Alamat blog

Memang Ezam sudah masuk UMNO, dia sudah lama keluar PKR.

Selama dia keluar PKR, tiada pula dia menghentam PKR atau Pakatan Rakyat secara terbuka.

Setelah dia masuk UMNO, tidak kedengaran lagi dia menghentam Pakatan Rakyat.

Kenapa penyokong Pakatan Rakyat hentam dia cukup-cukup?
"Masuk Tong Taik" lah, "Pengkianat" lah, "Jilat Ludah" lah

Tunggulah sehingga dia hentam kita dulu baru kita hentam balik.




Berpusing!!!!!!

10 komen

  1. Tanpa Nama // 29 Mei 2008 pada 12:21 PTG  

    Kalau maksud sebenar nak masuk parti adalah untuk menghantam pihak yang lain dari kita, itu ke perjuangan sebenar? Itu ke yang penting, menghantam dan sikap tak mau kalah masing?

    Jadi jika itulah gesaan anda kepada pembaca2 blog anda "tunggu dia hantam dulu, baru kita hantam balik"... Hmmm... Macam tu ke pula namanya politik matang?

  2. Hasbullah Pit // 29 Mei 2008 pada 12:47 PTG  

    Politik matang pun ada hentam menghentam.

    hentam bersebab,
    Hentam kerana tindakan bukan kerana dia parti apa.

    Hentam kerana kenyataan
    Hentam kerana dasar.
    hentam kerana kaedah.

    Bukan hanya kerana dia bukan parti aku.

  3. peisheah // 29 Mei 2008 pada 12:58 PTG  

    Bagus gak Ezam masuk UMNO. Biar dia tentang rasuah, tak kira dalam UMNO ke, BN ke, atau PKR, PAS dan lain-lain.

  4. mantra-indeeptots // 29 Mei 2008 pada 1:13 PTG  

    My instant reaction was...WOW!!!! Eksklusifnye!!! Perdana Menteri secara peribadi menerima keahlian Ezam. Tidak cukup dengan itu, liputan seluas-luasnye di prime news TV3 serta temuramah secara langsung...

    Setelah penat berlari ke dewan parlimen pada pukul 11.35 pagi, Perdana Menteri terus menyiapkan diri ke Putrajaya untuk membuang masanye bagi meraikan kemasukan Ezam untuk kali kedua di dalam UMNO...

    http://mantra-indeeptots.blogspot.com/

  5. Tanpa Nama // 29 Mei 2008 pada 1:23 PTG  

    Saya dah 'feedkan' dah feed address yang saudara cadangkan tu.. thanks a lot...

    Adakah saya punya tulisan pun akan berada kat situ yek kalau saya update?

    Berbesar hati kiranya tulisan saya terpapar juga kat feed tersebut... :)

  6. Hasbullah Pit // 29 Mei 2008 pada 2:22 PTG  

    Mantra:

    Diakan ahli politik sejati, sentiasa mencari peluang untuk publisiti.

    bak kata chua jui Meng, Silent politician is not a politician.

    729 no isa:
    Artikel akan keluar hanza bila salah seorang editor memilih artikel anda.
    ianya dilakukan secara manual, bukannya automatik.

    editor adalah saya, mudin001, JedYoong, eyya

  7. Acaii Jawe // 29 Mei 2008 pada 2:53 PTG  

    ngah tunggu kenyataan rasmi dari dia selepas masuk UMNO..:) ari ni ke esok ek? mmg mmg ahli politik kental...

  8. Tanpa Nama // 29 Mei 2008 pada 2:56 PTG  

    pertembungan menarik nanti.. Ezam vs Anwar..

  9. Tanpa Nama // 29 Mei 2008 pada 9:12 PTG  

    Ala, orang2 MCA ngn DAP rilaks jer tukar2 parti, nape plak orang melayu tak boleh..Apa salahnya Ezam masuk UMNO, sapa yang bagus biarlah dia yang naik.Sapa yang nanti hanya reti cakap kosong jer,hentam sana sini pandai,tapi habuk sumbangan kepada masyarakat satu pun takda kita rejekla.

  10. Tanpa Nama // 30 Mei 2008 pada 7:07 PTG  

    Apa ada pada parti?

    Semuanya platform untuk mencapai maksud. Asalkan maksud itu untuk kebaikan agama, bangsa dan negara, itu sudah memadai.

    Semuanya lahir daripada pemimpin yang ikhlas memimpin. Tak kira siapa, jika betul-betul berkelayakan, kita patut alu-alukan.

    Akhlaknya juga mestilah tersohor...