Apakah benar Program Angkasawan Membazir?
Persoalan timbul apabila 'Angkasawan Negara' hanya dilabelkan sebagai
'Space Participant' ketika terbang ke Stesyen Angkasa Antarabangsa nanti, dan ianya melibatkan kos sebanyak RM 95 Juta, walaupun sebahagian kos telah diserap oleh pembelian Sukhoi SU 30 MKM.
Adakah ia membazir?
Adakah ia membazir?
Sebelum itu kita kaji dulu pembelian Sukhoi SU 30 MKM, yang bernilai USD 50 Juta sebuah.
18 pesawat Sukhoi SU-30 MKM = USD 900 Juta.
Akan tetapi kalau beli 18 buah F-18 Hornet = USD 60 x 18 = USD 1080 Juta.
Jimat USD 180 juta , lebih kurang RM 648 Juta.
Dengan Harga yang sama (USD 1080 Juta), Kita boleh dapat 21 buah sukhoi Su-30 MKM.
Itu pun F18 Hornet bukan Pesawat Generasi 3.5, ianya hanya Pesawat Generasi ke 3.
Tiada tujahan Vektor. Lupakan Pugachev Cobra.
Tapi kalau nak beli 18 Pesawat yang ada Tujahan Vektor buatan Amerika, iaitu F-22 Raptor, Harganya ialah USD 120 Juta. Kalau dengan nilai yang dibelanjalan iaitu USD 900 Juta, Hanya dapat beli 7 buah sahaja.
Kalau nak beli 18 buah F-22 Raptor, kita memerlukan USD 2160 Juta, lebih dari kurang RM 7 Bilion. Jadi kita jimat USD 1260 juta, kerana tidak memilih F22 Raptor.
Jadi, apalah sangat RM 95 Juta yang dibelanjakan untuk program Angkasawan itu berbanding dengan penjumatan RM 648 Juta kerana tak beli 18 F18 Hornet, dan jimat 4 bilion kerana tak beli 18 F22 Raptor.
Bukankah kita bodoh jika tak dapat hantar angkasawan percuma dengan pembelian Sukhoi SU 30, hanya kerana kita tak mahu berbelanja untuk memilih Angkasawan?
Akan tetapi siapa yang bazirkan sebahagian daripada RM 95 juta itu? Suatu ketika dulu, semua orang di Malaysia boleh memohon untuk jadi angkasawan, jadi ramailah yang memohon termasuk saya. Akan tetapi dari 11,275 yang memohon, hanya 894 sahaja yang disenarai pendek untuk membuat ujian larian 3.5 km, Akan tetapi, Hanya 454 sahaja yang hadir ujian larian dan dari itu . Memang menyedihkan hanya 50% sahaja yang hadir.
Eh ,
Dari 11275 pemohon, 894 orang sahaja diberi peluang, maksudnya 10381 orang tak diberi peluang langsung untuk diuji. Sekurang-kurangnya, kalau suruh semua orang itu lari, kosnya hanya lebih kurang nak anjurkan program sukan sahaja. Kalau semua 11,275 diberi peluang berlari, maka kalau 50% yang hadir, maka tinggal lagi 5500 orang, dari situ boleh dibuat ujian fizik atau ujian lain supaya yang betul-betul layak sahaja dapat jadi Angkasawan. Mungkin kita mempunyai calon angkasawan yang lebih baik dari Dr Faiz dan Sheikh Muzafar? (Atau mungkin mereka tetap terpilih.)
Atau mungkin kita boleh mempunyai Kelab Angkasawan yang mungkin mampu merubah negara pada masa akan datang.
Adakah kita tak mahu membelanjakan RM 95 Juta memilih untuk mencari Calon Angkasawan kerana ditetapkan sebagai Khairy Jamaludin? Itu adalah lebih tidak masuk akal.
Ya, memang RM 95 Juta boleh digunakan untuk membantu golongan Miskin. Bukankah sudah ada peruntukan untuk itu? Malah lebih dari RM 95 Juta, Kalau bijak mengurus perbendaharaan Negara, Pasti dari setiap Kementerian kita boleh salurkan kepada golongan miskin. Kementerian Perumahan boleh buat rumah kos rendah, Kementerian Kesihatan boleh kasi ubat percuma, Kementerian Pendidikan boleh sesiakan asrama percuma untuk Pelajar miskin sekali dengan makan dan minum. Tetapi tak perlukan guna wang untuk RND juga untuk tujuan itu.
Kalau nak gunakan juga RM 95 juta untuk golongan Miskin, terbitkan sahaja buku berkaitan astrologi beri percuma kepada pelajar miskin. Kalau tak hantar angkasawan, buku itu akan menjadi bosan, dan tidak dibaca. Tapi kalau kita hantar angkasawan, buku itu akan menarik minat peajar untuk membacanya. Apatah lagi dengan adanya gigi Dr Faiz dan Sheikh Muzafar yang cantik itu?
RM 95 juta itu boleh membuatkan gigi Rakyat Malaysia cantik, apa salahnya? Gantikan Kempen "Taknak" yang tak berjaya itu dengan kempen
"Kalau Tak Gosok Gigi, Jangan Mimpi Hendak Jadi Angkasawan".
Program Angkasawan yang Membazir?
10/09/2007 03:40:00 PG | Angkasawan, Dr Faiz, F18, F22, Gigi, Pertahanan, pugachev cobra, Sheikh Muzafar, su-30, sukhoi, Taknak, vectoring thrustBerpusing!!!!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
this is interesting.
worth not sleeping to wait for it being published.
anyway sekali lagi, it depends mcmana iu ini nak dimainkan.
personally, saya regret tak cuba lari masa saringan pertama itu.
at least sdaya boleh masuk dl, statistik 50% yg lari jika tidak dipilih pun.
oh, saya akan gosokkan gigi umar dan hamzah lebih kerap.
mana tahu gambar ini boleh jadi betul-betul
Sembilan puluh lima juta rugi bukan kerana ia digunakan untuk projek angkasawan tetapi kerana ia bergerak atas dasar yang kronik sakitnya menghinggapi banyak keputusan keputusan eksekutif. Saya juga rakyat Malaysia yang sedia menyahut seruan kerajaan menjayakan negara tetapi saya membantah dan terus sakit hati dengan cara pelaksanaan setiap projek projek besar. Apa sistem yang kita pakai yang negara Jepun, Korea tak pakai agaknya?
baik bg aku wat loan study..
sambung Master..
x dpt2..
kempunan nak sambung :(
aku bukan nak bejuta2 pon..
eiii geram nih!
:P
saya gosok gigi,
jd sy boleh la jadi angkasawan
kan kan kan
sebol!!!!
malunya guna gambar tu.....~~~~
await la hang x amik gmbaq sheikh yg duk atas kusi tu ka. or gmbaq2 lain ka. huhu.
sy suka the way u explain it mathematically. it is well explained! kadang2 sy rasa penat mcm mana nk terangkan kpd certain malaysians yg (a lot actly) yg tak paha2, yg tak reti bahasa, yg cakap guna emosi hati tp bukan ilmu, yg condemn this program. tp kita tak boleh nak expect sume org are on the same thinking line as us (boleh je kalau semua fikir rasional, fikir abt the future). Terasa mcm nk promote entry kali ni kt satu blog ni yg skrg tgh hangat katakan 'taknak' utk program ni.
kalau nak cakap psl why not bg pd yg nak smbung belaja ke duit tu etc2, eh eh, tau plak kita nak minta utk kegunaan peribadi ye. mmg agaknye org melayu kita mcm tu kot. tunggu dibelai ditatang baru boleh bergerak. kalau nak bergerak sendiri guna duit sendiri, susahla jawabnya. so many excuses can be heard.
haa.. pedasnya sy kali ni.. i dun care! :p
xsangka lu pernah minta jadi angkasawan...kata2 ko ni ada betulnya...hehe
Aku pernah dengar ceramah Anwar Ibrahim, dia mengatakan setiap pembelian Kapal Selam atau Pesawat Sukhoi sudah ada syarikat dua sen (Razak Baginda salah sorang daripadanya) yang melobi harga
bila claim kat kerajaan dah jadi harga lain ratus2 juta..puluh puluh billion
aku tak jamin la kalau maklumat yang aku dengar betul, maaf yek kalau silap
@wawa
Ganti balik Rm 95 juta tu
heheh
@rastom
Memang soal perlaksanaan sering dipersoalkan, bukannya program angkasawan.
Banyak juga program lain peruntukan lain yang berselindung atas nama "penyelenggaraan" yang membazir. Tapi oleh kerana ia di anggap perlu, maka orang tak condemn sangat.
tanam pokok, cabut balik, buat jalan, turap balik korek balik dll.
@ziana
Tu boleh ambil dari peruntukan kementerian pendidikan yang sering digunakan untuk percantikkan pagar sekolah.
@viruspadu
gigi cantik tu minimum requirement, belum tentu boleh jadi angkasawan lagi.
hehe
@sarah m shukor
Aku nak buktikan yg ko pun boleh jadi angkasawan berdasarkan gigi yang cantik.
@chot
bukan ke ramai lagi yg apply online masa tu? ko tak apply sekali ke?
@rjuna
dengar-dengar begitulah, tapi pasal saya takde bukti, saya tak berani nak cakap.
Malaysia beli Sukhoi USD 50 Juta sebuah
India Beli USD 45 Juta sebuah.
Tapi India beli banyak, Malaysia beli sikit.
Nak customize untuk 18 buah sahaja, memang kos akan meningkat.
India ada ratusan sukhoi su 30 MKI
siap dah jual pun sukhoi versi lama yang dia ada 2nd hand.
Malaysia patut jual sahaja pesawat lama ke negara miskin dan beli lebih Su 30. Sebelum ia berkarat.
Walaubagaimanapun, kalau beli F18,F22, orang tertentu boleh dapat lebih banyak kerana harganya lebih mahal.
Mana lebih baik?
Orang kebas duit, tapi keselamatan kita kuat berbanding kebas duit sampai keselamatan kita tergadai?
Sad to say I'm not 'bangga' a (maybe 2, cos ada standby) Malaysian going into space. Saya pun tak tahu kenapa, mengapa?
Perlu gigi cantik jadi angkasawan? Like dat saya tak layak la:(
Selamat Hari Raya Sebol!
nice one...really nice
aku suka benda nie ko tulis dgn teliti
tanpa perlu nak jadi jurutera angkasa pun untk faham
semua boleh faham
sapa2 yg buat-buat tak faham tue mmg jenis bagi apa pun diaorg tetap taknak faham
abaikan aja
aduh kasihan. berbelanja dan berbelanja lagi.
saya sokong bro sebol 1000% dalam hal ni... memang langsung x membazir. org yang kata membazir, maybe x tau ape2 kot pasal program ni. lagipon, us xkan jual f22 kat mesia.. percayalah... sukhoi su30 ni memang setaraf ngan f22...
kempen yg seswai utk budak2 millenium sekarang. ;)
selamat hari raya!
Banyak study nampaknya tuan punya blog ni. Good info.
Salam Aidilfitri untuk kali keberapa ntah le hahahaa.. jaga diri lek lok.. teman nak balek kampong esok sudaaa hauhauaha..
p/s: Alhamdulillah, berlepas sudah angkasawan kita.. moga kembali dengan selamat..
budget ker wat ever biaq laa..one day bila cucu combi tanya rase gak bangga nk sebut nama angkasawan mesia..asik dok sebut yuri gagarin jer..jemu dah!! sheikh & faiz will be the legend..
~umar & hamzah da next..sape tau?
~my boy pun berangan gak nk nek kapal tue! :P
semalam YDP Agong tersasol sebut Dr tu Datok. mmg kompem dpt la lepas nih, agong nak bagi.
Mlm tadi ada disebut syarat minima nak masuk sekurangnya Degree in Science. patut la aku rasa berat je nak klik submit lepas isi borang tu.
Salam,
Rasanya inilah masa untuk kita berimpian sepertimana masyarakat yang tinggal di negara maju seperti Amerika dan Rusia.
Generasi angkasawan US dan Rusia hari ini adalah kesan dari semanagat juang angkasawan mereka yang lalu.
Bayangkan, kemajuan teknologi sains angkasa mereka berkembang kerana semangat persaingan dalam peperangan dingin 50 tahun yang lalu. Mereka berlumba-lumba untuk menguasai ILMU.
Macam encah_syed tulis, takkan kita asyik nak puja angkasawan luar sahaja. Tiba masanya kita berbangga punya angakasawan sendiri. Untungnya, beliau seorang yang berilmu dan muslim yang baik (atas usahanya untuk melaksanakan ibadah solat dan puasa diangkasa).
Saya juga pembayar cukai. Bagi bahagian saya, InsyaAllah saya halalkan untuk program ini. Semoga ada keberkatan dalam perjuangan saudara seIslam saya.
p/s: nampaknya saudara nie sangat berilmu dalam Matematik! Kenapa tak gunakannya untuk membangunkan Ummah! Salam Aidil Fitri, Maaf Zahir dan batin.
Selamat Hari Raya :)
Assalamualaikum...
alhamdulillah, angkasawan dah berlepas dah... tapi apsal pahat masih berbunyi?
saudara yang kat atas mesti suka sangat wat kiraan matematik... knapa nak kutuk negara sendiri? daripada kutuk negara sendiri, baik saudara wat calculation berapa banyak dah saudara kita kat palestin dan afghanistan dah syahid akibat perbuatan yahudi dan nasrani. dan mesti lepas ni akan bangkit isu kenapa kita perlu bekerjasama dengan orang yang nak menjahanamkan orang muslim. sebab dalam hadis nabi sendiri ada menyebut kita hendaklah mempelajari ilmu musuh. dan jika mereka menawarkan kebaikan jangan kita tolak.
tentang gigi cantik tu, sebab allah dah bagi diorang nikmat tu, kenapa perlu nak pertikai? dah allah takdirkan diorang yang bergigi cantik yang jadi angkasawan malaysia, apa yang tak puas hati lagi? nak melawan ketentuan ilahi ke? habis tu? knapa tak tanya misha omar apsal gigi dia jogang pon boleh jadi artis?
X terfikir ke, semakin banyak senjata kita, semakin banyak kita akan dicurigai. memanglah untuk pertahanan, tapi kita kan ada negara lain yang banyak boleh membantu.. walaupun kita terfikir nak beli pesawat dari us, tapi apa gunanya kalau kita guna pesawat diorang balik untuk hentam diorang? mesti la diorang dah ada senjata lagi baik masa tu.
sebab duit tu, diorang tak ambil dari dana pendididkan atau apa2 yang berkaitan dengan kebajikan rakyat. itu memang duit dari kementerian teknologi dan inovasi. memang kerajaan dah peruntukkan duit sebanyak tu untuk kementerian wat projek.
ada kakak kat atas tu yang selfish sangat. dia kata baik bagi duit tu untuk dia wat master. nak bandingkan faedah dia dapat wat master dengan kesan yang kita dapat bila dr. muzafar balik, mana lagi banyak. kajian yang beliau buat kat atas sana boleh menyelamatkan nyawa beribu-ribu orang yang kena kanser tulang dan menyelamatkan duit pelaburan negara berjuta-juta ringgit untuk import enzim dari luar. dan menyediakan beribu-ribu pekerjaan untuk lulusan bidang biotek, medic, biomolecule dan lain-lain. fikiran tu jangan la sempit sangat, cuba la buka mat tu sikit.
macam saudara amir azmi cakap, asyik nak agung-agungkan yang luar. nagara sendiri sampai bila pun takde standard. lepas tu dalam kad penganalan tulis warganegara malaysia. klu dah negara lain lagi bes, pegi la duduk kat afghan ke. palestin ke. lepas tu baru nak sedar nak bersyukur dok kat malaysia. boleh la mati syahid kat sana. terampun la sikit dosa tu..
walaupun saya budak sekolah lagi, tapi jangan la ambil mudah pendapat yang saya bagi. sebab kita tak boleh melihat siapa yang bagi penadapat, tapi apa yang diberi...
jenuh aku nak jawap komen :)
@Nessa
saya tak berapa suka guna perkataan bangga. Kerana ini hanya usaha yang minimal yang membolehkan kita pergi lebih jauh. Belum boleh bangga lagi.
@Wira Nordin
Teliti ke?
OK la, berbanding posting sebelujm ni, tulis bagai nak rak, ramai tak faham :)
@Hannan
takde la tak membair langsung, ada juga pembaziran. sebagai contoh jamuan khas untuk PM masa nka tengok acara pelancaran tu kira membazir la juga. Tapi itu apalah salah guna sedikit untuk makan-makan.
@sayda
gigi umar tak cantik macam angkasawan
@edyra
blog kau pun informatif juga
@echah
Saya melihat benda ni lebih manfaat pada kanak2 berbanding org dewasa.
@RAzi / NSX
Tu yg aku tak puas hati. kalau memang nak degree berkaitan sains, cakap la awal2.
Apa salahnya kalau dia kasi peluang pada bukan pemegang degree sains, tapi kasi la ujian sains yang susah-susah. jadi kalau kita tak terpilih kerana gagal jawap. sendiri punya salah.
Kalau dia dapat datuk, atau tidak, tak kisah lah. tak perlu salahkan budaya mudah dapat datuk pula.
Bukan sheikh muzafar & dr faiz beli gelaran 'datuk' pun
@Amir Azmi
Sebenarnya memang ada perlumbaan senjata di peringkat asia tenggara :)
Singapura beli Apache, kita beli sukhoi.
@Adik Anonymous yang masih bersekolah
terima kasih kerana mengulas dengan panjang lebar.
Tapi kenapa adik membaca tulisan saya itu seolah2 saya yang menentang program angkasawan ini?
berbisa sungguh adik condemn akak 'ziana' :)
aku rasa adik anonymous tu tak faham penggunaan bahasa kau, yelah .. nama pun adik sekolah, masih belajar. ataupun sistem pembelajaran yang diikuti nya sekarag terlalu serius sehingga dia terlupa antara yang mana lawak dan yang mana fakta. maaf kan ajelah dia :)
Selamat Hari Raya!
selepas membaca entri ini, saya dengan bangganya mahu memberitahu seluruh pembaca blog ini:
penulis blog ini adalah adik kandung saya!
kepada Anonymous: tahniah! anda mungkin lebih bijak daripada anak saya!
kalau beli kat rusia ni kita ader duit byk ni .. byk ni la kita dapat... n kita akan dapat aper yg kita nak dgn duit yg ada. kalau kalau beli kt us lagi la.. kita xkan dapat samer aper yg dia orang ader.. katakan kau beli satu jet pejuang yg sama cm us guna tp sure nanti spec + tech dia berbeza.. dia akan downgrade kan.. maner kau nak...
lagi satu lepas ni aku harap ader la.. engineer yg dapat joing program angkasawan ni nanti.. at least satu masa nanti kita akan ader crew di ISS... doctor in engineering boleh la.. jgn hantar doctor perubatan.. dia orang cuma akan jadi peserta/pelancong jer.. come on engineer malaysia
slmt ari raya...
sy nk minx izin utk copy dis article bleh x? plz...cuma fakta2 yg memeningkan kepala 2 je... biasa la, sy bdk sek lg, ssh sket nk fhm fakta2 yg agk complicated tu...
minx halal ye... ;)
p/s-klu gigi jongang, x dpt jd angkasawan ke? confirm la adik sy x dpt, hehe...
@anonymous
OK diluluskan
program angkasawan yang paling membazir pernah dilaksanakan. teruskan sabol dengan maklumat anda.
@Anonymous
ramai betul talibarut Amerika yang tak berpuas hati dengan Malaysia yang tak membeli F-18 Hornetnya
yang kater baik bagi wet tuh utk die sambunga master...nanti awak dapat master...nak ke bangunkan negara majukan negara???..entah2 dapat keje lagi lumayan tinggalkan mesia..tapi nak kutuk2 mesia membazir....kepade sumer yang masih n sentiasa belaajr...mariler kite same2 bangunkan mesia...kalau tak kite takkan nak suh bukan warganegara mesia yang bangunkan...nanti akan jelas menunjukkan yang orang mesia nih tader kemahiran...dan lagi satu...skang nih dengan adenye angkasawan mesia...adelah idola baru bagi pelajar2 kite taderla dorang memilih siti nurhaliza ke britney spears ke sebagai idola dorang.. kan ke baguih tuh?? nih pendapat jer...tak semstinya kena terime...huhuhuh
India ade rocket takleh naik, china pun sama, okie pe... kita orang asia first naik kan?. Lagi satu, korang ingat US baik sgt nak jual f-22? hahahah, F-15 pun kemut, Lagi pun Su30 MKM flanker lebih baik dari Lwn paling dekat dia F-15E Strike Eagle kan? Super Hornet pun bukan bagus sgt. Skang patut beli helicopter gunship. err...balik pada karangan kat atas hehehe. Membazir? Tidak rasanya. Baik bantu orang miskin? sentiasa rasanya. Tak semestinya kita kene focus satu bab je kan? kalau tak tak yah bebanyak menteri le. Macam orang kata negara dia aman tapi orang tetap mati eksiden,kene bunuh etc. bende mcm kemiskinan atau gigi yang indah tersegam atau tidak dah lumrah. Menangani lumrah yang tak habis atau mengecapi suatu yang baru.... pilih.. Kalau nak kata lebih baik derma, memang betul,tapi mcm ada yang tak kena la dgn ayat tu..... pesal, kengkadang nak maju di suatu tempat ,perngorbanan kat tempat lain kena ade. U cant have everything.. Pasal tak bangga orang kita naik, well.... err.... biasa la tu. "Merdeka pun orang dah tak rasa, inikan orang melayu ke angkasa." Sorry kalau ada tersinggung mahupun terkeciput,ini pandangan seorang rakyat je.... ampun dan maaf. Idola? ya.... yang pasti Malaysia sudah ke angkasa, kene start gak kan? kali pertama tak semestinya ok.
x paham dgn kata2 ni...."Kalau Tak Gosok Gigi, Jangan Mimpi Hendak Jadi Angkasawan" apa maknanya???