Alamat blog

Harga Minyak dunia yang dikira dalam USD, nasik sehingga mencecah USD 92.xx.

Maka seperti biasa, pembangkang akan mengatakan kerajaan akan menaikkan harga minyak selepas Pilihanraya atas alasan untuk sengaja menyusahkan rakyat.

Ada juga yang mengatakan bahawa PETRONAS yang akan meminta supaya harga minyak dinaikkan.

Dan kerajaan memerintah tanpa fikir panjang akan menaikkan harga minyak selepas pilihanraya.
dan apabila harga barang naik, kerajaan akan menyalahkan peruncit kerana menaikkan harga.

Dan PETRONAS akan untung besar kerana bukan sahaja dapat menjual minyak yang dikorek di Malaysia dengan harga tinggi, minyak negara orang lain pun keuntungannya dibawa ke negara kita.

dan ramai akan mengatakan kita patut gunakan keuntungan PETRONAS untuk subsidi minyak. Tetapi tidak mempersoalan kenapa keuntungan Shell, Caltex, Exxon Mobil boleh dibawa ke negara asal mereka.


Pada pendapat saya, Subsidi minyak itu adalah subsidi yang tidak adil, kerana pengguna Mercedes mata belalang dapat lebih subsidi berbanding dengan penunggang motosikal modenas.

Walaubagaimanapun ia amat perlu untuk mentabilkan harga minyak yang dibeli oleh pengguna.

Ketika zaman 1 USD = RM 2.50, ianya amat relevan kerana, harga minyak pengguna boleh kekal RM 1.13 agak lama.

ketika itu, adakalanya rakyat dapat subsidi, adakalanya kerajaan jual minyak lebih mahal kepada rakyat.
Tiada sesiapa yang komplen, walaupun ketika itu adakalanya kerajaan ambil subsidi dari rakyat.

Zaman ini, nilai ringgi kita rendah, pusing macam mana pun, kerajaan tetap kena beri subsidi minyak.


Bagi saya, tak mengapa kalau dihapuskan subsidi minyak kalau rakyat kita mampu.
Akan tetapi yang dipersoalkan mengapa pendapatan perkapita rakat tempatan rendah, dan nilai ringgit juga rendah.

Suatu ketika dulu, mantan PM (yang memecat TPMnya), telah menambat nilai ringgit kepada 1 USD = RM 3.8, kerana ketika itu, nilai ringgit telah jatuh lebih teruk. Ianya bagi saya sesuai dengan keadaan ketika itu.

Namun setelah pemulihan ekonomi, Pak Lah menjadi PM, dia amat leka dengan 'Islam Hadhari'. Sejak dia menjadi Perdana Menteri, tiak pernah sentuh soal ekonomi selama beberapa tahun. Agak menghairankan juga kerana dia memegang tampuk menteri kewangan.


Suatu ketika, nilai ringgit patut dilepaskan tambatannya dengan lebih awal, namun ia dilepaskan amat lewat, itupun diumumkan oleh Zetty, dan bukannya PakLah atau menteri kewangan.

Disebabkan kelewatan itu, negara kita rugi banyak.

menurut graf yang perbandingan nilai Ringgit, Dollar Singapura dan Bhat Thailand berbanding Dollar Amerika.

Bhat Thailand meningkat 40% berbanding USD
Dollar Singapura 20% berbanding USD
Ringgit Malaysia hanya menokok 10%




Mari belajar Matematik secara subversif.
Sekiranya Pak Lah melepaskn tambatan ringgit lebih awal, dan nilai ringgit meningkat 33%.

3.8 - 33/100 =2.546

1 USD = RM 2.546

Sudah jadi balik asal ketika sebelum gawat.
Walaupun harga minyak dunia dalma USD naik, harga minyak petrol tanpa subsidi mungkin hanya RM 1.50 seliter.

Takkan ku maafkan kesilapan PakLah lewat melepaskan tambatan Ringgit.




Berpusing!!!!!!

4 komen

  1. Tanpa Nama // 29 Oktober 2007 pada 4:19 PTG  

    Hang boleh jadi menteri kewangan ni. Bicara ekonomi mengalahkan profesor.

  2. Acaii Jawe // 29 Oktober 2007 pada 4:59 PTG  

    setuju sangat, kita mcm terlewat nak lepaskan tambatan ringgit tu,huhu..kita takut sangat kesan pada early 2000 tu effect kita punye ekonomi..emm, sbnarnya yg penasihat kewangan tupun takde sape brani nak cakap ngan PM suh lepaskan awl..

  3. Hasbullah Pit // 30 Oktober 2007 pada 12:47 PG  

    @abg putra

    sekejap pakar fizik, sekejap pakar ekonomi. lepas ni aku pakar apa?

  4. Tanpa Nama // 30 Oktober 2007 pada 2:52 PTG  

    pakar sakit puan lak...huhuhu...blog hang cukup informatif..