Alamat blog

Ramai yang marah dengan PLKN, kerana banyak sebab.

Sebab rogol.
sebab kematian.
sebab itu.
sebab ini.

Ramai yang mencadangkan dihapuskan sahaja PLKN ini kerana ianya lebih memudaratkan daripada memberi manfaat.

Mudah sahaja mulut mencadangkan supaya ia dihapuskan.
Tapi kalau dihapuskan PLKN, apa nak jadi dengan pusat latihan itu?

Jadi saya cadangkan PLKN dijadikan sebagai Pusat Latihan Asas Tani.
Atau mungkin pusat latihan lain.

Memandangkan begitu ramai muda-mudi yang begitu "segan" untuk membuat kerja seperti bercucuk tanam, menyapu, bertukang, pengasuh, cuci tandas dan lain-lain. Sehinggakan terlalu banyak "pemain import" dalam bidang tersebut.

Maka ada baiknya tempat yang PLKN gunakan itu dijadikan tempat latihan bagi golongan muda-mudi yang fobia kepada bidang pekerjaan tertentu.




Berpusing!!!!!!

5 komen

  1. Tanpa Nama // 12 Mei 2008 pada 9:11 PG  

    PLKN ni pun satu bentuk pembaziran.. Just imagine perbelanjaan tahunan mencecah jutaan ringgit. Duit sapa duit rakyat, Sapa dapat duit, Mereka dan Kroni kroni mereka, bagaimana dapat duit, kontrak kontrak bermusim, umpama supply baju, makan, bahan makanana, dan lain lain

  2. rahsia // 12 Mei 2008 pada 1:46 PTG  

    Baguih gak idea ni. Harga makanan pun makin naik. Tingkatkan la produktiviti negara.

  3. rahsia // 12 Mei 2008 pada 1:46 PTG  

    Baguih gak idea ni. Harga makanan pun makin naik. Tingkatkan la produktiviti negara.

  4. Tanpa Nama // 12 Mei 2008 pada 4:14 PTG  

    dari awal lagi ibu saya kata plkn ni mengarut. dia sarankan supaya buat pusat asas menjahit bagi kaum perempuan sebab ramai yang taktau urus rumah tangga.

    bagi lelaki pula, dia suh pegang senjata, kalau buat NS, buat betul betul. jgn main terlompat2 dalam kem saja.

    hari ini saya nampak ada juga sependapat yang sama dengan ibu saya itu. saya terharu

    ps : saya pula cadangkan supaya keranda pelatih yang mati semasa PLKN tersebut dibaluti dengan Jalur Gemilang dan mereka harus di kebumikan dengan penuh istiadat negara. sebab mereka mati semasa berkhidmat untuk negara.

    saya rasa mesti ada yang setuju

  5. VHanded Cheepeng // 13 Mei 2008 pada 8:47 PG  

    betul, saya ex-pelatih PLKN, dan kualiti PLKN betul betul tak sampai mana mana pun. What's the purpose? Cakap mau memupuk relationship antara kaum, all bullshit.

    Saya inginkan PLKN ini betukar menjadi NS yang betul betul, guna latihan tentera, bukan macam sekarang, tiap tiap hari makan, main, tidur, usik pelatih perempuan , tak hormat cikgu(tapi kadang kala, cikgu tu betul betul tak kualiti and take unreasonable action)

    Kalau orang cakap:"eh! you ingat semua orang fit ke? Semua boleh lari 5km tak henti ke?" So macam mana Singapore boleh capai? Taiwan boleh capai? they all are 100% compulsory, bukan macam sini, bagi 1km lari pun mau hidup mati... remaja sekarang... lembek.