Alamat blog

Pada tahun 2003 dahulu, setelah pembelian sukhoi dimeterai, Satu pemilihan Calon Angkasawan Negara telah dilakukan untuk memilih 'Angkasawan'. Maka seramai 11,250 orang telah memohon sebagai calon Angkasawan Malaysia.



Semua 11,250 orang pemohon itu tahu yang akan kita hanya akan menumpang Kapal Angkasa Rusia.
Antara 11,250 orang itu, yang terpilih sebagai angkasawan ialah Dr Faiz dan Sheikh Muzafar.

Pada borang DalamTalian ketika itu tidak pula dinyatakan yang pemohon hanya dapat jadi 'Peserta Penerbangan Angkasa' yang ada hanya 'angkasawan'.

Namun bila hari berlepas kian hampir, 'Angkasawan' terpilih itu dilabel sebagai 'Peserta Penerbangan Angkasa' oleh NASA, Agensi Angkasa Lepas Amerika yang tersohor itu.

Disebabkan label yang diberikan, maka ramai orang mempersoalkan kenapa ia hanya 'Spaceflight Participant'. Termasuklah pemblog tersohor ini dan yang ini.

Walaubagaimanapun, pembangkang tersohor tidak pula mempersoalkan tentang label Peserta Penerbangan Angkasa yang diberikan oleh NASA itu, hanya mengingatkan tentang perlunya langkah tambahan untuk memajukan Sains dan Teknologi supaya tidak menjadi seperti Arab Saudi yang lama dulu pergi ke angkasa lepas tetapi tiada kemajuan.

Berbanding dengan Arab Saudi, yang pergi itu ialah putera raja, tetapi di Malaysia pemilihan dilakukan secara terbuka 6 tahunyang lalu.

Jadi, Adakah Sheikh Muzafar ditipu oleh kerajaan Malaysia kerana pemohon dijanjikan untuk jadi 'Angkasawan', tapi hanya boleh jadi Peserta Penerbangan Angkasa ?

Adakah 11250 orang lagi pemohon juga telah ditipu oleh Kerajaan Malaysia?



Dari mana datangnya istilah 'Angkasawan' kalau tiada penutur B.M yang pernah pergi ke Angkasa Lepas?
hehe

Kita tak pernah ada program angkasa sebelum ini, bagaimana kita nak bezakan 'angkasawan' dengan 'peserta penerbangan angkasa'? Yang ada hanyalah kalau ke angkasa lepas di panggil 'Angkasawan'.

Mungkin kalau kita ada prohram angkasa yang maju, mungkin kita boleh ada banyak istilah.

'Angkasawan'- Istilah umum

'Rempit Angkasa' - Untuk yang suka merempit di angkasa lepas. Suka wili kapal angkasanya. mengubahsuai kapal angkasanya menjadi lebih bising.

'Penumpang Angkasa' - yang menumpang sahaja

'Penyelidik Angkasa' - yang menumpang sambil buat kajian.

'Juru Tiket Angkasa' - orang yang jaga tiket feri angkasa ulang alik dari marikh ke bumi.

'Angkasawan Haram' - Orang yang pergi ke marikh tanpa permit.

'Peramu Angkasa Melampau' - Orang yang menyediakan makanan minuman kepada 'penumpang angkasa' tapi melalukan aksi lucah setibanya di Marikh.

'Pencuri Angkasa' - Orang yang mencuri kepingan beli kapal angkasa orang lain supaya dijual di pasaran gelap di Marikh.

'Penyeludup Angkasa' - Orang yang menyeludup air dari bumi untuk dijual di marikh dengan harga lebih tinggi tanpa mengistiharkan air yang dibawanya.

'Subsidi Minyak Angkasa' - Subsidi yang diberikan supaya harga minyak kapal angkasa supaya harganya lebih murah.

'Penyeludup minyak angkasa' - Orang yang menyeludup minyak angkasa bersubsidi untuk dijual ke Thailand.

'Monyet Angkasa' - Penulis blog yang menulis blog dari angkasa lepas, gelaran diberikan oleh ahli politik bumi.

'Angkamewee' - Gelaran Penyanyi Rap Marikh yang masih belum balik ke bumi.

'Belanjawan' - Istilah bahasa melayu bagi 'Budget' yang digunakan di Marikh kerana ianya diharamkan dari digunakan di bumi.

'Kujie3' - Spesis Pokok Vanilla yang tumbuh melata di marikh.

"Astrokenot / cosmokenot' - Istilah yang dicipta cry4freedom. Entah apa maksudnya


Istilah di atas adalah rekaan semata-mata, ianya tak wujud kalau tiada program angkasa yang berjaya.
Memang banyak istilah yang boleh dibangunkan kalau Penerokaan Angkasa adalah perkara biasa.

Tetapi buat masa ini, istilah Angkasawan digunakan untuk sesiapa sahaja yang pergi keluar dari Atmosfere bumil, Tak kiralah samada dia penyedulup, atau penumpang, atau penyanyi rap atau penulis blog.




Berpusing!!!!!!

11 komen

  1. Tanpa Nama // 14 Oktober 2007 pada 10:05 PTG  

    good entri.

    jom kita ke angkasa... boleh gak jadi `angkasawan' atau `monyet angkasa...' hhaahahaha

    selamat hari raya dan maaf zahir batin

  2. pinksterz // 15 Oktober 2007 pada 12:24 PG  

    wahahahahahaa!

    rempit angkasa! LOL!!!!!!!!

    OMG this post really had me in my laughin tears!

  3. Tanpa Nama // 15 Oktober 2007 pada 1:16 PG  

    ngeh4... banyak punya istilah. nampak menarik pro dan kontranya. memang ada bezanya penyertaan dan nobat sebagai angkasawan. nak pergi ke angkasa lepas tu ingat guna duit sen-sen aje?

    nak uruskan program penyertaan angkasa itu sendiri dah banyak makan belanja sakan. takkan nak bawak bekal sendiri kot?

    takpe laa sekurang2nya ada potensi untuk memajukan malaysia untuk pergi ke angkasa. menda nih risikonya terrrrrrrlalu tinggi dengan belanja yang banyak dan penyelidikan dan juga tugasan yang telah dilalui oleh mereka yang menjadi peserta dalam program penyertaan angkasawan tersebut...

    kalo tidak dinamakan sebagai penyertaan siapa lagi yang nak mewakili rakyat malaysia?

    negar lain di asia tenggra dah tentunya berminat jugak untuk ke angkasa lepas... biarpun takleh nak merempit ke angkasa lepas... hahahahaaaa...

  4. Ikhwan Hayat // 16 Oktober 2007 pada 8:42 PG  

    Ko terlupa satu lagi..
    Polis Angkasa Gaban

  5. Tanpa Nama // 17 Oktober 2007 pada 7:29 PG  

    saiyaman angkasa satu lagi...

  6. Tanpa Nama // 18 Oktober 2007 pada 8:50 PTG  

    memang sah bangang si penulis blogger nih. ngko better apply green card untuk jadi citizenship amerika la bai. takder bezanyer, pasai ngko sendrik pun sokong statement dari nasa tanpa ader rasa perasaan patriotik kat negara sendrik kan? then better pi apply green card for usa citizenship la ;-)

  7. Hasbullah Pit // 19 Oktober 2007 pada 1:12 PG  

    @anonymous

    Saya yang bangang atau orang lain yang bangang?

    Saya menulis mengatakan jeff ooi tu yang terpengaruh dengan NASA.

    Tapi saudara/i kata saya pula terpengaruh dengan NASA.

    Ini adik anonymous yang masih bersekolah tu kah?

    Daftar 1 akaun 'blogger la senang, saya confuse antara beberapa anonymous.

  8. Tanpa Nama // 19 Oktober 2007 pada 10:06 PTG  

    Eh..tergelak besar dibuatnya...lain dibaca lain tulis, lain yang kena condemn. Kesian. Penat sungguh buat blog kalau begini. Terasa macam nak apply green card pula.Sehebat hebat patriotik si sebol kena godam juga. Inilah Malaysia!

  9. Tanpa Nama // 22 Oktober 2007 pada 4:42 PTG  

    Sebenarnya seorang rakyat Afghanistan sudah pun 19 tahun terlebih dahulu ke angkasa lepas sebelum rakyat Malaysia ke sana dan dianggap sebagai Cosmonauts. Rujuk di sini http://www.afghan-network.net/Culture/afghanastronaut.htm

  10. Orked // 24 Oktober 2007 pada 2:58 PTG  

    oooooooo...kakjie sibuk kat ISS jadi makcik cleaner , ko dok buat entry pasal istilah pula... hehe vanilla pula tu...sejak balik bercuti..hari ni la ada masa lapang..nak jenguk2..merayau

  11. Tanpa Nama // 26 Oktober 2007 pada 12:06 PTG  

    kau ni super klakar la sebol!!!! kuikuikui...aku pun teringin nak suruh rakyat malaysia bayar utk aku pegi main yoyo kat angkasa...kuikuikui