Ini dia Fresco Merlimau yang baru dibuka itu.Dia sudah ambil pekerja lebih awal, jadi bila dia buka, terus jadi big boom.
Berbanding dengan peruncit temnpatan yang biasa-biasa, mereka suka buka kecil-kecil dahulu, tambah barang sikit-sikit, jadi kurang impak.
Sebenarnya, saya suka lokasi dia , di antara pekan Merlimau dan Politeknik.
Maka ramnailah orang kampung dan orang Politeknik membuat "test market"
Kedengaran juga, Makcik tertentu sedang memperagakan beg percuma yang dia perolehi bila mendaftar kad kesetiaan Fresco.
"Keahlian seumur hidup" katanya..
Macam dia tahu pula saya baru lepas tulis fasal kad kesetiaan Tesco yang menjadi isteri baru TESCO setelah menceraikan bonuslink.
Pesaing FRESCO utama di Merlimau, sudah tentu "Bandar Baru", "Jumpa lagi (tapi dah tukar nama)", Pasarayaku, dan banyak peruncit tempatan lain yang jenis kedai 1 lot.
Pada pendapat saya, walaupun ada Kad Kesetiaan Fresco, pelanggan di Merlimau, ramai yang sudah "Sign mati" dengan Kedai tertentu. Wawa yang baru duduk merlimau pun sudah 'Sign mati' dengan "Bandar Baru".
Tak kurang juga yang sudah 'sign mati' dengan 'Kedai Deris', "Kedai Berahim"
Tapi tak ramai yang sign mati dengan pasarayaku atau jumpa lagi Sejati.
Tapi orang politeknik seperti Puan Sabrina, mana kenal Siapa itu Haji Berahim, Haji Deris, Tan Kim Hock (Bandar Baru), Yap (Pasarayaku)
Ini bakul Fresco,
Ini label pada gondola, siap ada platik khas ala jusco/7eleven, tapi Label dia tu takde logo Fresco, tak macam Jusco dan PETRONAS Merlimau. hehe
POS dia
fuhUI ala baru, macam Microsoft surface pula, pada gambar itu transaksi belum ditunaikan.
Selepas ditunaikan (orang putih cakap 'checkout' atau 'cash out'), Akan ada Paparan amaun yang diterbalikkan supaya pelanggan boleh lihat. Ada logo MySQL pada POS itu :)
Uniform pekerja dia, semua pakai T-Shirt putih sendiri, tapi pakai Vest yang dibekalkan.
Saya tak pasti blusher pada pipi diwajibkan atau tidak, tapi nampak macam semua orang ada pakai blusher.
sekian.
Reviu Fresco Merlimau
9/06/2007 12:29:00 PTG | blusher, Fresco, Kesetiaan, Microsoft, peruncitan, POS, SurfaceBerpusing!!!!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
adakah pasaraya di merlimau kelihatan bersih dan kemas sebegitu rupa semuanya??
mcm kat selayang jugak la gamkanyer ek..masa kakak meniaga dulu mmg sign mati ngan pasaraya NSK. siap ada kad potongan utk ahli bagai. tapi... mmg byk pasaraya yg buat cenggitu skang nie.
lagi byk pasaraya dibuka... lagi byk pilihan kita ada. me... klau jalan sensorg sanggup pi segala pasaraya kat selayang n tgk mane lebih berbaloi beli.. hehe (gile tak gile gitu. huhuhu)
saya cuma signmati dengan pasaraya yang saya rasa senang hati nak pergi.
kemas tak menyemakkan mata memandang dan tak yah nak queue bagai masa nak bayar.
harga bukan masalah, maka takperlu nak shophopping semua nak cek rega.
saya rasa saya lebihgemarkan pasarayaku daripada bandar baru.
cuba betulkan fakta ya saudara.
hahaha, blusher tu diaorg bagi free kot,hehe..aku rase kalau nak niaga kenalah buat betul2kan..aku penah gi area2 sana sekali je, tak dapat bayangkan lokasi tpt tu ngan jelas..:)
eh merlimau ?? saya ada mengenali seorang doktor di sana .. geng amik gambar jugak lah.
doktor malek namanya. masa saya g melaka ngan kekawan fotopages, esoknya tuh saya xnak gi keje, doc malek kasi saya mc
http://lilylulu.fotopages.com/?entry=767867&back=http://lilylulu.fotopages.com/?page=12
:D ehehehe .. shhhh !!!
ya allah lily,
doc malek tu husband dr mariam, dr favourite ku..eh 2nd dec favourite ku selepas dr rahimah..
keciknya dunia.
aku kalau cite gi klinik ke, bwk anak gi jab ke ngan bini doc malek le tuh.
laa ye ke kak wawa. hihihih .. tatau la plak. memang kecikk jek kan dunia nih .. alih2 ada jugak yang kenal
mana tau ada rezeki pegi sana lagi,nnt leh jumpa akak lagi kat sana.
:D