Alamat blog

Menteri Kekkwa KBBP, Y.B Rastom telah mengusulkan penubuhan satu suruhanjaya penarafan Blog ADUN/MP.


Saya dengan ini sebagai Menteri Kekkwa Siber Malaya mengusulkan supaya TYT mencadangkan penubuhan satu Suruhanjaya Penarafan Kelayakan MP/Adun menilai blog blog wakil rakyat Malaysia dari pelbagai aspek seperti penggunaan bahasa yang baik, isu yang relevan dan mana mana blog yang gagal ini di berikan apa apa hukuman mandatori.

Saya telah menerima usul ini dan berpendapat satu suruhanjaya perlu ditubuhkan diperingkas siber, untuk memartabatkan budaya berblog politik di Malaysia.

Cadangan nama suruhanjaya ialah "Suruhanjaya Penarafan Blog Politik Malaysia". Dimana ia merangkumi:

  • Blog ADUN/MP
  • Blog Parti Politik
  • Blog Ahli Politik
  • Blog Sayap Parti politik, seperti Dewan-dewan PAS, AMK, Puteri/Putera/wanita UMNO, dan apa pun sayap politik. .. yang rasmi sahaja.
Suruhanjaya Penarafan Blog Politik Malaysia yang akan dibentuk itu tidak mempunyai kuasa, akan tetapi hanya mencadangkan blog politik badan tertentu itu mengikut garis panduan yang disediakan.

Garis Panduan akan terbahagi kepada 2, dimana terdapat perkara wajib yang dipatuhi sebelum dapat penarafan. Dan perkara yang digalakkan sahaja.

Untuk mendraf Garis Panduan Wajib dan Garis Panduan galakan agak memeningkan kepala kerana banyak perkara perlu dikaji.
Dari soal bahasa, soal nettique, soal ciri-ciri blog yang perlu ada dan lain-lain.

Saya sedang mengkaji, akan tetapi pengunjung bolehlah mencadangkan perkara wajib dipatuhi sebelum dapat penarafan dan perkara galakan.

Jadi, sementara saya mendrafkannya, sudikanlah nyatakan perkara apakah yang wajib, perkara apakah yang hanya "galakan".

Adakah Tajuk Catatan blog "Title Case" adalah wajib?
Adakah Ulasan terkini wajib dipaparkan? atau hanya galakan?




Berpusing!!!!!!

2 komen

  1. Elhakim // 20 April 2008 pada 10:29 PG  

    TYT Elsebol ,

    aku cuma membayangkan tiba2 blog diharamkan di negara kita kerna ia terlalu overwhelming politician2 pro-pemerintah yang dari dulu telahpun menjadi mangsa.

    w/pun kerajaan telahpun memberi lampu hijau, penukaran pucuk-pimipianan tiada menyatakan yang ianya suatu yang tidak mustahil

    darurat jadi-jadian pastikan berlaku.

    bukannya apa, aku baru terlihat dan membaca suatu jurnal berkisar kehidupan di Korea Utara.

    kalau betul2 terjadi, tak taulah aku apa akan jadi pada menteri-kekkwa.

    (hehe...)

  2. rastom // 20 April 2008 pada 8:28 PTG  

    TYT Awangku Sebol, yang pertama tama pantang dalam blog politik ialah memadamkan komen daripada pengunjung. Bukan tak boleh padam yang mencarut dan bacul, tetapi...tengok kes Sheikh al Melaka Ali Rustam.