Alamat blog

Sekitar Hari Pilihanraya

3/08/2008 03:02:00 PTG | ,

Seawal pagi saya bangun untuk ke pondok panas PAS Sempang, aku kejutkan "jaga kubur".

Sebagai PACA no 1, di saluran 4, maka menanti PACA BN tiba, terpaksalah saya mangira slip undi berseorangan. Uji pensil, kemudian bila PACA BN datang, maka sesi 'seal' dilakukan.

Maka bermulalah undian, mulanya kerani itu tidak sebut nombor siri, terpaksa saya tegur, kemudian dia membacanya.

Kemudian datang pula ramai yang bawa Slip BN, saya tegur, maka mereka tak bawa lagi.

Sampai 1 ketika, ada seorang wanita cuba memasukkan kertasundinya, terselak sedikit, nampak pangkah PAS, tergamam saya seketika. Tak tau nak kata apa, rasa nak berterimakasih sahaja.

Selesai bertugas, saya ke Merlimau untuk mengundi, Keadaan situ agak ganjil, walaupun selemah-lemah PAS Sempang, masih lagi ramai orang.

Kemudian saya duduk seketika untuk meramaikan Sekolah Cina Merlimau dalam 1 jam.
Kemudian saya lalu ke Tedong, melihat Md Noor yang bersungguh-sungguh walaupun dengan bantuan beberapa kerat manusia.

Di Serkam Pantai mewah dengan Anggota pengibar bendera di tepi jalan.

Kemudian Balik ke rumah, singgah di SKM Merlimau, melihat PAS ditipu bulat-bulat, Pondoknya diukur dari pintu pagar yang tidak ditutup.

Berbalik kepada Sempang, rasanya dah ada teknologi yang cukup, tapi tak terbuat. Komputer ada, tapi tak sempat nak guna, Pencetak dah beli tapi tak sempat lagi nak cetak slip awal-awal.

Begitu juga kempen SMS, terlalu lambat dpat Idea untuk gunakan kempen SMS khusus pengundi sempang, lambat beberapa minit untuk kirim senarai nombor ke "kaki SMS", dia dah balik rumah.

Begitu juga soal bendera, bendera ada, tetapi terlalu lewat tiba dan konsep "visibility" tak difahami dengan baik. (biasanya orang kampung akan rasa lebih besar lebaih baik, lebih tinggi lebih baik berbanding dengan "eye level").

Walaubagaimana pun PACA BN tanya "Tahun ni PAS dapat banyak peruntukan ke"?

Banyak lagi benda perlu dipertingkatkan.

Pukul 5 nanti ank kira undi.....




Berpusing!!!!!!

12 komen

  1. Tanpa Nama // 9 Mac 2008 pada 8:26 PG  

    jaga kubur? sape tu....

  2. Tanpa Nama // 9 Mac 2008 pada 12:59 PTG  

    sebol... tempat ko pas menang tak ?

  3. rastom // 9 Mac 2008 pada 6:03 PTG  

    PAS rasanya hanya dapat peruntukan direct daripada kutipan derma rakyat, wang rakyat, bukan seperti BN yang boleh mengerahkan kesemua jentera dan dana tempias daripada treasury...he he...

  4. Hasbullah Pit // 9 Mac 2008 pada 7:32 PTG  

    dalin:

    öiüa nama dia.

    norf:
    Tak mennang, tapi majoriti BN menguncup

    Rastom:
    Kitorang dapat duit dari "Pesta Infak 2008"

  5. Tanpa Nama // 9 Mac 2008 pada 11:59 PTG  

    lagi empat tahun, kita tawan merlimau!

  6. Tanpa Nama // 10 Mac 2008 pada 9:22 PG  

    Takpe cuba lagi 4 tahun akan datang..
    Lepas ni ko plak jadi calon plak...

  7. Jie // 10 Mac 2008 pada 11:21 PG  

    pengalaman saya , tak ramai org yg sanggup turun berkerja untuk PAS. Ramai yg menyokong tetapi disebalik tabir sebab itu kami pun kekurangan tenaga kerja. Kita buat semuanya bukan di bayar upah, makan minum duit minyak tak pernah mengharapkan peruntukkan yang seciput itu.

    Mlm terakhir, kami bawa ceramah di kawasan pekan yang majoritinya pengundi cina dan itulah sejarah dapat kutipan rm 1200.00.

    Ada sponser hantu (senyap )dari orang2 cina untuk 2500 helai bendera PKR. Utk jimatkan kos, kami tk buat poster,semua dlm bentuk bendera. Boleh digunakan semula. Komputer & printer bawa dari rumah sendiri.

    Golongan wanita akan memasak sendiri dan kami buka nurseri sendiri untuk menjaga anak2 yg ibu2 pergi bertugas. Tahun ini kami membuat perancangan lebih teliti sehingga mempunyai jadual tidak spt thn 2004.

    Syukur walaupun ketiga2 DUN dapat pada BN, Parlimen menang dgn majoriti 198!

  8. Hasbullah Pit // 10 Mac 2008 pada 12:25 PTG  

    zool:
    Calon sedia ada dah OK.. aku tak perlu jadi calon.

    kakjie:
    Sempang takde muslimat

    kitorang dapat sponsior bendera 2 gulung (100 helai) yg belum jahit, 2 hari sebelum mengundi, tu yg jadi pintu gerbang

  9. Acaii Jawe // 10 Mac 2008 pada 12:34 PTG  

    slm bro sebol..
    kat kampung sy mmg kali ni lagi byk bendera PAS berbanding BN,hehe...:) tapi semuanya sponsor dari org perseorangan...:)

  10. Jie // 10 Mac 2008 pada 12:47 PTG  

    betul, memang dpt bendera 2 gulung..hehehehe..2 gulung tu lah kakjie menjahit sampai kul 2 pagi. Bahagi sesama sendiri...pakat2 buat sorang sikit

  11. Hasbullah Pit // 10 Mac 2008 pada 1:55 PTG  

    faisal & Kak jie:

    aku terasa macam nak belajar menjahit & beli mesin 1 biji

  12. Tanpa Nama // 14 Mac 2008 pada 5:53 PTG  

    Huh di tempat aku, even org DAP dan PKR pun lepak di pondok panas kami dan berkempen untuk calon PAS DUN Sg. Pinang - Klang.

    Dan ramai jugak la budak2 kaum India dan Cina (umur sekolah rendah) naik basikal keliling kampung bawak bendera PAS.

    Suami aku pun pernah tanya, berapa aku dapat merayu undi dan jadi petugas pilihanraya PAS. Buat aku gelak saja. Bukannya dapat duit.. kami yg kena sedekah duit.. hahaha..

    Anyway, di tempat aku PAS menang :D