Sejak tumbangnya beberapa negeri ke Pakatan Rakyat, maka haru biru pentadbiran kampung dibuatnya.
Ada yang nak letak jawatan, Ada yang nak buat JKKK tambahan dari persekutuan dan macam-macam lagi.
Ada pihak mengatakan ianya adalah pertindihan tugas, akan tetapi mari kita lihat senario sebenar.
Sekiranya mengikut sistem lama, ramai rakyat miskin tidak dapat bantuan, banyak kampung tiada sistem saliran yang baik, dan bermacam-macam lagi yang perlu diperbaiki. Adalah baiknya sistem pemerintahan kampung itu dirombak.
Kalau dulu, kebanyakkan tempat, ada Ketua Kampung, ada Sidang, ada JKKK, ada imam, ada AJK masjid, akan tetapi keadaan masih ditakuk lama. Adakah kerana majoritinya orang UMNO?
Jika Persekutuan benar-benar ingin membantu, maka di negeri di bawah pemerintahan BN pun perlu ada JKKK Persekutuan.
Maka, adakahlah Wakil Persekutuan, Wakil Negeri, Wakil Parlimen, Wakil DUN dalam jawatan kuasa tersebut.
Duduk semeja.
Kalau semua negeri bukan kerajaan persekutuan perintah nak di adakan JPPK, maka banyaklah pertindanan kuasa.
Berpusing!!!!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)




TYT Sebol AMN.,PJK., BCK, KKK, ZZZ:
Soal berlaku pertindihan kuasa ialah soal profesionalisme dalam pengurusan. Mana ada itu semua di peringkat yang berkaitan dengan entri ini, semuanya dipolitikkan. Eloklah subjek Kebolehgunaan juga diajari kepada mereka.
Y.A.B rastom,
Saya sebenarnya tak suka perndekatan "Winner take all" dalam politik Malaysia ini-
Orang kampung macam itu juga.
Kalau dilihat dari sudut kuasa, maka nampak macam pertindihan kuasa.
Tapi kalau dilihat untuk menyelesaikan masalah rakyat.
4 orang itu tidak cukup.
JKKK sedia ada duduk di dalam kepompong kampung itu sahaja.
Sekiranya memang diwujudkan
"Wakil Persekutuan", "Wakil Negeri", "Wakil Parlimen", "wakil DUN", maka mesyuarat JKKK itu lebih bermakna.
Wakil Persekutuan melapor kepada jabatan tertentu di Peringkat Persekutuan, Tak semestinya orang kampung.
Wakil Negeri adalah daripada kerajaan negeri, tidak semestinya orang kampung,
Wakil Parlimen, dilantik oleh Ahli Parlimen, pun tak semestinya orang kampung.
Wakil ADUN mesti orang kampung.
Bukan apa, Kalau ikut sistem dulu, Mensyuarat JKKK ialah umpama mesyuarat UMNO, macam mana nak selesaikan masalah.
Jalau ada wakil persekutuan, negeri, parlimen dalam mesyuarat jkkk, baru lah orang kampung boleh persoalkan persekutuan dan negeri.
Kalau ADUN tak buat kerja, mungkin Wakil negeri atau parlimen boleh persoalkan diperingkat mesyuarat kampung.
Terdapat kemungkinan Wakil Parlimen dan DUN adalah dari parti yang berlainan.
Jadi ada unsur "check and balance" di situ.