Alamat blog

Isu keris masih lagi bermain di tempurung blog dan di media massa ataupun alternatif.

Hishamudin atau lebih dikenali sebagai "kerismudin" memohon maaf kepada kaum bukan melayu "jika" ianya keris itu menyakiti mereka.

Pada masa yang sama Hishamudin memohon maaf kepada orang Melayu kerana gagal mempertahankan keris.

Ini apa cerita?

Sensiviti kaum bukan melayu sebenarnya bukan kepada keris, Tatkala jemputan kahwin, Pengantin memakai keris, bukan melayu juga makan di kenduri itu.

Akan tetapi biasanya pengantin tidak pula menghunus keris sambil mengatakan "Keris ini akan memastikan tiada sesiapa menggangu isteriku".

Sudah beberapa kaloi perhimpunan Agung UMNO keris dibawa, akan tetapi ia tidak menjadi isu, sehinggalah satu saat di mana Hishamudin mengatakan sesuatu yang kononnya keris itu akan digunakan untuk mempertahankan hak melayu. Petikan asal kata-katanya tidak dijumpai akan tetapi bunyinya lebih kurang sebegitu.

Apa ertinya?
Maksudnya ianya adalah seolah-olah ancaman bunuh kepada bukan melayu sekiranya hak melayu tercabar.

Ia bukan salah keris sebagai warisan melayu yang orang melayu harus pertahankan.

Keris pada pengantin juga hanya sebagai warisan tradisi.
Tidak pula menjadi simbol kepada kata-kata "Jangan kacau isteriku".

Keris juga adalah umpama telur rebus yang ketika kenduri kahwin, ianya harus dipertahankan supaya warisan melayu itu tetap ada.

Kenapa Hishamudin tidak menghunus keris kepada bapa pengantin yang menghakis warisan melayu kerana menggantikan telur rebus dengan gula-gula?

Bukankah ia juga warisan melayu yang orang melayu harus pertahankan?

Saya masih ingat lagi ketika saya berkahwin dahulu, saya tetap akan menggunakan telur rebus dalam bentuk telur pindang supaya warisan dikekalkan.

Saya juga menggantikan gula-gula dengan wajik.

Kembali kepada cerita keris, ianya sepatutnya menjadi warisan melayu sampai bila-bila, HIshamudin boleh bawa keris di Perhimpunan Agung UMNO tanpa perlu mengeluarkan ia dari sarungnya sambil berkata sesuatu yang berbentuk perkauman.

Sekiranya kaum cina gagal mempertahankan budaya mereka, itu salah dia.
Begitu juga dengan orang melayu yang gagal mempertahankan budaya melayu termasuk dari sudut pemakaian.

Budaya juga boleh dipromosi supaya kaum lain juga saling bertukar-tukar kebudayaan.

Tak perlu semua menjadi "orang putih" kerana terikutkan kemodenan.


Adakah benar kaum bukan melayu takut kepada keris?
Sebenarnya tidak. kerana terbukti kenduri kahwin boleh dihadiri oleh kaum bukan melayu.

Yang menjadi isunya ialah ancaman bunuh yang keluar dari mulut Hishamudin.

Oleh kerana dia terlalu lambat meminta maaf, keris pula yang menjadi mangsa, kaum bukan melayu menjadi keris-phobia, atas sebab hishamudin.

Ya ia memang berlaku, di laman-laman web bukan melayu, ada memperkatakan kesensitivian mereka dengan keris, walhal mereka sepatutnya mengatakan kesensivitian mereka terhadap ancaman bunuh itu.

Seorang berbangsa Cina di kawasan Kampung Seri Minyak yang saya temui ketika turun padang suatu ketika dulu, juga pernah mengatakan ianya tidak patut dilakukan dimana dia adalah ahli MCA.

Isu keris bukan isu pembangkang sahaja.

Isu keris juga menjadi Isu MCA.

Suatu ketika dahulu, pemuda MCA telah berucap secara terbuka supaya pemuda UMNO menjunjung perlembagaan dan bukannya keris. Khairy Jamaludin ada ketika itu tetapi tidak membaca terjemahan teks ucapan pemuda MCA itu. Ianya sepatutnya boleh diselesaikan diperingkat UMNO dengan MCA.

Orang bukan Melayu tak kira parti MCA atau DAP atau parti lain sebenarnya memang terhiris akibat kata-kata Hishamudin ketika menghunus keris. Bukan kerana hanya menghunus keris.

Jadi, adakah orang melayu perlu mengancam bunuh sambil menghunus keris kepada Hishammudin kerana memusnahkan warisan melayu?

Jadi, Hishamudin bukannya perlu meminta maaf kerana keris, akan tetapi meminta maaf atas kata-kata berupa ancaman bunuh.

p/s:
Minta tolong carikan URL asal kata-kata Hishamudin ketika perhimpunan Agung UMNO 2005 DAN URL berita tentang Khairy Jamaludin tidak membaca terjemahan teks ucapan Pemuda MCA.




Berpusing!!!!!!

7 komen

  1. Tanpa Nama // 29 April 2008 pada 5:15 PTG  

    Tuan Hasbullah,

    Pada hemah hamba, adanya bertukarnya penggunaan telor kepada gula-gula di majlis perkahwinan adalah juga salah UMNO dan Barisan Nasional. Apa tidaknya, harga telor naik bersama naiknya harga barangan lain.

    :)

  2. mob1900 // 29 April 2008 pada 5:46 PTG  

    Thank you for speaking the truth and getting it right.

  3. Tanpa Nama // 29 April 2008 pada 11:12 PTG  

    Bro Sebol,saya rasa sekurang-kurangnya Hishamuddin berani meminta maaf walaupun die tau orang melayu akan mara kepada dia.Adakah karpal Singh berani meminta maaf di atas ketelanjuran katanya yang telah mengguris hati umat islam termasuk kawan2 seangkatan dalam Pakatan Rakyat.


    Hishamuddin yang telah meminta maaf, bukan saja akibatnya dia dimarahi oleh orang melayu,tetapi hasilnya juga diputarbelitkan oleh YB Lim Kit Siang bahawa kononnya pemohonan maafnya langsung tidak ikhlas.

  4. Hasbullah Pit // 29 April 2008 pada 11:24 PTG  

    Tanpa Nama:

    Ya, Aku akui dia agak berani.

    Dia minta maaf kepada bukan melayu dengan ada perkataan "jika", maksudnya dia pun tidak tak berapa yakin bagaimana keris boleh menghiris perasaan bukan melayu.
    Hakikatnya kata-katanya pada tahun 2005 yang "mengancam", bukannya keris.

    Akan tetapi apabila keris sering diulang tayang, menyebabkan seolah-olah ancaman itu berulang.

  5. Sagaladoola // 30 April 2008 pada 10:40 PG  

    Oiii Tanpa Nama,

    Jangan cakap tanpa siasat. Lim Kit Siang dah kata dia memaafkan Hisham lah walau macam mana pun.

    Ini orang Malaysia yang marah .. Jangan salahkan orang lain.

    Sekian....

  6. Tanpa Nama // 30 April 2008 pada 12:47 PTG  

    Mr sagaladoola, saya tak tulis YB Lim Kit Siang tidak memaafkan Hishamuddin, lagipun terpulang pada diala samaada die nak maafkan atau tidak, tiada siapa yang kisah.Tetapi apabila dia menulis di blognya,saya kisah,kerana dia dapat mempengaruhi pemikiran orang lain.


    Sebab itu, saya tulis di atas YB Lim Kit Siang cuba untuk memutarbelitkan statement seolah-olah supaya orang yang masuk ke blognya tidak menerima permohonan maaf Hishamuddin begitu sahaja.

  7. Tanpa Nama // 30 April 2008 pada 5:48 PTG  

    Wahai,
    Apa guna pakai keris kalau tak berani menghunusnya??
    Mungkin Tuan pakai keris kerana nak main-main aje...nak tumpang glemer hulubalang,..tapi sebenarnya PENGECUT!!
    Pertua pahlawan Melayu, kalau berkeris biarlah sanggup menghunusnya!!

    Saya takut bukan aje keris, tetapi akhirnya nak sebut perkataan Melayu pun banyak yang kecut,..apa tah pula nak mempertahankan ayat dan perkataan ALLAH!!! Takut tersinggung hati dan perasaan kaum dan penganut agama lain!!