Alamat blog

Petang tadi, saya ternampak 2 buah Proton BLM ketika dalam ujian lalu Merlimau.
Terus saya mengakluarkan k800iku untuk mengkap gambar Proton BLM itu.


Oleh kerana kereta saya arah bertentangan, saya membuat pusingan U dan bertekat untuk mengejar Proton BLM yang kool itu. Mereka telah melepasi lampu trafik, dan saya ketinggalan jauh.

Selepas lampu hijau, saya memecut, untuk merapati mereka.
Terdapat 1 Proton Persona yang sentiasa berada dibelakang Proton BLM itu supaya tidak diekori.


Namun, terdapat Traktor dihadapan dam membuatkan mereka perlahan, terus saya memotong Proton Persona Ujian itu untuk mendapatkan gambar Proton BLM dalam Ujian
Kemudian kedua-dua BLM itu memotong Traktor itu.

Sampai di Sungai Rambai, ada lampu trafik, saya lalu disebelah kiri untuk menangkap gambar yang pandangan sisi.




Seronok juga umpama guna iPhone ketika iPhone belum keluar.


Bijak juga mereka menggunakan jalan yang tidak popular untuk menguji Proton BLM.
Untuk sesiapa yang belum tahu, Proton BLM adalah Model yang menggantikan Saga.


Rujukan lain:--> Topik Prtoton BLM di Bincang.net




Berpusing!!!!!!

11 komen

  1. sherrina // 10 Disember 2007 pada 10:59 PTG  

    mcm Waja atau Gen2 aje...

  2. Tanpa Nama // 10 Disember 2007 pada 11:33 PTG  

    baru pagi tadi aku bebual ngan salesman proton kate ada model baru ganti iswara nak kuar tahun depan...tengah test drive rupanya kat jalan Merlimau-Muar rupanya..

    aku rasa proton patut kuar model MPV dulu sebab trend skang orang suka MPV..tengok avanza,innova,stream,wish ramai tu dah pakai...

    mungkin kalau proton kuar MPV bole meletup...syarikat GLC tu...kerajaan juga senang... :D

  3. Hasbullah Pit // 11 Disember 2007 pada 12:11 PG  

    @sherrina

    rasa dah banyak kali tengok gambar testing tu, kerana itu saya boleh mengenalpasti proton BLM dari jauh dan sempat mengejarnya.

    ni gambar yang orang lain tangkap
    http://www.bidayuh.info/ftopic9344-0-asc-0.html

  4. Hasbullah Pit // 11 Disember 2007 pada 12:13 PG  

    @kumbang

    rasanya 8 januari.
    penduduk Malaysia lebih memerlukan kerata besar yang murah, BLM jawapnnya.

    kalau MPV atau SUV, mungkin mahal.

    proton ketika ini perlukan "Quick Money", untuk bangunkan model lebih baik.

  5. vangardx // 11 Disember 2007 pada 12:58 PG  

    knp letak benda2 hitam tu ek..mesti ada benda tu..ap tujuan benda itam tu?

  6. Hasbullah Pit // 11 Disember 2007 pada 1:44 PG  

    @vandgarx

    benda2 hitam tu nampak macam kotak yang diselotep, supaya rupa paras sebenar tak kelihatan.

  7. Tanpa Nama // 11 Disember 2007 pada 1:51 PG  

    biasalah cover, kang tak suprise la, tapi kat malaysia ni dah takleh sorok, semua orang ada henfon kamera

    buruk je kereta tu aku tengok hehe

  8. SisHoney // 11 Disember 2007 pada 8:53 PG  

    wah sanggup ek ko mengehar sebol..nampak macam xlawa...tapi the real xtau la kan..erm murah ke harga die

  9. juhair // 13 Disember 2007 pada 2:49 PTG  

    iayah .. ingatkan salah masuk blog paultan tadi .. hehe

  10. Tanpa Nama // 13 Disember 2007 pada 5:36 PTG  

    nak tempah sebijik laa...

  11. Afham // 13 Disember 2007 pada 11:43 PTG  

    kamera yang pro la ko sebol!!