Alamat blog

Ini adalah 3 cerita dalam satu.

Memang sekarang ini isu babi di Selangor hangat, ada yang kata perlu, ada yang kata tak, ada yang cuba nak hina kerajaan baru, ada yang belit macam macam.

Begitu juga dengan program angkasawan, ramai yang kata membazir, ada yang kata tidak. Ada yang perlekehkan kenapa tak pandu sendiri kapal angkasa, ada perlekehkan kenapa tak buat kapal angkasa sendiri.

Ada pula menteri yang mensasarkan untuk buat kapal angkasa sendiri daripada kejuruteraansongsang kapal soyuz yang hendak dibeli.

Begitu juga terowong smart, ada yang persoalkan kenapa dia tutup beberapa hari dan menyebabkan jalan sesak.

Ya, ia memang berfungsi sebegitu, alirkan limpahan air sungan kelang ke tasik melalui terowong kenderaan yang ditutup secara manual. Bila air lalu, adakalanya kotor dan perlu dibersihkan.

Terowong itu sememangnya perlu beroperasi secara manual, jika tidak mungkin ada orang yang lemas kerana tertinggal di terowong ketika air lalu.

Pintu keluar kecemasan perlu ditutup secara manual juga.

Ya memang kosnya tinggi, tidak dinafikan, mungkin ada pihak yang dapat komisyen. Akan tetapi kalau tiada "komisyen" , kosnya tetap tinggi.

Selain daripada politik di Malaysia untuk membentuk kerajaan, akan tetapi sepatutnya politik di malaysia boleh digunakan untuk membentuk insan.

Sememangnya insan di Malaysia tidak sempurna, namun jauh ketinggalan cara pemikirannya berbanding negara maju. Tak sepadan dengan pendapatan negara yang melimpahruah.

Ketika pilihanraya yang dulu, isu alam sekitar langsung tidak dijadikan isu pokok ketika berkempen samada di pihak BN ataupun parti lawan.

Macam mana nak membentuk pemikiran rakyat bertaraf negara maju?

Berbalik kepada isu babi, hanya satu pemblog yang mempersoalkan adakah ia benar-benar selamat.

ana khuatir kesilapan manusia sedikit sahaja akan menyebabkan pencemaran yang memudaratkan penduduk, walaupun sistem itu berfungsi 99%.

Akan tetapi, tidak pula kita diberikan URL tentang teknologi dan risiko yang ada.

Berpindah ke isu Program Angkasawan yang dikatakan membazir itu, persoalan yang sering diutarakan oleh orang moden berfikiran cetek:

Kenapa tak pandu
Kenapa tak buat kapal angkasa sendiri

Kemudian menteri menjawap, Ya kita akan buat, Ya kita akan adakan itu ini.

Bagi saya pandu kapal angkasa, buat kapal angkasa hanya aspek pengangkutannya sahaja.

Mengapa nak ribut-ribut pasal pengangkutan sahaja?

Banyak negara maju yang ada program angkasa, tidak melancarkan sendiri kenderaannya.

Ada negara yang tidak berapa maju, ada modul sendiri di ISS.

Kalau malaysia serius dengan penyelidikan angkasa, sepututnya sudah lama kita kirim sahaja bahan untuk dikaji kepada penduduk ISS.

Kalau Malaysia serius, kita tidak ribut-ribut fikir untuk menyediakan kenderaan ke angkasa dan menyediakan pemandu kenderaan.

Tiba masa untuk kita fikirkan Modul Malaysia di ISS untuk mengkaji 1001 kajian yang berkait dengan 1001 bidang.




Berpusing!!!!!!

16 komen

  1. Tanpa Nama // 10 April 2008 pada 11:07 PG  

    logik....logik...betul...betul....

  2. Hasbullah Pit // 10 April 2008 pada 11:17 PG  

    Boring la berblog kalau semua orang sokong je... sanggah la sikit.

  3. Umno(Lame) Kg Pisang // 10 April 2008 pada 12:07 PTG  

    Suke Teman dengan ulasan teknikal..baru le ade klass..
    **Berbondong rakyat minte harge minyak diturunkan.. tapi turunke harga barang kalau harga minyak turun..?

  4. Kavi // 10 April 2008 pada 12:08 PTG  

    even though ur views are different, they still hold water... hopefully we can learn to look at different angles of all issues...

    syabas!

  5. Azhar Ahmad // 10 April 2008 pada 12:25 PTG  

    Saya pula mahu tanya. Babi dibolehkan dalam pembentukan negara islam. Atas alasan umat agama lain dibolehkan makan babi. Judi yang semua agama menolaknya tidak pula dijadikan isu. Mengenai keseklamatan. Tidak perlu risau. Cuma yg perlu diingat, lepas ni kandang babi melaka dah boleh tutup.

  6. Hasbullah Pit // 10 April 2008 pada 12:37 PTG  

    umno kampung pisang:

    Cerita harga minyak tulis topik harga minyaklah.

    Sila poskan ulasan anda semula di topik ini


    kav:
    It's human factor.

  7. Hasbullah Pit // 10 April 2008 pada 12:41 PTG  

    azhar ahmad:

    Sebenarnya orang Melayu adalah babi-phobia, bukannya haram-phobia.

    haram-phobia itu meliputi judi-phobia, arak-phobia, riba-phobia dll

  8. Tanpa Nama // 10 April 2008 pada 1:14 PTG  

    Terowong Smart adalah satu kepandaian manusia ciptaan Allah, sebagai pengguna memang ianya memberikan kelancaran apabila dibuka dan kesesakan apabila ditutup. Menuduh komisyen itu dan ini tampa bukti rasanya keterlaluan.

    Babi-babi di Selangor ni memangnya banyak, kalau dicedok air di Morib dan Bagan Lalang dan diteropong mungkin bergedik gedik kuman babi. RM100 juta untuk babi-babi. Duit tu datang dari rakyat Selangor baik Islam dan bukan Islam. Sama-sama ada share ternak BABI�. Uwek6..

    Angkasaraya memang luas.. roket berdesup ke legar angkasa� tup-tup kereta savy ada defect.

    Sebol yg tulis blog ni Jurutera ke? cakap macam Ir. Jgn main-main nanti terowong runtuh, najis babi bersepah dan roket menjunam�

  9. Hasbullah Pit // 10 April 2008 pada 1:46 PTG  

    Tanpanama:

    Sebab itu saya tulis "mungkin".

    Saya bukan Jurutera, tak semestinya bukan jurutera tak boleh berfikir dari sudut kejuruteraan.

    Kalau di sesebuah negara, hanya Ir sahaja yang boleh fikir dari sudut kejuruteraan, bukan negara maju namanya.

  10. Tanpa Nama // 10 April 2008 pada 2:07 PTG  

    Sebol..
    Memang kalau kita bukan jurutera kita tak boleh fikiran kejuruteraan... orang negara maju tak buat begitu..Doktor, Jurutera, Jurukur Bahan semuanya profesional.. u cant simply jadi mereka... salahle bro.. jangan ashik nak menang aje...

    >>>umno kg pisang.. u from Batu Gajah ke?

  11. Hasbullah Pit // 10 April 2008 pada 7:24 PTG  

    Tanpanama

    Aku menghormati cara pemikiranmu.

  12. Tanpa Nama // 11 April 2008 pada 12:45 PG  

    hmm... babi haram .. haram dan haram ... sensitif sangat orang melayu ngan babi ... sensitifnya sampaikan dulu perkataan babi pun tak disebut .. disebut khinzir .. ada ulasan mengatakan warga ISLAM selangor akan menikmati hassil WANG HARAM !!! yang herannya .. kalau kita melalui lebuhraya persekutuan menghala ke shah alam .. ada dua bangunan yang menghasilkan benda haram tapi takder pun dihebohkan keHARAMannya... kan ada dua kilang arak tu ... dah berpuluh tahun, takder pulak orang berpiket... kenapa yer?? seorang kawan saya yang bukan islam pernah bertanya .. kenapa orang melayu (islam) senang-senang tonggang arak ... tapi tak nak makan babi .... fikirkan ...

  13. Tanpa Nama // 11 April 2008 pada 3:04 PG  

    Bro sebol, wakakakaka, cerita pasal isu babi ini, teringat cerita SIMPSON..Orang yg kreatif bagi idea pasal risiko KESELAMATAN tuh mesti terpengaruhh dengan movie Simpson.


    Saya tak pasti sangat pasal isu babi di Selangor ni.Jadi takmola komen lebih2..Persoalan pertama, adakah duit untuk laksanakan projek tu datang dari kerajaan negeri?? Kedua, bagaimanakah dengan satuts ladang2 babi yg lain di Selangor yg selama ini tidak pernah menepati tahap piawaian kebersihan??


    Saya rasa, klau nak buat pemusatan satu ladang Babi besar-besaran di satu kawasan takde salahnya dengan syarat ladang2 babi di kawasan lain di Selangor perlu di tutup.Dengan pemusatan di satu kawasan, maka lagi senang nak kawal, dan mungkin kawasan baru yg diberi dah tak mengangu gugat penduduk di sekitar..


    Cuma persoalan terkakhir ialah,adakah kerajaan SElangor sudah meneliti dengan teliti projek bekernaan terlebih dahulu dari segi semua faktor termasuk faktor cerita SIMPSON(di mana dengan kecuaian seorang satu bandar boleh tercemar) dan merujuk kepada Jabatan Alam Sekitar terlebih dahulu sebelum bersetuju dengan projek berkenaan?

  14. Tanpa Nama // 11 April 2008 pada 5:25 PG  

    hari2 sekarang ni bila buka berita je , asyik2 isu yang sama...tapi bila sendiri yang buat pandai pulak dicover dengan serapi2nya...habis saluran mana lagi yang de berita best??????????????????

  15. Aneroid // 11 April 2008 pada 7:37 PG  

    bab babi tu, mcm bro sebol kata la, melayu ni babi-phobia, bukan haram-phobia.

    meh tgk pendapat mengenai angkasawan kat sini >> http://aneroid09.blogspot.com

  16. Tanpa Nama // 11 April 2008 pada 8:20 PG  

    kerajaan sanggup guna duit bermillion2 utk hantar seseorg yang xda pendedahan langsung tentang kejuruteraan dan teknologi angkasa ke angkasalps, tetapi menghadkan duit utk penyelidikan tentang aeroangkasa di universiti tempatan, sehinggakan research2 mengenai aero-angkasa di uni tempatan amat terhad sekali...pensyarah yg dihantar belajar ke luarnegara dlm bidang ini, mempunyai potensi yg besar kerana didedahkan dengan on-field teknologi ketika diluar negara, tetapi bila pulang utk mengajar, terpaksa menurunkan level sbb tiada peruntukan, tiada teknologi dan tiada sokongan kerajaan maupun industri...jadi, walaupun seorang angkasawan berjaya dihantar ke ISS dengan berbekalkan satay dan nasi himpit, apa faedahnya pada penyelidikan angkasa di malaysia jika tujuannya hanya ingin 'famous'-quote: supaya malaysia dikenali di mata dunia.-?!!!...program ini hanya dikatakan berjaya jika penyelidikan ttg angkasa dihebatkan di universiti tempatan, byk pusat penyelidikan dan 'support centre' atau 'ground station' dibina di malaysia utk pantauan aktiviti di angkasa lps, peruntukan yg amat banyak utk pembangunan teknologi angkasalps utk syt seperti Astronautic bhd, Agensi Angkasa negara dan sebagainya..(teknologi angkasa ni memerlukan peruntukan yg amat besar, bukan cikai2 jer),apabila perkara ini diambil kira, maka peluang penyelidikan, pekerjaan dan pembangunan teknologi dpt dikembangkan lagi, supaya ramai pelajar2 menaruh minat 200% kat bidang aeroangkasa...jd, ade la faedahnya jugak dr sms pi iss tu, dan tak payahla student space mcm aku ni, terpaksa berhempas pulas kat luar negara, buat research hebat2, submit thesis ke international jurnal...tp balik mesia, melangut je kat opis....kalu tak, baikla duit yg kasi kat dr SMS tu kasi kat students yg betul2 serius nak jd space engineer wat pi blaja..dan guna wat research..