Memang orang kampung zaman sekarang lebih moden dari zaman dahulu, akan tetapi, peningkatannya adalah begitu sedikit.
Suatu ketika dahulu saya cuba mengDVDkan orang kampung, cuba berkempen pilihanraya dengan medium DVD. Sambutannya begitu negatif, ramai orang tak boleh buka DVD. Berbanding kaum Cina terus sahaja membuat Video Chua Soi Lek dalam format DVD, tanpa perlu merisaukan samada format itu boleh dibuka atau tidak.
Itu persoalan Format, mana saya terpaksalah melupakan hasrat untuk berkempen pilihanraya dalam format DVD, tetapi terpaksa menggunakan VCD, nak guna SVCD pun rasa tak yakin. Format VCD adalah format yang paling mudah dibaca oleh banyak pemain.
Bila kita lihat sejarah, VCD dan DVD dicipta dalam selang beberapa tahun sahaja, akan tetapi di Masyarakat kampung, ianya seolah-olah langit dan bumi.
Maka sayapun turun padang berbekalkan VCD, akan tetapi itupun tak semua rumah boleh mainkan VCD. Maksudnya, dirumah itu, tiada pemain VCD ataupun komputer.
Mana terbuktilah sasaran Bill Gates untuk satu rumah 1 komputer sebagai GAGAL.
Maka, selalunya, saya terpaksa menjenguk sedikit untuk memastikan samada rumah tersebut mempunyai pemain VCD atau tidak. Agak sukar.
Maka dapat 1 taktik baru, Tengok bumbung, kalau ada penerima Astro, kemungkinan besar ada pemain VCD.
Berdasarkan kawasan DUN Seri Setia yang ditandingi Nik Nazmi, berdasarkan videonya (8:06), banyak betul rumah yang mempunyai Astro.
Begitu juga soal isu, Tatkala golongan pembangkang cukup banyak isu, masih lagi ramai yang berpendapat ianya bukan isu.
Sebagai contoh, Isu kenaikan harga barang, di kawasan kampung, mereka diajar supaya menganggap ianya sebagai perkara biasa, "Dulu 10 sen boleh beli banyak barang, sekarang ni memanglah tidak boleh, zaman berubah", kalau begitulah alasannya, apa guna kalau diterangkan konsep matawang, penawaran/permintaan. Mereka bukannya tahu yang zaman dulu beribu tahun manusia hidup tanpa inflasi akibat penggunaan Emas sebagai matawang.
Adakalanya terpaksa saya gunakan contoh lain yang boleh menggambarkan betapa rendahnya kuasabeli orang kampung.
"Zaman dulu, orang biasa boleh beli Toyota "KE", Zaman sekarang, berapa kerat sahaja orang kampung yang mampu beli VIOS"
Konsep politik pemerintahan juga ramai yang tak faham, ada juga yang berfikir, "kalau PAS memerintah, PAS tiada duit, Siapa nak bayar pencen". Memang lucu tapi itulah hakikat.
Golongan muda-mudi kampung pun tidaklah sebijak mana. Tiada yang mahu berhujah menegakkan "penjelasan kenaikan harga barang" dan "penjelasan Islam Hadhari".
Kebiasaannya, kubu kuat UMNO ialah dimana letaknya ramai orang Miskin, begitu takut mereka bila tak dapat bantuan akibat sokong pembangkang. Berangan Enam, Serkam Darat, Tedong Darat, Sempang Darat semuanya kubu kuat UMNO yang memperkudakan orang miskin.
Bila tengok dalam sistem, Kampung Jus di DUN asahan, mempunyai lebih 50 peratus yang dilabel "D".
Jadi dipendekkan cerita, satu-satunya cara untuk pembangkang boleh menang dikawasan kubu kuat UMNO yang memperalatkankan kemiskinan ialah menyekolahkan mereka.
Berpusing!!!!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Benar sekali.
Kita lihat sahaja di Kelantan. Kawasan mana dikuasai UMNO? Jawabnya Ulu Kelantan iaitu Gua Musang dan Jeli.
Menyekolahkan mereka mungkin akan memberi impak positif, tapi bukan sekarang. Generasi bersekolah ini kebanyakan bekerja di bandar dan tidak dapat mempengaruhi generasi tidak sekolah yang kita buatlah apa pun, tidak akan menukar pendirian.
Apa yang boleh dibuat sekarang, generasi bersekolah itu perlulah balik mengundi :)
ya! sesuatu harus dilakukan demi untuk memberitahu orang kampung apa yang berlaku kat negara kita ni....
Usaha untuk menyekolahkan mereka, memerlukan masa yang panjang....
Dah 2 minggu kakjie turun berkempen , bagi bahan cetakan . Minggu pertama kawasan perumahan cina, memang sambutan baik. Mereka lebih terbuka ttg banyak isu semasa.
Sabtu lepas masuk kawasan perkampungan melayu. Sekali tu masuk rumah Ketua Wanita parti makcik Rafidah tu....bila kita cakap utk masa depan anak cucu dia boleh jawap..
" anak2 sy semua dah berjaya dah.."
memanglah..sebab dia ketua wanita, semua dia bolot dulu...
betul2 mentaliti ketua parti BN!
off topic jap,
msjbox dah ok.. dapat email tak? kena install kod html baru yer..
betul tu. orang kampung masih ada sebut:
"kalau BN tak memerintah macam mana nak ada pejabat pos. duit gaji tak masuk. tentera polis takde"
Sengal. Tukang Kempen BN punya kerja. Membodohkan bangsa sendiri.