Alamat blog

Angkasawan Negara telahpun 'jatuh' secara balistik menggunakan Kapsul angkasa Soyuz.

Seperti yang ramai orang telah maklum, ketika kemasukan semula, ia dikenakan daya graviti yang melampau sebanyak antara 4 hingga 5 G. sebagai perbandingan, daya graviti di bumi dianggap sebagai 1 G. Jika di bumi, anda mengangkat sekilo beras, ketika kemasukan semula, sekilogram beras itu umpama seberat 4 hingga 5 kilogram.

Kita ambil 3 senario graviti yang berbeza.
1. di bumi
2. di ISS
3. di dalam kapsul soyuz ketika kemasukan semula.

Dalam dunia fizik, 'Berat' dan 'Jisim' adalam berbeza. Dimana Jisim 1 kilogram beras adalah 1 kilogram dimana-mana, di bumi, atau pun di ISS atau di dalam kapsul soyuz ketika kemasukan semula.

Akan tetapi 'berat' bagi 1 kilogram beras adalah berbeza ketika di ISS, di bumi dan di dalam kapsul Soyuz ketika kemasukan semula.

Berat adalah sesuatu yang dirasai, kita angkat 1 kilogram beras dibumi adalah lebih berat daripada angkat 1 kg beras di ISS. Akan tetapi kalau angkat 1 kg beras ketika kemasukan semula, beras itu akan lebih berat dari 1 kg di bumi. Jisimnya tetap 1 kg.

Berat itu Daya.
F=m*a
Daya = jisim kali pecutan

Berat = jisim kali pecutan graviti.

yang dikatakan 1 G 4-5G itu adalah daya graviti.
G (huruf besar) adalah Daya Graviti
g (huruf kecil) adalah pecutan graviti.

Apabila pecutan graviti (g) bertambah, daya graviti (G) juga bertambah (kerana jisim tak berubah).

Yang pastinya graviti bukan tekanan (pressure), dalam konteks tekanan darah, tekanan tayar, tekanan air. diukur dalam unit psi,bar,Pa,cmHg

Walaubagaimanapun, amat mengecewakan apabila Nizal Mohammed, mengatakan bahawa Sheikh Muzafar mengelami tekanan graviti ketika siaran langsung pendaratan Soyuz.

Walaupun dibantu oleh Astronaut tersohor Robert Gibson, Nizal tetap salah apabila dia mengatakan 'tekanan' graviti. Sheikh Muszaphar bukannya menyelam ke dasar laut yang dalam sehingga mengalami tekanan yang kuat.


Bayangkan seorang pelajar yang ingin mengetahui proses kemasukan semula Soyuz , tertipu dengan 'tekanan' yang dinyatakan oleh Nizal. Bukan salah dia, tapi saya rasa perlu ada seorang Cikgu/Pensyarah Fizik tempatan di sebelahnya.

Daya, seringkali di panggil "tekanan" sudah banyak kali. Ini bukan isu istilah mana yang lebih sesuai, sama 'daya' vs 'tekanan'. Akan tetapi ia adalah 2 perkara yang berbeza.
Tekanan tidak mempunyai vektor.


Orang Kampung mungkin boleh mengganggap tekanan adalah sama dengan daya, akan tetapi apabila acara penting yang menyebabkan ramai pelajar ingin mengetahui tentang proses kemasukan semula Soyuz, akan terkeliru dengan tekanan vs daya.

Sememangnya istilah 'daya' jarang digunakan oleh penduduk Malaysia kerana ia hanya wujud dalam matapelajaran fizik, sudahlah ianya digantikan dengan 'force' ketika di sekolah, maka yang tinggal menggunakan istilah 'daya' adalah orang yang mendalami ilmu fizik secara subversif (seperti pengunjung blog ini).

Suatu ketika dulu, Iklan Sauber PETRONAS juga menggunakan 'tekanan' untuk merujuk kepada 'downforce', daya kebawah (ingat lagi iklan kereta F1 melekap ke permukaan atas terowong). Iklan budak Jerman BMW Sauber telah dibaiki dengan menggunakan 'daya tekanan' walaupun kurang tepat, tetapi sudah guna istilah 'daya'.


p/s: Kiriman blog ini ditujukan buat Cikgu Fizik saya En Vellupilai Ponudurai, yang mengajar fizik kepada saya pada tahun 1991 - 1992. Walaupun setelah 16 tahun, ilmu itu masih segar diingatan. Terima kasih kerana penceritakan tentang 'reentry' walaupun tiada dalam sukatan.




Berpusing!!!!!!

17 komen

  1. adi // 23 Oktober 2007 pada 8:31 PG  

    bro. coba ko tanye nizal. berape dia dapat subjek fizik kat skol..

    muahhahahah

  2. Ikhwan Hayat // 23 Oktober 2007 pada 9:07 PG  

    Terima kasih kerana berkongsi. Saya suka entry begini :)

  3. Tanpa Nama // 23 Oktober 2007 pada 10:13 PG  

    Saya kurang pasti/faham apa yang dimaksud saudara melalui pernyataan ini:
    Berat itu Daya.
    F=m*a
    Daya = jisim kali pecutan
    Berat = jisim kali pecutan graviti.

    Adakah berat = daya?

  4. Hasbullah Pit // 23 Oktober 2007 pada 11:19 PG  

    'Berat' sebanyak 1 Kg, 60Kg dalam kehidupan harian sebenarnya "jisim"

    Jisim saya 65kg,

    'Berat' yang sebenar ialah Daya yang digunakan untuk mengangkat 65kg dipermukaan bumi.

  5. Tanpa Nama // 23 Oktober 2007 pada 2:24 PTG  

    Ok.. baru paham.. saya nie lembab sikit. Baca di sini http://en.wikipedia.org/wiki/Weight#Units_of_weight_.28force.29

  6. Tanpa Nama // 23 Oktober 2007 pada 3:52 PTG  

    tq krn mengingat aku aku mata plajaran fizik ni...byk ifo berguna dr ko sebol..tq so much!

  7. Tanpa Nama // 23 Oktober 2007 pada 7:59 PTG  

    saya juga kecewa ngan wrap up astro dan tv1 pasal misi ke iss nih. banyak cakap menda2 yang membebel jer....heheheheh

  8. Hasbullah Pit // 23 Oktober 2007 pada 9:12 PTG  

    @chot

    Mungkinkan blog aku lebih informatif dari blog sheikh muszaphar?

    @knizam
    macam tau je apa yang aku rancang nak tulis

  9. Tanpa Nama // 24 Oktober 2007 pada 3:03 PG  

    good explanation sebol.. keep up good work man.

  10. Acaii Jawe // 24 Oktober 2007 pada 8:24 PG  

    thanks for the info bro:) hihi..dia tak blaja fzik dulu kot,hehe...aku yg dengarpun pelik tekanan graviti masa dia cakap tu,hihii..mcm ada yg tak kena..Lol

  11. 13may // 24 Oktober 2007 pada 1:44 PTG  

    tak suka arr subjek fizik....sebab tu dulu masuk vokasional...hahha

  12. Orked // 24 Oktober 2007 pada 2:40 PTG  

    yes...dlm 3 subjek sains, kakjie score Fizik

    Terang dan jelas penerangan dia...

  13. Tanpa Nama // 24 Oktober 2007 pada 9:08 PTG  

    huhu..best info nie..bnyk kefahaman yg dah terpesong rupanya

  14. MOLY // 25 Oktober 2007 pada 1:54 PG  

    saya tak amik subjek fizik mase sekolah

    kureng berminat ~
    :D

  15. Shah // 25 Oktober 2007 pada 12:34 PTG  

    Nama Vellupilai Ponudurai macam familiar aje... Ko budak STAR ye dulu? Kalau betul dia ajar kat STAR kira aku ni anak murid dia tahun 90 - 91 la...

  16. arsaili // 27 Oktober 2007 pada 11:28 PG  

    iskkk..tak minatnya fizik..sakit jiwa jer

  17. adi // 28 Oktober 2007 pada 8:11 PG  

    subjek fizik best..