Alamat blog

TV LCD 32" yang menggiurkan

11/03/2007 12:08:00 PG | ,

Memang menggiurkan bila melihat TV LCD 32" yang kelihatan sekarang banyak dikedai elektrik, Harganya ada yang serendah RM 26xx hingga ke RM 3xxxx.



Akan tetapi, TV LCD itu ialah skrin lebar, iaitu mempunyai nisbah 16:9, berbanding dengan TV CRT biasa yang kebanyakkannya 4:3.

Untuk makluman, siaran TV tempatan seperti percuma atau berbayar adalah dalam bentuk 4:3. Saya tidak pasti samada wujudnya perancangan untuk menukar nisbah siaran tv tempatan ke 16:9 atau tidak.

Secara kasar, TV 32" adalah kelihatan lebih besar dari TV 29".
Tunggu seminit ya,




Di dapati bahawa ketinggian skrin pada TV 29" 4:3 adalah hampir 2 inci lebih dari ketinggian skrin TV 32" 16:9.

Walaupun TV 32" 16:9, lebih lebar dari TV 29" 4:3 sebanyak hampir 4 inci, ianya amat tidak sesuai untuk menonton siaran TV tempatan, kerana gambar akan mengembang jika skrin penuh. Jadi untuk dapatkan gambar yang cantik, pengguna TV 32" itu perlu menetapkan nisbah aspek kepada 4:3, dan ia kan menjadikan lebar skrin yang dipaparkan hanya 20 inci (ada hitam kiri kanan).

Kalau dikira semula, hanya saiz sebesar TV 26" sahaja yang dipaparkan.

Faktor lain, TV LCD 32" itu kebanyakkannya berresolusi 1366×768, ianya tidak mencapai tahap 1080p. Akan tetapi ia mencukupi bagi memainkan DVD biasa. Manalah tau kalau anda teringinkan bluray atau HD DVD.

Kesimpulannya, Jangan terburu-buru membeli TV LCD 32" walaupun ia menggiurkan.

Mungkin suatu hari nanti, dalam tempoh kurang dari 3 tahun, harganya akan turun sehingga RM 15xx. atau rendah lagi. Kerana, ia adalah saiz yang paling popular bagi TV LCD. Ingat lagi TV 29" CRT skrin rata pun pada harga sebegitu 3,4 tahun lepas.




Berpusing!!!!!!

7 komen

  1. sd. // 3 November 2007 pada 5:01 PTG  

    ha ha.

    calculus.

    adeih.sakit pale!

  2. sherrina // 4 November 2007 pada 8:48 PTG  

    errr....teorem phantagoras. Dasyat!!
    p/s: tak minat untuk invest 3K hanya sekadar sebuah tv..

  3. Tanpa Nama // 4 November 2007 pada 10:47 PTG  

    errr

    teorem phytogoras tu sebahagian dari calculus ke?
    ye kot.

    sherinna:

    invest 1.5k, kasi beranak, lepastu baru beli tv, bila dia murah nanti

  4. RAZi // 8 November 2007 pada 8:22 PG  

    last month pon aku gi carik info pasal LCDTV, DVB-T, PlayTV, PS3, HDTV.

    kesimpulan ko tu mmg betul la, kalau setakat nak tengok TV mmg rugi la, lagi2 tengok astro. kualiti video astro tak seberapa, lagi cantik tengok guna CRT. lagi besar saiz LCD lagi sakit hati tengok kualiti video astro ni.

    cuba ko masukkan saiz iklan yg biasanya ada kat TV free tu. agak2 berapa inci je yg tinggal.

    Utk dapatkan LCDTV yg menyokong FullHD mmg tak terlayan la harganya.

    * FullHD = 1080p
    >= WUXGA
    >= 2.3MP

    kesimpulannya,
    PS3 + Dell 24"/27" + GT5 = hehehe

  5. Hasbullah Pit // 8 November 2007 pada 11:21 PG  

    PS3 punya Video output guna apa?
    ada DVI?

    dell ada keluarkan monitor wide 30"

    menggiurkan juga.

    apple pun ada

  6. Nessa // 8 November 2007 pada 11:41 PG  

    Aisey man... kira-kira bukan main hebat lagi! Saya tak paham langsung:(

    I tak mampu nak beli TV LCD 32", apa lagi Plasma TV!

  7. Hasbullah Pit // 8 November 2007 pada 11:49 PG  

    @Nessa

    yang penting ialah, perenggan terakhir.

    apabila TV sekarang rosak selepas 3 tahun,ketika itu LCD TV 32" akan jadi murah.

    dan Anda Mampu mengubahnya