Alamat blog

Mekanisme Pengesanan Pautan

Salah satu matlamat berblog adalah untuk menyampaikan maklumat dan menerima maklumat akan tetapi terdapat banyak blog yang satu hala sahaja.

Hanya memberi maklumat dan menerima maklumat di blognya sahaja.

Akan tetapi banyak terjadi maklumat perihal empunya blog dipautkan daripada blog lain.

Pautan kepada blog boleh dibuat ke laman utama blog, atau ke pautantetap sesebuah catatan.

Sebagai contoh, Ali Rustam membuat catatan blog tentang Lee Kah Choon, Oleh kerana dia popular, maka banyak blog lain yang membuat pautan ke catatan itu.

Akan tetapi Ali Rustam tidak dapat menjumpai siapakan yang membuat catatan blog menceritakan tentang catatan blognya itu. Melainkan dia mempunyai mekanisme mengesanan pautan.

Bagaimana dia hendak tahu yang adanya pihak lain yang bertanyakan apa maksud optunis.

Jadi Memang setiap blog organisasi politik atau ahli politik perlu menyediakan mekanisme pengesanan pautan, samada ianya tertutup atau terbuka.

Mekanisme pengesanan pautan secara tertutup adalah dengan mengadakan statistik seperti googleanalytic atau extreme-dm atau sitemeter dimana dia boleh lihat daripada mana datangnya pengunjung.

ATAU

Secara separuh terbuka, dimana statistik boleh dilihat oleh pengunjung.
Kebiasaannya ia tidak menunjukkan ke artikel manakah pengunjung datang.

Bagi mengesan pautan bagi setiap catatan, terdapat 2 cara yang diintegrasikan dengan blog untuk mengetahui siapa yang membuat pautan terhadap catatan tertentu.

sebagai contoh, platform blogger menggunakan protokol backlink. Ini tutorial cara menghidupkan backlink pada blogger.

Contoh backlink di platform blogger:


Akan tetapi platform blogger tidak menyokong protokol trackback seperti yang digunakan oleh wordpress atau platform lain.

sebagai contoh, catatan Rastom ini mempunyai maklumat tentang SHEN YEE AUN telah membuat pautan kepadanya.




Terdapat juga cara lain, iaitu menggunakan pihak ketiga untuk mengesan pautan. Sebagai contoh, Anwar Ibrahim menggunakan technorati sebagai pengesan pautannya.



Terdapat juga cara melampau untuk mengesan pautan, seperti anilnetto. Dengan cara membuat suapan RSS kepada blogsearch "link:anilnetto.com"



Kemudian ditiru oleh saya.




Jadi, Cadangan garis panduan penarafan blog politik Malaysia adalah:

"Menyediakan mekanisma pengesanan pautan samada ianya tertutup atau terbuka."




Berpusing!!!!!!

6 komen

  1. Jie // 28 April 2008 pada 6:28 PTG  

    Ramai blogger masih tak faham pautan catatan dengan pautan ke laman utama....

    Kak Jie tak pandai teknikal untuk menerangkan secara mudah...

  2. rastom // 28 April 2008 pada 7:59 PTG  

    Feedburner pun cangih juga.

  3. Hasbullah Pit // 29 April 2008 pada 9:44 PG  

    Aku cerita pasal benda lain, Kak Jie dan Rastom cerita pasal benda lain.


    Mungkin peneranganku tidak jelas.

  4. Jie // 29 April 2008 pada 12:00 PTG  

    Biasalah sebol, tiada perkataan yg secara unggulnya dpt menerangkan maksud dengan tepat apalagi jenis penulisan hang yang berteknikal sakan ni...


    sebab tu tajuk kena seiring dengan kandungan enrti yang hendak disampaikan...


    Boleh terangkan secara jelas tak Sebol supaya apa yang hendak disampaikan itu mencapai sasaran yang sepatutnya.. he he he

  5. Hasbullah Pit // 29 April 2008 pada 12:06 PTG  

    Mungkin saya kena tulis.


    buatlah apa cara sekalipun asalkan kita pemilik blog boleh tahu bila ada orang membuat pautan kepadanya.

    lupa pula saya untuk menjadikan feedjit dan refferer.org sebagai contoh.

  6. rastom // 29 April 2008 pada 1:03 PTG  

    OAH@! trackback hehehe, faham faham...sori sangat sangat pasal salahfaham....mungkin silap baca kot