Setelah saya membeli DVD Transformer yang asli, Saya amat kecewa apabila mendapati, ianya tiada sarikata bahasa melayu (Sarikata=subtitle). Walaupun saya lebih suka menghidupkan sarikata bahasa Inggeris pada DVD ketika menonton DVD, namun ketiadaan Bahasa Melayu pada sari kata amat menyedihkan, seolah-olah orang melayu tidak mampu membeli DVD yang asli.
Yang menghairankan pula ialah wujudnya sarikata bahasa Indonesia, Bahasa Thai, Bahasa korea pada DVD itu. Apa perlunya bahasa Korea dan Thai pada DVD keluaran HVN untuk pasaran Malaysia? Bahasa Mandarin memang ada sebagai sarikata, dan ia memang patut ada.
Akan tetapi, tiada vokal bahasa Mandarin pada DVD Transformer yang asli.
Bila saya kaji semula, memang banyak DVD asli yang tiada sarikata B.Melayu, DVD "Happy Feet" untuk pasaran tempatan juga tiada sarikata BM.
Apa sudah jadi?
Hampir semua DVD pasaran gelap, mempunyai sarikata BM. Pengusaha DVD pasaran gelap lebih mengiktiraf kewujudan Bahasa Melayu berbanding pasaran terang.
Adakah pembeli Melayu perlu membeli DVD pasaran gelap dan kemudiannya membeli merchandise yang asli seperti mainan, beg duit supaya 'legalize'kan DVD pasaran gelapnya?
Saya dan Umar, memang peminat Transformer, menanti 6 bulan untuk mendapatkan DVD yanbg asli, tetapi ia menghampakan. Sudahlah terpaksa beli DVD pasaran gelap kerana DVD pasaran terang hanya keluar beberapa hari selepas 6 bulan.
Berbanding dengan DVD 'Cars', DVD Cars bukan hanya mempunyai sarikata bahasa melayu, malah mempunyai vokal bahasa Mandarin.
Kesimpulannya, Ganyang DVD Transformer
Berpusing!!!!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
tu cetak rompak le tu.. semuanya nak cepat wekekek!
@iEn
tu memang original yg takde BM
bukan ke saya tulis, yg pirate semua ada BM.
kalau ya pun nak komen, baca la cerita dia dulu
"lebih mengiktiraf kewujudan Bahasa Melayu "
sasaran mereka orang Melayu...
Hidup lanun malaysia!!!
Tapi sarikata BM lanun, punya la baku ikut kamus sejibik2 dia tafsir perkataan
nanti bila ada orang tanya kenapa beli cetak rompak, jawab saja tiada subtitle BM
mybe dvd tu tak di produce untuk pasaran mesia kot,hihi..tapi mmg mahal giler dvd aslikan? tengok ari tu RM40 keatas,hehe..mahalnye..
Walaupun menonton filem berbahasa inggeris, saya tetap memilih sarikata berbahasa inggeris.....kalau BM alihbahasanya lintang pukang......alihbahasa secara langsung.
Anak-anak saya juga begitu, banyak faedah yang mereka dapat.
aku sokong hg jie 150%..anak aku pun x suker bm tercatuk kt sana..dia kata bila nmpk sakit mata n sakit ati jer..dorang x sek melayu tp jgn la translate pun mai bantai ckp depa gak..haiyaaa manyak susah lorr..
~ anak aku dah bm hampess..pastu depa wat lagu tu pulak :(
anto balik la kt kedai tu..wakkaka...xpon bg kt aku..heehe