Alamat blog

Semalam (14 jan), saya pergi ke satu sesi KPDN "menerangkan" tentang isu kenaikan harga barangan.



Dalam ucapan Datuk Shafie Afdal, dia begitu terperinci menceritakan tentang "subsidi" untuk menurunkan harga, penyeludupan, masalah-masalah yang dihadapi untuk menangani kenaikan harga.

Akan tetapi dia hanya bercakap tentang dunia dia, dimana dalam sistem kawalan harga sekarang, amatlah sukar untuk mengawal harga.

Akan tetapi, dia tidak sedikitpun menyalahkan kelewatan PakLah selaku menteri kewangan pertama melepaskan tambatan ringgit sebagai punca segala masalah kenaikan raga.

Susah juga, menteri kewangan adalah boss dia, kalau menteri kewangan hanya rakan sejawat dia, mungkin dia boleh "marah" kementerian kewangan.

Maka pada sesi soal jawap, saya bangkit untuk mengemukakan soal matawang yang menjadi punca segala masalah.


"Harga minyak dalam USD naik 100% dalam 5 tahun"
"Harga minyak sawit juga naik"
"Akan tetapi nilai dollar merosot berbanding euro"
"Selain dari faktor permintaan, faktor kejatuhan USD juga adalah penyumbang kenaikan harga komoditi dalam USD"

"Harga minyak dalam Euro hanya naik 50% sahaja"
"Sekiranya nilai ringgit naik, dan matawang kita mampu untuk membeli barangan tanpa subsidi, maka tak perlulah begitu susah nak mengawal barangan"
"Makanan kambing juga turut menjadi murah"
(merujuk persoalan seorang kakak yang mengadu makanan kambing mahal).

"Jadi Soalannya ialah 'Sudahkan KPDN berbincang dengan Kementerian kewangan untuk mengkaji semula tambatan ringgit"

Dengan mudahnya Datuk Shafie Afdal mengatakan "Ya, Sudah berbincang dengan
Kementerian kewangan, dan Bank Negara"

Dia sendiri mengakui dengan meningkatkan nilai matawang Ringgit, masalah boleh dikurangkan. Akan tetapi dia tidak mengatakan sebagai ialah punca bagi masalah.

Bagi saya, Datuk Shafie Afdal yang sentiasa dijadikan kambing hitam dalam krisis kenaikan harga ini, sepatutnya menekan kementerian kewangan supaya masalahnya boleh dikurangkan.

Apakan daya, Menteri Kewangan I adalah boss nya.

Bagi pendapat saya, Roadshow untuk "menerangkan" krisis kenaikan harga adalah usaha sia-sia. Rakyat hanya perlukan keputusan, rakyat mahu barangan semuanya ada dan mampu dibeli. Rakyat tak peru tahu apa masalah KPDN.

Memang kalau mengikut sistem sedia ada, KPDN akan menjadi mangsa keada kesilapan kementerian kewangan. Mengapa perlu KPDN menerangkan masalah KPDN disebabkan oleh kesalahan kementerian kewangan tanpa memaklumkan bahawa ianya salah kementerian kewangan?

Akhir kata, Takkan kumaafkan kesalahan PakLah lambat melepaskan tambatan Ringgit




Berpusing!!!!!!

2 komen

  1. Azhar Ahmad // 15 Januari 2008 pada 3:24 PTG  

    Jikalau dalam pemerintahan US, benda nih dipanggil spin. Putarbelitkan kekecohan sekarang, dengan membawa kes ke tempat lain... Uhuhuhuhu

  2. Tanpa Nama // 6 Jun 2008 pada 11:47 PTG  

    Assalamualaikum.

    Aku ada sikit pandangan.

    Aku pikir dah sampai masanya kita kembali pd sistem kewangan Islam; iaitu guna dinar emas sbg mekanisme transaksi perdagangan domestik-global.

    Sebenarnya, nilai mata wang (termasuk RM) walaupun ditambat masih boleh dijual beli.

    Kedua, mata wang tersebut bukanlah nilai sebenar, tp sesuatu yg elusi dan boleh dispekulasi.

    Ketiga, semua mata wang dunia ditambat pd emas dan emas inilah sebenarnya single currency.

    Cuba lihat pasaran emas semasa, bilakah nilai emas akan meningkat?

    Pertama, nilai emas tidak pernah turut dlm sejarah dunia; kerana emas adalah single currency bg semua transaksi nilai mata wang sedunia.

    Kedua, emas akan terus naik terutama ketika spekulasi mata wang berlaku dlm pasaran mata wang global dan domestik satu2 negara.

    Sebagai contoh, Malaysia sendiri. Ketika krisis mata wang 1997, mata wang negara turut menerima impak spekulasi (walaupun ditambat / x sepenuhnya).

    Namun, sesuatu yg menarik, nilai emas domestik naik paling tinggi dlm sejarah nilai emas Malaysia. [Aku x ingat berapa peratus angkanya sbb artikel yg pernah aku tulis 3 thn lps tlh hilang].

    Pokok pangkalnya ekonomi Malaysia semakin kuat walaupun menerima spekulasi mata wang atau minyak (mcm skrg)jika kita kembali kepada sistem Islam; guna dinar emas!

    Kita ingat tak dahulu time piala dunia lepas; Iran hampir2 masuk suku akhir?

    Time tu, Mahmood Ahmadinejad ckp: klu Iran masuk akhir, Presiden Iran sendiri akan mengetuai skuad penyokong Iran.

    AS dll marah. Akhirnya mengeluarkan suatu spekulasi: seru EU sekat ekonomi Iran.

    Presiden Iran balas: Kami (Iran) ada minyak. Semua negara EU bleh beli minyak (dlm tawaran istimewa) kami dgn syarat tidak guna duit USD. Guna Pound Sterling pun xpe...

    Implikasi atas spekulasi tersebut, duit USD jatuh teruk.

    AS x baca yg minyak ini (merujuk pd Iran) turut diperlukan oleh dunia (termasuk EU) sendiri.

    Ini kesan spekulasi mata wang dan/atau barangan asasi (mcm minyak).

    Bayangkan jika kita (dunia Islam atau Malaysia) cuba memperjuangkan sistem 'single currency' sendiri; iaitu guna emas@dinar emas?

    Kita bukan sahaja akan mengukuhkan mata wang negara; malah mungkin akan mula menjadi kiblat alternatif pd sistem perdagangan global dan ekonomi dunia [sgn syarat kene lawan dgn Swiss Bank dulu; sbb ada polisi yg halang buat emas sendiri jd matawang wang]

    Lebih dari itu, silap2 kita akan mewujudkan suatu tarif baru 'globalisasi' dlm sistem ekonomi global; di mana sistem ini akan menjadikan dinar emas sebagai mekanisme transaksi internasional. Bukan lagi mata wang ilusi mcm USD dll

    Dgn kebolehupayaan negara umat Islam yg kaya dgn hasil bumi spt minyak, besi, arang batu dll; secara x langsung kita sdg mewujudkan suatu neo-khalifah atau blok ekonomi baru (alternatif).

    Setakat ini dulu. Hanya sekadar suatu pandangan.

    Mungkin ada kekurangannya krn aku bukan sarjana dlm economy.

    cuma ada baca2 sikit2 dulu di Universiti. Tlg tegur klu salah.

    http://zainulfaqar.wordpress.com