Alamat blog

berikut adalah Draf Kabinet Bayangan Beras Padu. Akan tetapi saya membatal untuk merangkanya kerana apabila ia berdasarkan kabinet PakLah yang berkecamuk, maka Kabinet Bayangan Beras Padu akan penuh birokrasi sama seperti kabinet PakLah..

Jadi oleh itu anggaplah ia sebagai hiburan semata-mata..

KEMENTERIAN KEWANGAN

Menteri

xxx

Timbalan Menteri

xxx


KEMENTERIAN PERTAHANAN

Menteri

Vangardx

Timbalan Menteri

xxx

KEMENTERIAN DALAM NEGERI

Menteri

Adihamka

Timbalan Menteri

xxx


KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

Menteri

Pikey Dude

Timbalan Menteri

Azhar Ahmad


KEMENTERIAN KERJA RAYA

Menteri

xxx

Timbalan Menteri

xxx

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI

Menteri

Nadlique

Timbalan Menteri

kosong

KEMENTERIAN LUAR NEGERI

Menteri

Sarah Shukor

Timbalan Menteri

xxx

KEMENTERIAN PENERANGAN

Menteri

EnArip

Timbalan Menteri

Nordin Sulaiman

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

Menteri

xxx

Timbalan Menteri

xxx

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

Menteri

Afham

Timbalan Menteri

Ligakampung

KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA

Menteri

Abdfatah

Timbalan Menteri

kosong

KEMENTERIAN TENAGA AIR DAN KOMUNIKASI

Menteri

Please.name.my /Mypapit

Timbalan Menteri

Ikhwan Hayat 1Khz

KEMENTERIAN PELAJARAN

Menteri

Cikgu Farizal

Timbalan Menteri

xxx

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Menteri

Sherrina

Timbalan Menteri

Jason - Sharing Land


KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI

Menteri

Pakdi

Timbalan Menteri

xxx

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR

Menteri

Edyra

Timbalan Menteri

kosong

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

Menteri

Faisal Rahim / Acai

Timbalan Menteri

xxx

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN

Menteri

Ezza Erisar

Timbalan Menteri

xxxx

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

Menteri

Irwan

Timbalan Menteri

Melayubuntu

Ashterix


KEMENTERIAN PELANCONGAN

Menteri

MadRedo1

Timbalan Menteri

VirusPadu

LensaLily


KEMENTERIAN PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN

Menteri

Rastom

Timbalan Menteri

CheqSue

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

Menteri

Kak Jie

Timbalan Menteri

Nessa

Echah

Setiausaha Parlimen

Wawa (Juga sebagai SU Parlimen kementerian kesihatan.)

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

Menteri

Pendekar Serkam

Timbalan Menteri

Jasin Daily


KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI

Menteri

xxx

Timbalan Menteri

xxx

KEMENTERIAN KESIHATAN

Menteri

Dr Azwan

Timbalan Menteri

MiLLa

Setiausaha Parlimen

Wawa (juga s/u parlimen kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat)





Berpusing!!!!!!

42 komen

  1. Tanpa Nama // 19 Mac 2008 pada 8:42 PG  

    KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR

    Menteri
    Eddyra
    ------------

    Royalti minyak sorry, semua aku sapu.. huhuhu..

  2. Tanpa Nama // 19 Mac 2008 pada 8:42 PG  

    KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR

    Menteri
    Eddyra
    ------------

    Royalti minyak sorry, semua aku sapu.. huhuhu..

  3. Acaii Jawe // 19 Mac 2008 pada 8:54 PG  

    hehehe, bagus betulla entry ni..suke2!! tapi mmg makin pelikla Ahmad Badawi tu,huhu..

  4. Tanpa Nama // 19 Mac 2008 pada 9:59 PG  

    sebol,
    kementerian kewangan boleh diletak Pakdi

  5. Hasbullah Pit // 19 Mac 2008 pada 10:33 PG  

    Dia dah p0egang portfolio usahawan dan koperasi..

    atau dia boleh pegang dua kementerian?

  6. Tanpa Nama // 19 Mac 2008 pada 10:48 PG  

    Huhuhuhu.. Ligakampung yang diletaknya...
    Pertamanya saya mengucapkan terima kasih kepada Y.A.B Tun Sebol yang telah melantik saya menjadi Timbalan Menteri Belia dan Sukan walaupun menggunakan nama blog..

    Apahal pun sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan saya menggalakkan agar semua rakyat blog mencipta pelbagai bentuk sukan yang akan membantu Malaysia menang pingat emas di Olimpik Malaysia yang akan diadakan pada tahun 2020.. Antara sukan yang dicadangkan ialah :-
    main batu seremban, mencuri buah rambutan ketua kampung, cabaran melihat ibu jari kaki, senyum ketika di maki.. dan berbagai perancangan yang sedang disediakan ....
    Semoga peruntukan yang berjumlah RM1 billion dapat diberi kepada Kementerian ini kerana saya berjanji akan memastikan Kementerian ini akan lebih dikenali oleh orang bandar, luar bandar, tepi bandar, solok bandar dan tempat-tempat berhampiran..


    ( bisik senyap :- Alamak, afham jadi menteri plak... Gr.. aku mesti jatuhkan dia... Ujarku sambil memasang strategi untuk meraih undi dari Tun Sebol)

  7. Hasbullah Pit // 19 Mac 2008 pada 10:58 PG  

    Tanpa segan silu, dimaklumkan pemilihan afham adalah berdasarkan kronisme.
    dia ahli pakatan bluequil

  8. miss arizona // 19 Mac 2008 pada 11:11 PG  

    Menteri Pengangkutan ya aku?

    Dengan ini saya selaku menteri pengangkutan akab mengubah dasar-dasar Jabatan Pengangkutan Jalan berkuatkuasa serta merta.

    Cermin gelap 100% digalakkan. Cermin terang tidak di tinted, diharamkan sama sekali.

    Akta Ubah suai kenderaan persendirian dimansuhkan. Enjin boleh ditingkatkan ke 100% dari enjin sebenar.

    Custom made body kit dibenarkan,
    sebagai galakan, saya juga akan menubuhkan Jabatan Pimp My Ride (JAMPI) dibawah JPJ untuk mengubah suai kenderaan-kenderaan yang buruk dan bertuah.

    Kenderaan commercial dan pengankutan awam, perlu tunggu terlebih dahulu. Kerana saya memberi keutamaan kepada kenderaan persendirian..

    Hahahah

  9. Azurah Anuar // 19 Mac 2008 pada 11:41 PG  

    ini tidak adil sama sekali.

    saya mohon dilanik jadi mpenasihat khas bertaraf menteri kepada tun sebol.

    :)

    mana2 portforlio pun saya terima dengan senang hati.

  10. rastom // 19 Mac 2008 pada 11:53 PG  

    Aku ganti Rais Yatim? Kuang3! langkah pertama ialah semua ahli Parlimen kena hadiri kursus cross-cultural relations....

  11. Hasbullah Pit // 19 Mac 2008 pada 1:31 PTG  

    ezza:

    Sila cadangkan siapa timbalan saudari.

    Rastom:
    Boleh terangkan tentang Cross Culture relationship? Apa yang ahli parlimen perlu tahu?

    Wawa:
    Anda akan dilantik setia usaha parlimen kementerian kesihatan dan kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Supaya anda dapat menangani isu berkaitan antara 2 kementerian itu.
    Sebagai contoh, kempen Breast Feeding, perangangan keluarga dimana ia melibatkan ke dua-dua kementerian.

  12. Azhar Ahmad // 19 Mac 2008 pada 1:50 PTG  

    Hahahahhaha, memang best. Tapi senarai tak cukup lahhh..... Hhahahah

  13. Jason // 19 Mac 2008 pada 1:57 PTG  

    Wah, Never tot I can be deputy minister in my life.
    Thank you Sebolku.

  14. Tanpa Nama // 19 Mac 2008 pada 2:17 PTG  

    Siapa nak cah keting aku, aku bahang.

  15. Dr Azwan // 19 Mac 2008 pada 3:35 PTG  

    Askum...

    Tak sangka nama saya naik... Alhamdulillah dan terima kasih yang tak terhinga kepada pucuk pimpinan terutama YAB Tun Sebol yang memberi kepercayaan kepada saya menerajui Kementerian Kesihatan.

    Sebelum ini Kementerian kesihatan telah domomok-momokkan oleh pemimpin yang terdiri daripada badut kehormat yang berstatus porn star yang mengajar tentang seks bebas kepada rakyat.

    Malah kita juga sangat malu Kementerian ini telah memenjarakan seorang doktor Muslim yang berdedikasi dengan alasan klinik tidak berlesen, sedangkan pada masa yang sama melepaskan seorang doktor yang hampir membunuh isteri kepada seorang ahli parlimen walaupun tidak mempunyai kelayakan pembedahan yang sepatutnya.

    Suka saya mengingatkan kepada rakyat, Di dalam 5 tahun yang akan datang, saya akan pastikan badut-badut yang memimpin organisasi kesihatan tertinggi ini ditelanjangkan di khalayak ramai di atas dosa memalukan para doktor dan kakitangan kementerian kesihatan yang lain.

    Dan saya akan membersihkan nama Kementerian ini daripada dihina rakyat dan akan menentang rasuah sehingga ke akar umbi.

    Saya akan membuka lebih banyak pusat2 hemodialysis agar lebih ramai pesakit buah pinggang dapat menerima rawatan dengan bantuan berbanding sekarang. Saya juga akan memperbanyakkan parking di HKL dengan percuma.

    Itu janji saya. Saya juga menerima perlantikan Wawa sebagai SU Parlimen. (Ada ke SU Parlimen sekarang YAB?).

    Berkhidmat Untuk Negara dan Beras Padu...

    Terima kasih.

  16. Tanpa Nama // 19 Mac 2008 pada 7:16 PTG  

    YAB Tuan Sebol,
    saya percaya lantikan saya ke jawatan Menteri Dalam Negeri ini adalah satu amanah dan tanggungjawab besar untuk saya dan masyarakat (ayat skema menteri BN!!! hahaha!)

    Kalau saya dilantik ke jawatan ini,perkara pertama ialah membebaskan tahanan ISA, semak semula ISA digantikan dgn akta yang lebih berperikemanusiaan, dan memansuhkan Akta Mesin Cetak & Penerbitan.Peraturan kemasukan warga asing akan diketatkan, dan syarat kewarganegaraan untuk warganegara asing akan turut diketatkan.

    Yang lain-lain tak pikir lagi.heheheh!!

  17. Tanpa Nama // 19 Mac 2008 pada 7:39 PTG  

    Tak adil bro sebol, tak adil sama sekali..Kesemua muka-muka yang dilantik didapati "rapat" dengan bro sebol, ada udang di sebalik batu ker ??

  18. Hasbullah Pit // 19 Mac 2008 pada 8:16 PTG  

    Tanpanama/anonymous:

    banyak lagi ruang kosong,...
    rapi macam mana nak lantik, nickname pun takde.

  19. Tanpa Nama // 19 Mac 2008 pada 9:13 PTG  

    huhu.pelik aku apsal ade linkback tadi..by the way..utk penggal kali ini..aku akan berusaha mendapatkan peruntukan bagi menambah aset tentera udara, dan juga memberhentikan pengambilan pegawai/staf tentera lelaki yang baru..keutamaan diberikan kepada wanita...!!! :P

  20. Hasbullah Pit // 19 Mac 2008 pada 9:16 PTG  

    syamsulariff.com :

    setiap juruterbang sukhoi akan disediakan pitbabe sebelum take off ?

    hehe

  21. Jie // 19 Mac 2008 pada 9:21 PTG  

    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

    Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin dan makbulnya dapat saya menumbangkan Y.B Dato’ Seri Shahrizat Abdul Jalil walaupun saya tidaklah secomel YB Puan Nurul Izzah.

    Perlantikan ini adalah kerana YB Tun Sebol menaruh sepenuh kepercayaan kepada saya untuk menerajui Kementerian ini yang amat penting untuk menghadapi segala cabaran selaras dengan keperluan masa kini dan aspirasi dan kehendak rakyat yang kian meningkat dari tahun ke tahun selaras dengan perubahan masa.

    Bersesuaian dengan perlantikan ini, saya akan lebih memfokaskan pada program jagaan kesihatan berkualiti (Quality health care) dengan memberi penekanan kepada penjagaan ’agility’ (kelincahan) yang berterusan di kalangan warga tua seperti pergerakan fizikal dan ’mental alertness’ termasuk berdikari sebaik mungkin.( dah tak de jawatan..kenalah berdikari ...dulu ramai kawan² sekeliling...hehehe).

    Saya juga akan mengesa kerajaan supaya mewujudkan sistem sokongan mantap untuk keluarga, terutama dalam aspek asuhan anak-anak kerana ini akan dapat memaksimunkan tenaga kerja yang dimiliki golongan wanita professional.

    Akhir sekali, saya berharap Kementerian ini akan mendapat kerjasama sepenuhnya dari pihak yang lain untuk menjayakan segala rancangan yang telah diatur untuk memantapkan saya yang akan bertanding 5 tahun dari sekarang.

    Sekian , terimakasih.

  22. Tanpa Nama // 19 Mac 2008 pada 10:17 PTG  

    Ha..ha... saya menteri pendidikan. Siap ler budak-budak. Nanti saya wajibkan setiap budak satu rotan. Senang cikgu nak rotan.

  23. cheq-sue // 19 Mac 2008 pada 10:39 PTG  

    Tun Sebol, tentu kita kroni kuat....kalau tak macammana nama cheq-sue boleh tercalon jadi Timbalan Menteri Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Sedangkan cheq tak balik mengundi pun kali ni. Mungkin sebab cheq tak balik mengundi kat Batu Uban, Gelugor. Penang jatuh ke tangan DAP. Masihkah cheq layak dilantik?

    Kalau ya, cheq terima dengan tangan terbuka dan berjanji kan terus memartabatkan hasil seni dan warisan budaya negara kita.

  24. Pike-chan // 19 Mac 2008 pada 10:43 PTG  

    oooh.. i dah jadi menteri perumahan.... i akan make sure, tiada homeless people and rumah kediaman yang affordable...

    Macam lah i dah jadi menteri, hahaha

  25. sherrina // 20 Mac 2008 pada 1:31 PG  

    sebagai Menteri Pendidikan Tinggi, saya mahu saman incik Sebol sebab letak nama saya tapi link nye salah...7 keturunan incik Sebol saya tak kasi jejak kat mana-mana unibersiti di Malaysia samada IPTA mahupun swasta...huhuhu.....

  26. Irwan // 20 Mac 2008 pada 7:21 PG  

    Pertama sekali, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Perdana Menteri (Sebol) kerana telah melantik saya sebagai menteri penuh.

    Manifesto Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi
    ----------------------------------------------------------------------
    -menggalakkan penggunaan perisian sumber terbuka (free/open source software) untuk semua rakyat Malaysia
    -menitikberatkan (mungkin mewajibkan) penggunaan format terbuka seperti ODF
    -mengurangkan monopoli Microsoft di Malaysia, terutamanya di sektor awam & pendidikan
    -mempelawa/melobi lebih banyak syarikat-syarikat IT seperti Google, Red Hat, SAP untuk membuka cawangan atau pusat R&D di Malaysia
    -memajukan Cyberjaya supaya dapat menyaingi (atau mencontohi) Lembah Silikon, USA
    -mengadakan lebih banyak pertandingan reality show bercorakkan sains & teknologi bagi menyaingi pertandingan hiburan yg melalaikan (e.g Akademi Fantasia, One in Million)
    -memberikan penghargaan (e.g Tokoh IT/Rekacipta/Sains, sarankan nama mereka dalam buku teks sekolah) kepada mereka yg banyak mencipta nama seperti Zulkifli Haron
    -menggalakkan rakyat mempunyai blog sebagai suatu cara untuk menyuarakan pendapat, meluahkan perasaan, cari duit melalui iklan (Adsense, Nuffnang) etc
    -meluaskan penggunaan Internet di kampung-kampung (ini mungkin kena berbincang dengan Kementerian di bawah naungan Hafiz/Papit)
    -memastikan nama Malaysia selalu naik di Slashdot, OS_News, Linux_Today etc.

    Untuk manifesto-manifesto lain, harap Timbalan Menteri dapat beri ulasan yg sewajarnya, hehe. Aku dah ngantuk ni, tak larat nak fikir dah.

    Nota: ini hanya jenaka semata-mata, jangan ambil serius. Berangan memang senang, hehe.

  27. Ikhwan Hayat // 20 Mac 2008 pada 11:31 PG  

    Terima kasih YAB Tuan Diktator Sebol kerana melantik saya sbg Timbaland Menteri Tenaga, Air, dan Komunikasi.

    Walaupun Menteri saya belum beri apa2 komen lagi, tapi kami telah sebulat suara akan menggesa rakyat utk mendapat lebih tenaga dengan meminum kopi instant Super Power.

  28. Azhar Ahmad // 20 Mac 2008 pada 12:54 PTG  

    Hahahah, nama saya pula naik sebagai timbalan menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

    ----

    Terima Kasih, Datuk Seri Sebol di atas perlantikan ini.

    Saya akan membantu Menteri saya menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan saksama.

    Dengan ini saya mengumumkan satu projek baru yang akan meng'asa'kan masyarakat Malaysia.

    Kewujudan perumahan baru amatlah digalakkan. namun, hanya peruntukan sebanyak 20% diperuntukkan kepada pembinaan kawasan permumahan baru.

    Konsep perumahan, di bawah kelolaan kementerian saya nanti akan berlandaskan konsep sewa dan beli. Jadi, tidaklah membebankan rakyat.

    Juga ia amat penting bagi melestarikan pemilikan rumah kekal untuk seluruh rakyat Malaysia.

    Namun, pembinaan perumahan baru, akan mengikut model dan acuan, pembangunan Universiti Utara Malaysia, iaitu, pembukaan perumahan baru, dalam jarak 5 kilometer, antara satu sama laini.

    Ini akan memungkinkan, keseluruhan tanah di Malaysia diguna pakai dengan sebaiknya. Sekaligus, nafas kemodenan dan pembangunan akan dapat menghampiri kawasan luar bandar.

    Diantara kawasan-kawasa perumahan, akan dibina pula pusat rekreasi, pusat masyarakat setempat, sekolah, kilang sederhana, bagi memwujudkan suatu timbal balik yang positif, di antara pemastautin dan peluang pekerjaan.

    Manakala dalam masa 4 tahun akan datang, 60% dari bantuan kerajaan ke kementerian ini, akan digunakan bagi membangunkan pusat komuniti, yang berkonsepkan cluster bukan lagi terkongkong pada peringkat daerah.

    Di setiap pusat komuniti kluster, akan dibina lot kedai, dewan orang ramai, balai polis, pusat kesihatan, pos malaysia, bank dan ATM, padang serbaguna, sukarelawan bomba kluster, surau, dan pusat kegiatan setempat. Kiosk-kiosk kerajaan seperti pendaftaran negara, imegresen, BPR, juga akan diuka di dalam kawasan ini.

    Model dari Singapura, UK dan US, akan diambil kira sebagai asas kepada pembangunan pusat ini.

    Sekian buat kali ini.

  29. Tanpa Nama // 20 Mac 2008 pada 6:47 PTG  

    hahahahahaa... boleh laa sapo2 yang nak buat tempahan prepaid secara borong... leh hubungi saya... nak daftar ahli pun boleh...

  30. Tanpa Nama // 21 Mac 2008 pada 12:02 PG  

    sebagai menteri MECD ...

    aku nak bagi geran berniaga sebanyak mungkin. geran. bukan pinjaman. tapi bukan bagi macam tu je. ada lah level-level dia.

    kalau level baru lahir, geran berniaga dia begini.

    lepas 1 tawon, kalau dia dah boleh merangkak, aku bagi geran lain.

    kalau dah boleh berjalan, aku cakap dia, "kau beli la basikal sendiri."

    hehe...

    reply tambahan utk entri kabinet, itulah, malaysia ni bukan besar mana, tapi byk betul menteri. semua terhegeh2 nak jadi menteri, ingat sumpah wallahi watallahi masa angkat sumpah tu perkara ringan je.

    huuu... mau menangis tu kalau betul2 kenang amanah berat dengan kalimat Allah tu.

  31. Tanpa Nama // 21 Mac 2008 pada 11:00 PG  

    AP Pasir Gudang takde dalam senarai? ...selalunya AP dari Johor ramai yg jadik menteri..

  32. Tanpa Nama // 21 Mac 2008 pada 5:52 PTG  

    Hm.. Nampaknya berdasarkan pemerhatian saya, Tun Sebol masih belum dapat ilham untuk menyenaraikan semua menteri-menteri...
    Kenapa??? Adakah beliau terlupa bahawa beribu2 blogger yang layak untuk menjadi menteri kabinet..
    Semoga kabinet akan penuh .. Kalau tak lantik je aku ke banyak Kementerian... Aku yang gila kuasa..

  33. Hasbullah Pit // 21 Mac 2008 pada 6:52 PTG  

    Kan saya dah batalkan, dan tinggalkan ia dalam bentuk draf sematamata, kerana tak berpuas hati dengan struktur kabinet yang berkecamuk,

  34. Tanpa Nama // 21 Mac 2008 pada 8:39 PTG  

    er...
    aku nak jadi menteri gak boleh???
    hehe...

  35. Hasbullah Pit // 21 Mac 2008 pada 8:51 PTG  

    menteil:

    Kuasa melantik menteri juga akan kuberikan kepadaMu

  36. Tanpa Nama // 22 Mac 2008 pada 8:43 PG  

    woit. tuan sebol. nama aku mana?.. aku pindah parti kang.. hahahaa

  37. Suara Perindu // 22 Mac 2008 pada 6:24 PTG  

    YAB Sebol,
    Terima kasih kerana memilih saya menganggotai kabinet tuan. Akan tetapi saya tidak boleh memperkatakan apakah dasar yang akan saya bawa kerana tidak dilantik sebagai Menteri Penuh. Lagi pun saya dah lima penggal menjawat jawatan ini. Jadi saya kira eloklah tuan berikan jawatan ini kepada YAB Budin. YAB itu bermaksud Yang Amat Berharap. Sekian dimaklumkan.

    * Sebol, aku di Golden Beach Resort, Port Dickson pada 24-26 Mac 2008. Mailah jumpa aku.

  38. milla // 22 Mac 2008 pada 8:28 PTG  

    waaah..boleh la buat scandal baru sbg timbalan menteri kesihatan..wah wah wah wah

    saya berjanji untuk buat yang terbaik

  39. mad redo1 // 23 Mac 2008 pada 8:31 PG  

    Tun Sebol,

    sesungguhnya mad redo1 berasa berbesar hati dengan perlantikan sebagai Menteri Pelancongan dalam kabinet Tun.

    sebagai lanhkah pertama ialah saya akan terus berjalan-jalan di sekitar malaysia untuk membuktikan dan mengenengahkan bahawa banyak lagi tarikan kepada warga tempatan dan juga warga asing untuk dijadikan destinasi untuk berkunjung, bukan sekadar untuk membeli-belah tetapi juga untuk memulihkan kesihatan mental yang kini nampaknya sudah berada di tahap yang agak membimbangkan di kalangan rakyat Malaysia.

    Langkah-langkah seterusnya akan dibentangkan dalam sesi-sesi kabinet yang kan datang.

    ...

  40. Tanpa Nama // 24 Mac 2008 pada 3:26 PTG  

    owh..timb menteri aku ek...kire ok la..ahaks..

  41. Nadlique // 9 April 2008 pada 8:03 PTG  

    Alhamdulillah, terpilih jugak. Haha :D

  42. Hasbullah Pit // 9 April 2008 pada 11:31 PTG  

    nadlique:

    Nasib baik kabinet belum bubar lagi.