Alamat blog

Dalam minggu lepas, kecoh tentang berita Faizal tahir yang membuka baju secara langsung dalam persembahan di Saluran 8TV, maka secepat kilat dia dicemuh satu negara. Akibat tindakan yan memalukan itu, dia dikenakan tindakan yang AGAK keras oleh pelbagai pihak.



Kalau dari sudut hukum, dia hanya mendedahkan kurang dari 20% daripada auratnya, dan dikenakan tidakan sebegitu, namun ramai juga yang mendedahkan lebih dari 80% auratnya tidak dikenakan tindakan.

Siapa Faizal Tahir untuk melawan? dia hanya artis melayu biasa, dan dunia sudah maklum artis melayu sering diperkotak katikkan oleh pihak yang lebih besar. Dia bukan Anwar Ibrahim atau Suwandi.


Disebabkan tindakan dia amat "memalukan", bukannya berdasarkan berapa banyak aurat yang didedahkan, Maka dia dijatuhkan hukuman mengikut undang-undang rimba.

Ramai ahli sukan yang membuka baju selepas perlawanan, sehingga bertukar aju dengan pasukan lawan, tidak dikenakan tindakan, kerana ia tidak "memalukan".

Ramai perenang membuka baju sebelum berenang, tidak dikenakan tindakan kerana ianya tidak "memalukan".

Jadi oleh kerana ianya "memalukan", dan jenis manusia yang tidak melawan, makan mudah sahaja Faizal Tahir dikenakan tindakan, mengikut sesuka hati @ undang-undang rimba.

Saya tertanya juga, atas akta apakah dia dikenakan tindakan?
Adakah dia dibicarakan, adakah dia diberi peluang bela diri?

Adakah perkara sebegini boleh dilakukan terhadap artis bukan melayu?
Pasti ramai yang akan bangkit dan "melawan".

Jadi, oleh itu diharap janganlah ditiru tindakan Faizal Tahir jika anda jenis tak melawan.

Artis lain, boleh cuba buka baju, tapi tutup pusat, lihat apa tindakan SKMM.




Berpusing!!!!!!

4 komen

  1. Azhar Ahmad // 23 Januari 2008 pada 9:33 PG  

    Dalam ulasan saya di blog, saya tak kaitkan langsung dengan aurat segala, tetapi hanya ada dua

    1. Perut si Faizal tu nak ke boroi, buruk bebenor tayang kat orang.

    2. Imej Faizal sebelum ini, ahli Kumpulan Nasyid Mirwana, mana hilangnya? Itu sahaja...

    kalau cakap pasal aurat, rasanya, saya tulis blog, tiga tahun, setiap hari, belum tentu lagi habis mengulasnya....

    Hummm... kesian anak2nya dapat ayah sebegitu....

  2. Azhar Ahmad // 23 Januari 2008 pada 9:42 PG  

    Ahah, lagi satu, saya rasalah kenapa ramai orang menulis pasal si Faizal ni kerana dia artis.

    Katakan ahli sukan buka baju, atau perenang pakai cawat.

    Ada tak kamera tv tu, pi hala kat tempat terjojol ka, atau kat mana2... Selalunya fokus kita lari pasal, dengan suara Hasbullah Awang atau pembaca berita...

    Hummm, selama ni, ada tak wartawan yang buat liputan mengenai, apakah baju dan gaya ahli sukan bersukan... Hahahha....

    Tetapi, dalam kes Faizal ni, dia adalah artis. Orang akan lihat pada penampilannya. Itu yang orang pandang sekarang. Kalau orang pandang macam ahli sukan (kejayaan pecah rekod beraksi), tak adalah Adibah Noor tu sampai letih cari orang nak rakam lagu dia.

    Jadi secara tidak langsung, penampilannya di khalayak, adalah satu pakej dengan suaranya. Kalau pakej penampilan dah rosak, confirm orang kutuk punya...

    Apapun, kesimpulannya. Kalau media tak sensasikan, mustahil org jadi semakin bisingkan si faizal, sehinggakan terlupa artis wanita yang dok tunjuk buah betik ranum sampai ke pangkal bukan?

    Eh, perasan tak, hanya ada satu pihak, penyebab benda yang kecil jadi besar... hehehhe... faham-fahamlah...

  3. Tanpa Nama // 24 Januari 2008 pada 10:55 PTG  

    perenang memakai pakaian yang lebih kecil dari seluar dalam :)

  4. Dhia Azrai Naim Rosman // 7 Disember 2021 pada 4:33 PTG  

    Kesian Faizal