Sila terbitkan kenyataan bersama ini di blog anda jika anda tidak merestui politik ugutan sehingga Chew menarik balik kenyataanya dan meminta maaf. [Klik sini untuk versi Melayu dan Cina.]
Tak Restu 13 Mei Berulang
- Ahli Parlimen Chew Mei Fun mesti tarik balik and minta maaf atas kenyataan beliau
Kami, badan-badan masyarakat madani dan warganegara prihatin yang berbagai kaum, agama dan latarbelakang, menegaskan bahawa semua anak Malaysia mempunyai hak untuk memilih wakil rakyat dan kerajaan malalui pilihanraya yang bebas, adil dan bersih. Tiada ahli politik atau parti politik harus menggunakan ugutan atau ancaman untuk mempengaruhi para pengundi.
Kami kesal bahawa Datin Paduka Chew Mei Fun, Ahli Parlimen untuk Petaling Jaya Utara (MCA), seperti yang dilaporkan oleh China Press pada Januari 21 (Isnin) telah mengeluarkan kenyataan yang bersifat ugutan atau ancaman: “Jika tiada perwakilan Cina yang mencukupi dalam BN, ia bukanlah sesuatu perkara yang baik, komuniti Cina tidak sanggup menanggung lagi satu insiden Mei 13.”
Rusuhan kaum Mei 13, 1969 sememangnya suatu episod gelap dalam sejarah Malaysia di mana keganasan dan manipulasi politik telah menindas proses demokratik dan suara para pengundi. Pembangkitan insiden pahit ini demi kepentingan politik bersifat menghina mangsa yang terkorban, mangsa yang terselamat dan juga keluarga mereka. Tindakan Chew yang bertujuan menjadi amaran kepada pengundi supaya tidak menyokong parti pembangkang adalah perbuatan keji dan tidak mempamerkan sifat seorang pemimpin yang berwibawa.
Sekiranya Chew sememangnya mengetahui apa-apa maklumat tentang pihak tertentu yang berhasrat untuk menggunakan keganasan akibat keputusan pilihanraya yang tidak memuaskan, beliau yang selama ini giat membangkit isu keselamatan awam patut serta-merta membuat laporan polis dan membantu dalam penyiasatan polis.
Sekiranya beliau sekadar berspekulasi, kami berasa amat kecewa kerana beliau sanggup melakukan apa saja untuk mengumpan undi. Ahli politik tidak patut berkelakuan selolah-olah anggota kongsi gelap. Mereka tidak patut menggunakan keganasan sebagai ancaman untuk meraih undi sepertimana anggota kongsi gelap memeras wang.
Pada hakikatnya, Chew telah melanggar Seksyen 9 (1) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954:
Pengaruh tidak wajar
9. (1) Tiap-tiap orang yang, sebelum, semasa, atau selepas sesuatu pilihan raya, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau melalui mana-mana orang lain bagi pihaknya, menggunakan atau mengancam hendak menggunakan apa-apa kekerasan, keganasan atau halangan, atau yang mengenakan atau mengancam hendak mengenakan, dengan sendirin atau melalui mana-mana orang lain, apa-apa bencana, kecacatan, kerosakan atau kerugian keduniaan atau kerohanian ke atas atau terhadap mana-mana orang bagi mendorong atau memaksa orang itu mengundi atau tidak mengundi, atau oleh sebab orang itu telah mengundi atau tidak mengundi, dalam mana-mana pilihan raya, atau yang dengan melarikan pemilih atau pengundi, dengan dures atau apa-apa tipu daya atau muslihat menghindar atau menahan mana-mana pemilih atau pengundi daripada menjalankan hak mengundinya dengan bebas, atau yang dengan yang dengan itu memaksa, mendorong, atau mendesak mana-mana pemilih atau pengundi sama ada memberi atau tidak memberi undinya dalam mana-mana pilihan raya, atau yang secara langsung atau tidak langsung mengganggu atau cuba mengganggu mana-mana orang daripada menjalankan hak pemilihannya dengan bebas adalah bersalah atas kesalahan pengaruh tak wajar.
Sementara menunggu Suruhanjaya Pilihanraya menyiasat dan membuat laporan polis mengenai kes ini, kami menyeru Chew supaya menarik balik kenyataan beliau dan memohon maaf. Beliau mesti mengecam dengan sekeras-kerasnya sebarang kes keganasan politik. Pengundi berhak memilih mana-mana calon atau parti pilihan mereka dalam suasana yang bebas dari unsur-unsur ugutan dan intimidasi.
Kami juga menyeru YAB PM Dato’ Seri Abdullah Badawi untuk menafikan sebarang kaitan antara kerajaan dan partinya dengan kenyataan Chew yang berpotensi menakutkan pengundi. YAB juga harus mengutuk dengan sepenuhnya sebarang ugutan dan ancaman ke atas pengundi.
Kita tidak boleh biarkan Malaysia senasib negara di mana keganasan politik berleluasa eperti Pakistan. Kita tidak boleh biarkan mana-mana pihak bermain dengan api. Kita mesti menolak dengan sepenuhnya sesiapa yang cuba menggunakan insiden pahit Mei 13 untuk mengancam rakyat Malaysia.
Individu-individu atau badan-badan masyarakat madani yang pro-demokrasi diminta menyokong kenyataan ini dengan memaparkannya di premis, kenderaan atau mukasurat pertama blog atau laman web mereka, sebagai tanda pengiktirafan, sehinggalah Chew menarik balik kenyataannya dan meminta maaf.
Say harap, YB Chew, membaca semula cerita di sebalik 13 Mei itu...
Sebab berlaku 13 Mei
Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan pihak pembangkang. Penyokong-penyokong Parti Gerakan telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.
Nahhhh.... tepuk dada tanya selera... Saiap sepatutnya yang boleh mengeluarkan kenyataan tersebut
Fakta dari Wikipedia. Bukan saya sengaja tulis...
Saya tak berapa setuju dengan dibangkitkan pasal peristiwa 13 Mei nih,Tapi saya tak menolak kemungkinan kekacauan boleh berlaku sekiranya pembangkang yang memerintah..Kerana ketidakseimbangan ekonomi antara kaum,bukan satu perkara yang boleh dibawa main2..
Sistem kapitalisma seperti yang semua sedia maklum adalah sistem yang tak dapat dielakkan dalam dunia nihh.Sebagai contoh,Bank Islam sendri terpaksa akur dengan sistem perbankan biasa,kerana tidak mampu menolak kewujudan sistem kapitalisma yang berpaksikan kewujudan interest dan sbgnya..
Kita bukan cerita pasal kroni saja,kita cerita pasal sistem secara keseluruhan,iaitu golongan yang terus kaya dan kaya.Mengikut dalam manifesto PKR,golongan bawahan akan dibantu kerajaan..Manakala golongan atasan??Sekiranya PKR berpendapat golongan bawahan perlu ditolong kerajaan manakla golongan kaya ini terus dibiarkan kaya,macammana income disparity nak diatasi??Sekiranya tekanan di kenakan ke atas golongan atasan pula,pasti timbul pihak2 yang tidak puas hati nanti,lebih buruk lagi klau tentangan datang dari kaum2 tertentu.
Sebagai seorang Islam,kita sepatutnya sudah lebih maklum,kita telah dianugerahkan sistem zakat untuk membalancekan sistem kapitalisma ini.Sistem zakat di Malaysia adalah independant daripada kerajaan sebenarnya.Ramai orang melayu tertanya-tanya kenapa zakat ini tidak dipusatkan di bawah kuasa kerajaan,kenape setiap negeri berbeza2,zakat nih betul2 nak tolong orang Islam ker,apsal kat Bersamamu ramai jer lagi orang susah??
Jawapannya mudah saja,pertama sekali untuk mengelakkan salah faham dari kaum lain..Pusat zakat wlaupun di bawah majlis Agama negeri2,sbenanya beroperasi dengan hasil kutipan sendri,iaitu asnaf Amil bukan dari bantuan kerajaan.Ini menjawab persoalan kenape pusat zakat tidak dapat beroperasi dengan baik,kerana selagi duit yang dikutip sikit,pengurusan zakat tidak dapat dimaximizekan..Orang Islam sepatutnya peka terhadap sistem ini,kerana membayar zakat bukan sahaja dari memenuhi aspek rohani dan keagamaan,tapi membayar untuk diri sendiri ke arah kekuatan ekonomi umat islam..Ini disebakan,sekiranya duit berputar ke golongan bawahan dan orang miskin mampu berbelanja,ini juga dapat meningkatkan GDP negara,dan kita dapat hidup dalam negara yang lebih baik ekonominya..
Balik kepade persolan tadi,saya rase kaum india sewajarnya mengambil inisiatif ini sebagai contoh yang baik untuk diterapkan dalam sistem ekonomi mereka..Mereka terlebih dulu perlu menegur sikap rakyat mereka sendri yang kaya tidak mahu menolong orang susah,dan kemudian barulah menegur kerajaan..Bagi masyarakat cina,saye tidak rase heran sekiranya sistem seperti zakat ini sudah lame wujud dalam ekonomi mereka,cuma dalam bentuk yang lebih lain..
Berbalik kepade isu pembangkang,saya rasa ade rationalnya mursyidul am PAS menegur PKR,kerana kekurangan ketegasan pemimpinnya..Wlaupun sudah merupakan parti yang mewakili semua kaum tetap ada gabungan dengan DAP supaya dapat menjamin kemenangan yang lebih baik..Tapi persoalannya kemudiannya setelah menang,bagaimana dengan isu2 bertindih yang berlainan pendapat?Lihat saja isu pasal azan dulu yang dibangkitkan parti mereka??
Pembangkang patut lebih peka,menang pilihanraya bukan semata-mata mahu menang,tapi apekah yang mahu dibuat selepas menang..Saye rase ade sedikit asas dalam kata2 ahli parlimen chew,cuma tidak bersetuju dengan semua kata-katanya..
Apakah ulasan saudara sebol pula??saye bukannya pencacai UMNO/BN atau sebgainyer..Minda segelintir pengikut pembangkang kebanyakannya telah dikorupkan dengan pemikiran sebegini, sesiapa yang tidak menyokong mereka adalah UMNO..Walaupun saya akur dengan wujudnya kepincangan dalam kerajaan,kronisme,dan menyedari juga bahawa negara mampu ditadbir dengan lebih baik..Dalam masa yg sama saye juga tidak dapat benarkan negara berada di tangan kumpulan yang tidak mempunyai kewibaanya..Bagi saye,sesiapa saja yang pernah menonton fitnah DS Anwar kupasan NBC sememangnya akan maklum berlakunya kepincangan dalam negara..Apatah lagi dengan video VK Lingam..
Sebagai tambahan,untuk jawapan kepada saudara sebol di bawah pasal PM Badawi,saye tak rasa keputusan tambatan ringgit di bawah keputusan beliau..Sedangkan dia sendri jarang berada di Perbendaharan/MOF,bagaimana die mahu membuat keputusan membelakangkan MOF dan Bank Negara..Mugnkin zaman DR Mahathir lain,DR Mahathir ade vetonye,tapi saye lihat di zaman Pak Lah,urusan kewangan banyak diuruskan MOF dan Bank Negara..Saye juga rasa BNM ade reason mereka sendri untuk lambat melepaskan RM,hanya mereka yang tahu kenape..Belajar dari sejarah kemungkinannya..
takut kekadang dengar org dah mula merani keluarkan kenyataan berbaur perkauman camtu..takut satu hari nnti bila tak terkawal kita semua yg akan jadi mangsa,huhu...
makin lama makin berat kandungan blog bro nih,heheh..:) tapi sy mmg suka baca seperti ini..
betullah bro..
apa yang diutarakan oleh beliau amat merbahaya dan boleh menimbulkan ketegangan..
Kenapa sekarang ramai yang berani bersuara???
sejak akhir-akhir ni, kebebasan yg diberikan makin memakan diri nampaknya. semoga saudara kita tu tak selalu tertidur.
@faisal
pilihanraya dah dekat, makin berat le.
@azwan:
"saudara kita tu" merujuk kepada siapa?