Alamat blog

Jangan tutup kes lagi .


Sudah berhari-hari negara kecoh akibat sifat binatang bernama babi yang tidak pandai menjaga kebersihan dirinya.

Berbanding kucing, kucing boleh menimbus najisnya, dan menjilat bulunya untuk membersihkan diri.

Tidak dinafikan Hak bukan islam untuk memakan babi.
Tidak dinafikan Hak umat Islam supaya boleh tinggal tanpa pencemaran.

Jadi adakah langkah kerajaan negeri Selangor lama dan baru untuk mempertimbangkan (Kerajaan lama kata belum lulus, Teresas Kok kata sudah lulus, Khalid kata wajar diteruskan dengan sedikit pengubahsuaian) pembinaan Kandang Babi moden itu wajar?

Adalah lebih mudah kalau kesemua yang melibatkan babi tidak melibatkan orang Islam, maksudnya, tidak melibatkan kerajaan terdiri dari orang islam dan bukan islam.

Apa kata, kalau persatuan penternak babi, mencari pelabur tempatan, membina kandang babi moden di negara lain seperti Vietnam.

Dalam erti kata lain, Pelabur Babi Malaysia, akan mempunyai ladang babi moden di Vietnam.

Pengusaha ladang babi di Malaysia, tutup ladang, clear stock, kemudian beli saham syarikat itu.

Semua orang tak pening.




Berpusing!!!!!!

6 komen

  1. Tanpa Nama // 11 April 2008 pada 3:09 PTG  

    Bro sebol, poster2 bertajuk Parti Khinzir Rakyat sudah mula dieadarkan di masjid negeri Selangor,menandakan serangan sudah dimulakan..Harap2 duit kos untuk mencetak poster2 berkulit kualiti ini bukan datang dari duit kerajaan pusat.


    Nampaknya isu babi ini akan terus panas diperkatakan sehingga kerajaan negeri dapat mencari jalan penyelesaian terbaik..

  2. Hasbullah Pit // 11 April 2008 pada 3:32 PTG  

    Kerajaan BN Selangor dan Pakatan Rakyat selangor kedua-duanya cuba menyelesaikan masalah kandang babi yang sedia ada.

    Mereka (BN + PKR + PAS + DAP ) selangor walaupun macam bercakaran isu babi, tapi sekurang-kurangnya berusaha mencari penyelesaian kandang babi sedia ada.

    Kerajaan BN Melaka, lagi best, takde penyelesaian.

  3. Sue.Aleen // 11 April 2008 pada 11:39 PTG  

    bagi aku la sebol.. aku nak tunggu dulu dari terus nak hentam kromo ni.. bukan makna tak sensitif.. tapi silap haribulan yang terlebih menghentam, dihentam pula suatu hari dan ketika nanti...

  4. Bulan Penuh 2012 // 12 April 2008 pada 12:56 PTG  

    Seorang sahabat saya di Tumbok menceritakan kisah menjadi penunjuk perasaan upahan dan mendedahkan cukai ufti kepala babi yang dibayar oleh tokey2 babi di Selangor kpd ketua2 kampung Umno selama ini.

    http://bulanpenuh2012.blogspot.com

  5. Hasbullah Pit // 12 April 2008 pada 3:11 PTG  

    anak bulan,

    Oleh kerana blogmu itu penuh dengan pendapat sendiri, maka telah kuberaspadukannya.

  6. nasa // 13 April 2008 pada 1:58 PG  

    maklumat terbaru tentang flyers yang disebar dimasjid2 sekitar shah alam berkenaan isu babi ini adalah kerja KJ. Ini tak lain sebab dia nak jatuhkan Khir Toyo dalam perebutan ketua pemuda UMNO