Khairy Jamaludin adalah seorang ahli Politik yang cukup opportunis, adakalanya dia terlalu opportunis sehinga melampau sehingga menghijack acara orang lain untuk tujuan politiknya.
Suka hati dia lah.
Isu subsidi minyak memang menjadi isu negara sejak lebih kurang 5 tahun kebelakangan ini. Apabila wujudnya subsidi maka, ramai juga yang suka menyeludup disel ke Negara Jiran. Dengan harga semasa yang begitu tinggi, ianya pasti berlaku walaupun tidak kedengaran berita tentang Tangkapan Penyeludup.
Setelah beberapa berkecimpung dalam politik, akhirnya KJ bersuara tentang Subsidi minyak, walaupun pada perkiraan saya, ia adalah amat-amat terlewat.
Namun sekiranya dia tidak menyuarakan , mungkin Pak Lah akan terus tidur.
Ianya memang terlewat. 3, 4 tahun lepas ketika harga minyak dunia tidak terlalu tinggi macam hari ini, maka ketika itu sesuai untuk mengapungkan harga minyak.
Sudahlah kita terlalu lewat untuk melepaskan tambatan ringgit terhadap USD, apungkan harga minyak pun terlewat.
Kedengaran juga Najib berkata tentang mencari formula baru untuk subsidi minyak. Dulu kedengaran suara Najib juga menyerankan blog dipantau sehingga nama blog ini menjadi " Blog Tak Berdaftar Yang Perlu Dipantau"
Kenapa tak pantau?
Bukankah formula itu berada di sini?
Perkara pokok di sini ialah kita perlu meningkatkan nilai ringgit ke tahap suatu ketika dahulu. Lebih kurang RM 2.50 == 1 USD. Maka selepas itu barulah distabilkan nilai ringgit.
Kalau tak cukup formula, saya tambah lagi 1 formula.
Formula Subsidi minyak sebol
setelah nilai ringgit mengukuh berbanding dollar DAN matawang asing lain, dan diikat sedikit dengan emas (20%), maka dijangkakan, sekiranya harga minyak dunia naik lagi (dan Emas juga naik), ringgit kita akan turut meningkat, dan seterusnya harga minyak semasa bagi orang malaysia, tidak begitu meningkat.
Kemudian, kita tiru Indonesia sedikit dengan membuat petrol 2 gred. Satu harga tanpa subsidi, satu lagi harga dengan subsidi.
sebagai contoh, RON 92 bersubsidi, RON 97 tanpa subsidi.
ATAU
bunuh RON 92,
dan jadikan RON 95 bersubsidi dan RON 98 tanpa subsidi.
Minyak RON 95 bersubsidi itu juga boleh dihadkan penjualannya.
20 liter sehari, 30 liter sehari.
Maka sekurang-kurangnya , orang kaya yang ingin bergaya dengan Mercedesnya boleh terus tuang penuh RON 98 tanpa subsidi.
Apabila Ringgit mengukuh dan terus mengukuh (kalau Ringgit ditambat sedikit dengan emas), minyak RON 95 yang bersubsidi itu boleh dihapuskan subsidinya dan ketika itu Rakyat mampu membelinya.
Sementara Harga NGV masih rendah, maka Apungkanlah harganya sekarang.
Jangan tunggu bila dah terlewat baru mula nak "mencari formula"?
Formula Rombakan Subsidi Minyak
11/10/2007 08:02:00 PG | Ekonomi, emas, Khairy, Minyak, NGV, Pak Lah, politikBerpusing!!!!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
berani ke kerajaan naikkan hara minyak sebelum PRU?
cadangan nie nampak praktikal. dgn cara nie, yg kaya indirectly akan membantu yg tak sederhana & miskin..
Wargh, syabas saudara sebol..Inilah kaedah yang sebenarnye, sbb bukan aper, dah banyak sangat orang menhentam kerajaan tapi tak bagi reason ngn penyelasaian pun..Kite gak yg pening mane satu parti yg betul,klau sumer nak bersubsidi pun tak elok gak untuk ekonomi..Saye agak bersetuju dengan cadangan formula saudara tentang minyak tuh,terutama dalam bab pengapungan ringgit..Tapi mungkin faktor kawalan inflasi menyebabkan bank negare lebih berhati-hati dalam mengambil tindakan, saye pun tak pasti..
Saye yakin,goverment sedar PRU semakin hampir,lgpun goverment dah pun membuat perbelanjaan besar tahun ini(belah2 kelantan)..saye harap sekiranya harga minyak naik tahun depan,dapat dimbangi dengan pengurangan tax,kadar tol dan sbgnyer..
ok jugak cadangan itu tapi bagi aku lah. aku cadangkan kerjaan bagi pemasangan NGV secara percuma dengan pendahuluan modal dan NGV di naikkan 20 sen - 30 sen. margin keuntungan 20sen - 30sen digunakan untuk pusingan modal dan memperbanyakkan setesen NGV di seluruh negara. Untuk mengelakkan org ramai memasang secara mendadak. buat sistem khota. cth 100 kenderaan sebulan. kalau dilaksanakan boleh lah harga petrol dijual tanpa subsidi.