Alamat blog

Di Negeri Melaka kini sudah mempunyai 1 "Eye of Melaka", sejenis Ferris Wheel yang bersaiz kecil, Terletak di Stesyen Bas lama, bersebelahan dengan Sungai Melaka. Ferris Wheel yang hanya tinggi sedikit dari yang berada di FunFair.


Dikhabarkan, "Eye of Malaysia" yang kini berada Di Tasik Titiwangsa ingin Dipindahkan ke Melaka.


The cost of purchasing the giant ferris wheel outright is RM22.5 million. Should the deal go through the ferris wheel would be dismantled and reassembled here in Melaka just in time for the Deepavali and the end of the school year holidays in October.


Mengapa perlu sehingga ada 2 Ferris Wheel, di negeri yang sama, di sungai yang sama?

Pelancong mana yang hendak datang ke Melaka untuk menaiki Ferris Wheel, sasarannya pelancong tempatan atau pelancong Asing?


Pelancong asing mungkin sudah jemu menaiki Ferris Wheel, sudahlah yang sedia ada di Sungai Melaka terlalu rendah, Ingin dibawa masuk punya yang tak cukup tinggi untuk berlawan dengan Ferris Wheel yang ada di dunia ini.

Pelancong dari Singapura akan mungkin mentertawakan Melaka, kerana mereka sudah ada Singapore Flyer setinggi 165 Meter, (berbanding dengan Eye of Malaysia hanya 60 meter). Menara Taming Sari (RM 24 Juta) itu pun hanya 110 meter.

Di Negara China sudah ada, Star of NanChang setinggi 160 meter, dan akan mempunyai Great Beijing Wheel yang berketinggian 208 meter.

Negara Jerman akan ada Great Berlin Wheel setinggi 185 meter.


Menara Taming Sari 24 juta
Eye of Malaysia yang dipindahkan 22.18 juta
Eye of Melaka, tak pasti berapa juta...


Tapi mana Jeti untuk Nelayan yang dijanjikan oleh Ali Rustam?




Berpusing!!!!!!

4 komen

  1. Tanpa Nama // 24 Mac 2008 pada 12:09 PG  

    roda tu...nak buang sayang,tak pasang rugi... banyak tu untung kalau pindahkan..hoho..

  2. miss arizona // 24 Mac 2008 pada 10:54 PG  

    dua malam berturut-turut aku lepak di tasik titiwangsa..bilangan yang naik amat kurang. yang menunggu untuk naik hampir tidak kelihatan..

    memang wajar kalau mereka memikirkan cara untuk menguntungkan mereka kembali.

    ;)

  3. Hasbullah Pit // 24 Mac 2008 pada 5:03 PTG  

    Kenapa pula rakyat melaka nak tanggung?

  4. miss arizona // 25 Mac 2008 pada 10:53 PTG  

    wajar untuk mereka memikirkan cara...tidak semestinya di pindahkan ke Melaka. Ada baiknya pindah ke pantai timur. Orang sana tak pernah jumpa menatang neh...
    musti boleh untung besar..

    Ayah aku pun dah tanya-tanya..apa rasa naik roda ferris..jawapan aku..tatau..sebab tak penah naik..ihik!