MIER sahkan Matawang Ringgit dibawah nilai walaupun ia meningkat kepada 1USD = RM 2.80.
Mohamed Ariff felt there is no reason for the local currency to grow weaker, but rather appreciate to RM2.80 in the next two to three years.
"It is still undervalued and the ringgit should really get back to a level which is commensurate with the fundamentals.
"We believe the ringgit should continue to appreciate, and probably the central bank should let the ringgit rise even more by removing some of the remaining controls," he added.
According to him, the ringgit is not completely free to move in the sense that Bank Negara Malaysia "still keeps some controls on it," especially in maintaining the ban on offshore trading.
"If you unshackle the ringgit from those kinds of controls, the ringgit can fly higher," he contended.
Apa maksudnya?
Sebelum ini sudah beberapa kali saya katakan bapa kepada punca segala kenaikan harga barang adalah berpunca dari matawang Ringgit yang di bawah nilai.
Bukan BN yang sengaja menaikkan harga supaya lebih untung.
Bukan.
Kesan daripada nilai Ringgit yang dibawah nilai begitu banyak.
Hampir semua barang akan naik terutama sekali yang diimport.
Tak kiralah apa barang sekalipun, kalau nilai Dollar Amerika sedang turun. dan saya ramalkan akan turun lagi dan lagi.
Tidak dinafikan bahawa faktor bekalan mendorong kenaikan harga barang, akan tetapi itu bukan dibawah kawalan kita. Takkan kita nak tanam lebih banyak gandum di Brazil.
Suatu ketika dulu saya pernah mempersoalkan kenapa Menteri Kewangan Tidak dipersalahkan sebagai punca kenaikan harga barang?
kerana Menteri Kewangan juga adalah Perdana Menteri yang tak faham Kewangan dan berada di taraf yang lebih tinggi dari Shafie Afdal.
Kerendahan nilai ringgit akan mengakibatkan semua kos meningkat, bukan hanya melibatkan barangan pengguna, akan tetapi melibatkan sektor pertanian, pembinaan, bla bla bla (nyatakan semua sektor).
Sebagai komuniti besar yang bergelar "Pengguna", kenaikan harga barang akibat dari kerendahan matawang ringgit lebih dirasai oleh ramai orang.
Penanam padi akan merasakan 1001 kenaikan .
Asked when MIER expects the central bank to make such a move, Mohamed Ariff replied: "Right now the confidence level is very high, and this is a question you should ask them, but my recommendation is the sooner we do it the better."
Kini kita ada Menteri Hal Ehwal Pengguna yang baru, diharap lebih berani untuk menyalahkan Menteri Kewangan sebagai bapa kepada punca kenaikan harga barang.
Apungkan Ringgit SEKARANG.
sungguh jelas jalan ceritanya..
Ada lagi 22 juta orang yang belum faham.
sekarang USD1=rm3.18
maksud apungkan ringgit tu, tambat kembali ke?
err tak paham la bro
sebelum anwar kena sack, ringgit apung
selepas itu ringgit di tambat dengan USD sahaja
1USD = 3.8
lepas tu USD jatuh, ringgit pun turut jatuh.
Mahathir marah
Tapi Paklah tak tahu menahu
Anwar masih dalam penjara.
2005, Zety umumkan ringgit ditambat kepada beberapa matawang. tetapi USD tetap faktor pemberat yang kuat.
Selepas tu USD jatuh lagi, Ringgit naik berbanding dollar , tapi jatuh berbanding matawang lain.
sebelum pilihanraya 2008, MIER dah cakap apungkan ringgit, menteri degil.
BN kalah teruk pilihanraya atas isu kenaikan harga barang walaupun pakatan rakyat tak mainkan penyelesaian apungkan ringgit sebagai modal politik.
macam mana pun ringgit perlu diapungkan dulu supaya berada pada nilai sebenar.
selepas tu, bila pakatan rakyat dah naik, Husam naik, aku akan racun husam untuk tambat ringgit kepada nilai emas.
Aku tak jawap soalan Rjuna rupanya,
Apungkan ringgit itu maksudnya ringgit boleh diniagakan, ada permintaan dan penawaran, maka dapatlah nilai ringgit sebenar.
walaupun itu bukan penyelesaian terbaik untuk 100 tahun akan datang, akan tetapi itulah cara sementara bagi perbetulkan nilai ringgit supaya dapat nilai sebenar dan kurangkan permasalahan harga barang naik oleh rakyat.
long run, aku tetap dengan ideologi aku untuk tambat ringgit sedikit dengan emas.
bulan lepas gua tak rasa beb. bulan ni gua rasa. terapung-rapung
Bro sebol, ianya bukan disebabkan sengaja-sengaja untuk mengawal mata wang kita.Gawat dulu 1998, disebabkan banyak pengaliran mata wang keluar dari negara.Dan inilah punca yg merudumkan nilai mata wang kita.Kalau kita open market kita tanpa kawalan yg tertentu,perkara lama boleh berulang kembali.Syarikat asing datang konon nak invest,tak sampai setahun dah cabut bawak keluar semua duit.Ditambah pula dgn populasi buruh asing yg banyak dan suka menghantar duit ke Indonesia,cthnya.
Sebenarnya,bila bercerita pasal soal mata wang,bukan semudah berbicara dengan gunakan reserve untuk menambat pada emas saja.Banyak faktor lain yg mempengaruhi turun naik reserve BNM seperti Balance dari Import dan Eksport,faktor keperluan likuiditi dan sbgnye.Walaumacammanpun ringgit sudah diapungkan sekarang,mungkin ada kawalan tertentu yg masih lagi dikekalkan atas sbb2 tertentu.
Dan bagi saya,BNM buat kerja dengan baik sekali setakat ini,malahan kita terlepas dari gawat pun disebabkan kepakaran diorang mengawal selia ekonomi negara.Kerajaan buat polisi,polisi tanpa memikir panjang dan akibatnya memakan ekonomi negara,BNM juga yg tolong setelkan.Kesian kat BNM nih.Mungkin kementerian kewangan patut diletakkan di bawah BNM,bukan BNM di bawah kementerian kewangan.
Aku bukanlah orang yang terlampau pro kepada pengapungan Ringgit, sehingga seolah-olah Matawang kita jadi komoditi pula.
Akan tetapi buat masa ini, itulah penyelesaian yang sesuai mengikut kehendak masa kini.
Sebagai mana pengikatan Ringgit kepada USD pada 1998 dahulu, ianya sesuai dengan waktu.
bila Ringgit dah kembali ke nilai asal, rakyat dah tak sengsara, maka ketika itu ia diikat dengan komoditi dan emas.