Alamat blog

Setelah beberapa hari "Islam Hadhari" itu telah diharamkan di Selangor, maka timbul pula tentangan dari beberapa penjuru, kononnya akan berlaku kekeliruan.


Mari kita kaji siapa punca kekeliruan itu.

1. Setelah saya nyatakan sebelum ini, Istilah Islam Hadhari itu sendiri sudah menyelirukan. Istilah itu yang menjadi punca segalanya, bukan "10 prinsipnya".

10 prinsip itu hanya seolah-olah sekadar slogan yang lebih kurang 9 cabaran Wawasan 2020.

2. Yang menambahkan kekeliruan ialah hujah mengapa ianya diharamkan ialah kerana dia menisbahkan "Hadhari" kepada Islam. Dimana, kebanyakan hujah menentang Islam Hadhari adalah berdasarkan itu. Maka dengan itu mudahlah penyokong Islam Hadhari untuk mengatakan "Tidak faham Islam Hadhari".

3. Terdapat juga kekeliruan tambahan yang dicipta oleh penyokong PAS, yang kononnya Islam Hadhari itu Islam yang menghalalkan Gejala Maksiat dengan memaparkan gambar PakLah pegang bahu Michel Yeoh dan gambar muda-mudi yang hanyut umpama yaman Jahiliah.

4. Terdapat Kekeliruan lagi apabila Islam Hadhari digambarkan sebagai Islam Ekstrim yang tidak membenarkan penggunaan "Allah" dalam buku Kristian.
"Islam Hadhari" juga pernah digambarkan sebagai ekstrim apabila buku kristian dirampas.
Islam Hadhari juga digambarkan sebagai ekstrim dalam kes runtuh kuil, dan "Body Snatching"

Jika Datuk Harussani berkata "Islam Hadhari" bertujuan untuk mengangkat 65 perkara, maka angkatlah, tapi tak perlu guna istilah "Islam Hadhari"


Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin mengatakan bahawa ianya perlu diperjelaskan.


Saya mengkritik istilah tersebut kerana ia telah dipolitikkan. Sedangkan dari segi pelaksanaan konsep tersebut kurang dilakukan.”

Beliau berkata, jika ditanya kepada masyarakat di luar bandar, mereka sememangnya kurang arif dengan konsep yang cuba diketengahkan itu.

“Saya rasa kerajaan perlu menumpukan perhatian ke atas pelaksanaan program-program berkaitan Islam Hadhari bagi memberi pemahaman yang jelas kepada masyarakat di negara ini.”

“Jangan hanya mengwar-warkannya sahaja. Jenama tidak penting, yang penting isi kandungan dalamnya perlu dilaksanakan,”

Sekiranya kandungan 10 prinsip itu yang perlu dikembangkan, kenapa pula menghabiskan masa menerangkan istilah yang mengelirukan, sehingga membuang masa dan tenaga begitu banyak hanya untuk menerangkan bahawa nama "Islam Hadhari" itu bukan agama baru, atau versi Islam yang lain?

Tukar sahajalah kenapa nama lain.

Mari kita lihat contoh "kekeliruan" yang lain.

Outside a mosque in Kota Bahru last Monday.

Me: Islam Hadhari ini macam mana (How is this Islam Hadhari)?

Makcik in her 70s: (shakes head) Di akhir tak kan jumpa (We won’t meet in the end).

Me: Apa ini Islam Hadhari (What’s this Islam Hadhari)?

Makcik: Islam yang baru. Bukan yang asal (A new Islam. Not the original).

Me: Siapa cipta Islam baru ini (Who invented this new Islam)?

Makcik and friends: Pak Lah….


Terdapat lagi satu jawapan tentang apa itu Islam Hadhari,

My malay friend says it is Pak Lah’s version of SureHeboh !


Baca sini kalau nak tengok lagi kekeliruan "Islam Hadhari".









Berpusing!!!!!!

6 komen

  1. Tanpa Nama // 30 Mei 2008 pada 9:24 PG  

    ini semua gara2 pak lah nak cipta legasi tersendiri. apa maksud pak lah dgn 'islam hadhari'? tak cukup hadhari ke islam sebelum nie? ataupun sebelum kemunculan 'islam hadhari', islam tu gasar? yg dah benar dan betul, di porak perandakan; hadhari kononnye. yg tak benar dan betul, pejam dua mata pulak tertidur! Adus!

  2. Tanpa Nama // 30 Mei 2008 pada 4:15 PTG  

    Untuk komen dr Asri dari sumber primer:

    Komen MAZA <-- sila ketik

  3. Tanpa Nama // 30 Mei 2008 pada 4:57 PTG  

    Saya setuju juga yang "rebranding" kepada Islam Hadhari ini memang mengelirukan. Tak payah sentuh isu orang bukan Islam, sesama orang Islan sendiri pun ada yang garu kepala tak paham. Tapi hal ini juga kita kena faham apa sebab utama ianya dilaksanakan. Pak Lah mungkin ada sebab yang munasabah, mungkin dari segi memahamkan kepada orang bukan Islam dan negara luar yang Islam bukanlah agama terorist, mundur, ekstrim, ganas, tertutup dan sebagainya. Memang semua hal ini ada pun dalam "ISLAM" tapi cara Pak Lah adalah untuk mengutarakan bahawa Islam begitu. Apa kita nak buat, kita sesama Islam pun ada yang mengamalkan budaya ganas, ekstrim (tapi syukur bukan di Malaysia) sehingga Islam itu dilabel pengganas. Jadi, melihatkan itu mereka di luar negara, dengan fahaman "Islam Hadhari" mungkin boleh memahami bahawa Islam bukan begitu sebenarnya.

    Tapi, sebenarnya Islam Hadhari dan Islam tu sama sahaja. Jadi, dari segi itu, tak kira lah Islam Hadhari ke, Islam apa ke, janji kita sendiri tahu kita ni orang Islam yang macam mana.

    Salam.

  4. Hasbullah Pit // 30 Mei 2008 pada 5:11 PTG  

    Tanapnama:

    Itu ulasan Dr Maza yang terkini, sebelum ini dia mengatakan "Jenama Tidak Penting"

    Kini dia sendiri yang mencadangkan supaya membuang nama itu.

  5. rastom // 30 Mei 2008 pada 10:10 PTG  

    TYT Sebolkiah,

    Islam yang belum dihadharikan pun masih belum tercapai, mau bikin yang hadhari? Ini semua kerja orang gila punyalah!

  6. Hasbullah Pit // 31 Mei 2008 pada 3:27 PTG  

    Pipitart:

    Mana boleh Islam Hadhari dimasakan dengan Islam.

    Sekiranya ia adalah pendekatan, mana boleh pendekatan disamakan dengan Agama.

    Sekiranya ia ditakrifkan sebagai agama baru atau mahzab baru, ia tetap tidak boleh disamakan dengan Islam.

    Sekiranya Islam Hadhari ditaktrifkan sebagai gejala maksiat BN, ia tetap tidak boleh disamakan dengan Islam.

    Walau apapun takrifan diberikan kepada Islam Hadhari, ia tetap tidak boleh disamakan dengan islam