telur goreng pedas valid, tapi aku pun dah jarang jumpa.

    @AM & Rjuna
    dikira valid juga kalau kobinasi dengan makanan lain, tapi kalau banyak yang telur solo sahaja, keutamaan menang akan diberikan kepada yang bukan kombinasi

    @sis honey
    OK OK dah tengok & dah update

  30. Tanpa Nama // 24 September 2007 pada 10:35 PTG  

    salam semua, saya dah buat entri utk ini, boleh baca di : http://vangardx.net/blog/hikayat-telur-goreng-terlampau-part-1/

    semoga terhibur